Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Scrambler 400 XC – Scrambler Gaya Retro yang Boleh Layan Off-Road
Roda2

Triumph Scrambler 400 XC – Scrambler Gaya Retro yang Boleh Layan Off-Road

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRIUMPH memperkenalkan model baharu gaya retro berorientasi off-road, Triumph Scrambler 400 XC yang dibangunkan berasaskan Scrambler 400 X sedia ada dengan ciri baharu seperti rim jejari (spoked wheels) tiubles dan rekabentuk badan lebih garang.

Model XC ini berharga £6,545 (RM32,400), iaitu £640 (RM3,630) lebih mahal daripada Scrambler 400 X di Britain yang kedua-dua model menggunakan frem hibrid tubular besi dan enjin silinder tunggal 398cc penyejukan cecair daripada siri TR yang turut digunakan pada Speed 400.

Enjin dan Prestasi

Triumph Scrambler 400XC

Ciri prestasi kekal sama dengan enjin patuh piawaian Euro5+ dengan output kuasa 39.5hp @ 8,000rpm dan tork 37.6Nm @ 6,500rpm.

Transmisi klac manual 6-kelajuan disertakan klac bantuan tork, manakala sistem suspensi dilengkapi fork terbalik (USD) 43mm di depan dan monoshock gas di belakang dengan travel 150mm tanpa laras.

Perbezaan Ketara Model XC

Triumph Scrambler 400XC
Triumph Scrambler 400XC
Triumph Scrambler 400XC

Bagi menarik minat penunggang yang mencari gaya lebih lasak, model XC hadir dengan rim jejari Excel, menggantikan rim sport aloi pada model X dan dibalut tayar Metzeler Karoo Street saiz 17 inci di belakang dan 19 inci (depan) yang fokus kepada tunggangan atas jalan.

Naik taraf kepada saiz tayar lebih besar itu memerlukan perubahan besar pada casis yang mungkin menambah kos dan ketinggian pelana.

Antara kelengkapan lain ialah madgad tinggi yang diseragamkan warna, kowl enjin aluminium, gad tangan, bar enjin, dan visor angin kecil. Lencana Triumph pada tangki kini disadur hitam.

Model itersebut ditawarkan dalam tiga warna pilihan: kuning, kelabu, dan putih.

Ciri Elektronik dan Keselesaan

Triumph Scrambler 400XC

Dari segi spesifikasi elektronik, Triumph Scrambler 400 XC mengekalkan paparan spidometer analog dengan panel meter LCD, terotrel elektronik (ride-by-wire), sistem traksi boleh nyah aktif, dan mod ABS off-road. Turut dilengkapi lampu LED penuh dengan lampu siang (DRL) dan pengecas USB Type-C.

Berat basah 186kg, manakala tinggi pelana 835mm, sesuai untuk penunggang baharu atau berpengalaman yang mahukan motosikal ringan dan mudah dikawal tanpa perlu berbelanja lebih untuk model abang seperti Scrambler 900 atau 1200.

Pasaran Global dan Aksesori

Model itu dilancarkan lebih awal di India, dan Ketua Pegawai Komersial (CEC) Triumph, Paul Stroud berkata, terdapat permintaan global untuk model ini.

Dengan keupayaan off-road dipertingkat dan gaya scrambler menyerlah, kami berharap model ini dapat menarik lebih ramai penunggang serta meluaskan lagi daya tarikan jenama Triumph kepada generasi akan datang,” katanya.

Sudah Ada di Malaysia, Harga RM34,200

Bagi pasaran Malaysia, Triumph Scrambler 400 XC kini boleh didapati secara rasmi melalui pengedar sah Triumph pada harga atas jalan RM34,200, lengkap dengan spesifikasi penuh seperti versi global.

Tiada perubahan dari segi enjin atau ciri teknikal lain. Ini bermakna pembeli tempatan dapat menikmati model premium itu tanpa kompromi.

Berbeza model Scrambler 400 X (RM29,900) adalah pada rim jejari, aksesori standard lebih lengkap dan penampilan lebih lasak, sekali gus menjadikan XC sebagai pilihan lebih praktikal kepada penunggang yang mahukan gaya scrambler sebenar, tapi masih mudah ditunggang.

SUMBER: MotorcycleNews

Triumph Scrambler 400XC
Triumph Scrambler 400XC
Triumph Scrambler 400XC
Triumph Scrambler 400XC 5
Triumph Scrambler 400XC
Triumph Scrambler 400XC
Triumph Scrambler 400XC
Triumph Scrambler 400XC
roda2 Triumph Triumph Motorcycle Triumph Scrambler 400 XC Triumph Scrambler 400XC
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.