Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Trak Pikap KGM Musso Saracen Platinum 2025 Sempena Ulang Tahun ke-70, Ada 70 Unit Sahaja!
Roda4

Trak Pikap KGM Musso Saracen Platinum 2025 Sempena Ulang Tahun ke-70, Ada 70 Unit Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata19/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SSANGYONG dijenamakan semula sebagai KGM Motors tanpa melupakan sejarah jenama itu. Sempena meraikan ulang tahun ke-70, KGM Motors UK melancarkan trak pikap KGM Musso Saracen Platinum untuk pasaran Britain yang dikeluarkan terhad 70 unit sahaja.

Sejarah trak pikap Musso bermula 2002 hingga 2006 dan model di pasaran sekarang dikeluarkan sejak 2018. SsangYong juga mempunyai satu lagi trak pikap, iaitu Actyon Sports yang tampil dengan rekabentuk unik dan pernah dijual di Malaysia.

Musso dijana enjin diesel 2.2L dengan transmisi automatik 6-kelajuan. yang menghasilkan output kuasa 199hp (202ps) dan tork 441Nm serta memiliki keupayaan tunda 3,500kg dan beban muatan 1,095kg apabila menunda pada kapasiti maksimum.

Model edisi istimewa ini tersedia dalam dua warna: Marble Gray (kelabu) atau Grand White (putih).

Ciri Khas KGM Musso Saracen Platinum

  • Penutup but belakang elektrik dengan kawalan jauh yang kalis air dan boleh dibuka menggunakan fob kunci selain dapat dihenti dan dikunci dalam pelbagai kedudukan.
  • Bar sport hitam kusam dibuat daripada besi tahan dalam lapisan saduran serbuk (powder coat) untuk lebih tahan.
  • Braket roda lebar untuk gaya lebih lasak.
  • Pemijak tepi hitam kusam.
  • Plat skid (skid plate) hitam dan logo Musso.
  • Grafik badan Saracen Platinum, plat pada konsol gear dan rantai kunci khas.

Dalam trak pikap ini menggunakan kerusi kulit Nappa jenis boleh laras elektrik dengan ciri ventilasi untuk penumpang depan.

Kerusi dan stereng kulit dilengkapi ciri pemanas. Pemandu diberi kluster instrumen digital penuh 12.3 inci dan konsol tengah papan pemuka ditempatkan unit infotainment skrin sentuh juga dalam saiz sama.

Rim aloi 18 inci hitam dengan rekaan menarik bersama rel bumbung hitam dan perak selain komponen dan perincian lain warna hitam. Trak pikap ini juga dilengkapi sensor parkir depan dan belakang, cermin belakang privasi dan lampu siang (DRL) LED.

KGM Musso Saracen Platinum 2025 ini ditawarkan pada harga £33,995 (RM193,150), tidak termasuk VAT.

KGM KGM Motors UK KGM Musso KGM Musso Saracen Platinum Roda4 SsangYong
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

JAECOO J5 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM102,000!

05/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.