• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Vios (2018) Baharu Mirip Yaris Ativ?

Toyota Vios (2018) Baharu Mirip Yaris Ativ?

March 26, 2018 By AI 4 Comments

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA bulan lalu, Indonesia digemparkan kemunculan imej spyshot Toyota Yaris Ativ yang dirakamkan atas trak di jalan raya negara itu. Di Thailand, Yaris Ativ ialah Yaris (2018) versi sedan. Yaris pula asalnya ialah model hatchback subkompak. Selain Thailand, negara Asean yang menerima kunjungan Yaris ialah Indonesia, Filipina, Brunei dan Vietnam.

Asasnya Yaris berada dalam famili sama dengan Vios, tetapi Vios di Thailand ialah model lebih tinggi. Ini kerana Yaris Ativ menggunakan enjin 1200cc dan berada di bawah lambang Thai Eco Car.

Susulan imej spyshot yang tersebar itu, model Vios versi Indonesia khabarnya bakal menggunakan penampilan Yaris Ativ. Menurut sumber Toyota Astra Motor (TAM), Vios (2018) akan muncul sebelum Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2018 yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Portal permotoran, Automagnetz melaporkan, perubahan regulasi Pajak Penjualan Atas Barang Mewah (PPnBM) untuk segmen sedan dilihat akan membantu TAM merombak semula harga Vios (2018) di Indonesia.

Disebabkan menggunaskan Yaris Ativ sebagai asas, secara praktikal, Vios (2018) akan memiliki rupa yang sama dengan Yaris (2018) - gambar bawah. Difahamkan, bahagian enjin kekal tidak berubah dengan masih menggunakan unit 1500cc 2NR-FE Dual VVT-i yang dipadukan transmisi manual dan CVT.

Ini bermakna Vios baharu versi Malaysia ada kemungkinan menampilkan imej sama seperti Vios versi Indonesia (rupa Yaris Ativ Thailand). Apa pendapat pembaca semua tentang rupa baharu Yaris Ativ? Kalau ikut cita rasa pembeli Malaysia, memang sudah kena dengan selera, terutama rekaan lampu depan dan belakang yang tampil memanjang dengan menyerlahkan visual lebar sedan itu.

Apakah Vios baharu kelak akan kembali menyengat?

Artikel Berkaitan

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4, Toyota Tagged With: hatchback, hatchback subkompak, Indonesia, Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2018, Roda4, sedan subkompak, Thailand, Toyota, Toyota Vios 2018, Toyota Yaris Ativ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my