Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota RAV4 Black Edition Tampil Serba Hitam dengan Kemasan Galaxy Black
Roda4

Toyota RAV4 Black Edition Tampil Serba Hitam dengan Kemasan Galaxy Black

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INILAH Toyota RAV4 Black Edition baharu yang dibangunkan daripada RAV4 standard dengan kemas kini serba hitam. Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini dijadualkanl dijual Oktober ini, tetapi harga masih belum didedahkan.

Penambahbaikan dilakukan membabitkan rim aloi 19 inci baharu, sensor parkir pintar dan kemasan cat hitam dipanggil Galaxy Black pada gril, cermin pintu, plat skid, bampar dan spoiler belakang. Ruang kabin mendapat kemasan upholsteri kulit sintetik dengan jahitan benang kelabu dan pelapik bumbung hitam.

Ada beberapa ciri tambahan disediakan seperti unit infotainment 8 inci, cermin pandang belakang digital, sistem audio JBL 9 pembesar suara dan kamera parkir 360º. Seperti mana model RAV4 lain, versi Black Edition ini dijana enjin petrol hibrid 4-silinder Atkinson 2.5L berkuasa 219hp dan tork 221Nm.

Angka prestasi belum dapat disahkan secara rasmi, tetapi seperti model standard, pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 8 saat. Kadar penggunaan bahan api adalah antara 47.8mpg dan 49.5mpg (20.3km per liter dan 20km per liter ), manakala tahap emisi CO2 antara 129g/km dan 133g/km mengikut pilihan varian pacuan roda depan (FWD) atau empat roda (4WD).

BACA >>> #BikinKereta: Toyota RAV4 XR51 Edition Ala Lamborghini Urus
BACA >>> Genesis Dedah Foto Acah GV80, SUV Mewah Sentuhan Pereka Lamborghini

SUMBER: AutoExpress

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Toyota Toyota RAV4 Black Edition Toyota UK
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Audi RS 3 Competition Limited 2026
    Roda4

    Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.