Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Toyota Rancang Hasilkan Pilar-A Halimunan, Selamat Tinggal Titik Buta
Autotainment

Toyota Rancang Hasilkan Pilar-A Halimunan, Selamat Tinggal Titik Buta

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SABAN TAHUN, pereka automotif memang tidak pernah jemu menghasilkan inovasi untuk menambah baik pembuatan kereta. Namun, masih ada beberapa permasalahan yang terbiar lama tanpa penyelesaian, antaranya ialah pilar-A.

Pilar-A ialah struktur utama kereta yang berupa palang atau frem sisi yang memegang cermin depan, juga bertindak sebagai ‘sangkar kabin’. Sebab utama kenapa pilar-A tidak boleh dibuang begitu saja ialah isu keselamatan kerana struktur itulah yang memainkan peranan penting menahan impak dari hadapan.

Malah, pilar-A sangat membantu kenderaan kecil seperti kereta ketika dirempuh atau berlanggar dengan kenderaan lebih besar seperti lori.

BACA >>> Porsche Patenkan Beg Udara Pilar-A untuk Model Konvertibel

Lebih kuat struktur pilar-A, yang dapat dilihat pada saiz dan bentuk besar, maka lebih tinggi perlindungan keselamatan ke atas pengguna (lihat foto bawah). Malangnya, saiz tersebut memberikan kesan titik buta yang menghalang pemandu daripada melihat sudut tertentu ketika memandu.

Mujurlah Toyota menyedari segala kerumitan tersebut.

Dalam paten yang diterbitkan Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO), Toyota kini sedang cuba menghasilkan ‘peranti muslihat’ yang mampu membuatkan pilar-A tidak kelihatan atau halimunan. Sistem Toyota itu melibatkan pemasangan cermin khas yang dapat membiaskan cahaya sekeliling objek. Ini bermakna, pemandu dapat melihat apa di sebalik pilar-A.

BACA >>> Apple Patenkan Teknologi Kurangkan Gangguan Telefon Ketika Memandu Guna Jam Tangan

Setakat ini tiada ura-ura sama ada paten itu akan berakhir di barisan pemasangan, tetapi itu semua bukanlah sesuatu yang mustahil berdasarkan potensi dan logik teknikal yang dibentangkan.

autotainment paten paten Toyota Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO) pilar-A pilar-A halimunan Roda4 Toyota
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.