Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Prius PHEV 2025 Eropah Ada Fungsi Baharu, Geo-Fencing Analisa Jalan dan Lalu Lintas Melalui Navigasi Awan
Auto Terkini

Toyota Prius PHEV 2025 Eropah Ada Fungsi Baharu, Geo-Fencing Analisa Jalan dan Lalu Lintas Melalui Navigasi Awan

Abang HirataBy Abang Hirata29/01/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RUPA-RUPANYA Toyota Prius generasi kelima sudah beberapa tahun di pasaran sejak diperkenal buat kali pertama pada November 2022.

Rasa seperti baru sahaja diperkenal dek kerana rekaannya yang segar dan menarik. Sejak dilancar pada 1997, Prius sudah mencatat jualan lebih 5.3 juta unit dan nama yang sinonim dengan hibrid.

Satu perkara yang ditonjolkan mengenai Prius baharu bukan sahaja hibrid tetapi juga hibrid plug-in (PHEV) yang membolehkan pengguna menikmati kuasa elektrik dan enjin petrol.

Prius PHEV diperkenalkan pada generasi ketiga dan sehingga kini telah terjual sebanyak 350,000 unit dan termasuk di dalam angka 5.3 juta.

Tidak hanya bermodalkan rekaan, Toyota terus mempertingkatkan penawaran Prius 2025 untuk Eropah dengan ciri-ciri baharu.

Bukti Toyota menonjolkan Prius PHEV apabila varian ini sahaja yang ditawarkan di Eropah dan tidak seperti beberapa pasaran lain lagi.

Pakej enjin M20A-FXS 2.0 liter dengan motor elektrik menghasilkan 164 kW (223 hp).

Sebagai sebuah PHEV, Prius boleh dipandu dalam mod elektrik sehingga 86 kilometer (WLTP gabungan) dan inilah yang dimaksudkan dengan kelebihan hibrid plug-in berbanding hibrid biasa.

Jarak itu memadai untuk pemanduan harian dan jika dipandu di dalam bandar sahaja atau jalan raya bandar, pemandu dapat menikmatinya sehingga 110 km.

Untuk pemanduan lebih jauh atau pengecasan bukan satu yang praktikal, Prius tetap menjimatkan dan boleh mencecah 0.5 liter per 100 km.

Bila bercakap mengenai hibrid atau kenderaan elektrik (EV), ada yang bertanya mengapa pengeluar tidak memasang panel solar untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Kaedah tersebut sudah dibuat di antaranya pada Prius. Model terbaru merupakan Toyota pertama menggunakan pengecasan solar yang dinaik taraf. Prius boleh mengecas sendiri dan bersamaan jarak elektrik sejauh 8.7 km setiap hari.

Satu lagi ciri yang membantu penjimatan adalah sistem geo-fencing pintar dan model Toyota kedua selepas CH-R.

Sistem geo-fencing menganalisa keadaaan jalan dan lalu lintas melalui navigasi awan (cloud).

Data digabung bersama pembelajaran berterusan laluan yang kerap digunakan dan gaya pemanduan untuk Prius memaksimumkan tenaga bateri sebelum memasuki zon emisi rendah dengan menukar mod hibrid dan elektrik secara automatik.

Apabila laluan melibatkan zon wajib BEV, sistem geo-fencing memastikan bekalan elektrik cukup untuk pemanduan sepenuhnya di dalam mod EV.

Apabila berada di zon emisi rendah, sistem akan mengekalkan tenaga secara automatik bagi melengkapi perjalanan di dalam mod elektrik.

Selain sistem geo-fencing, Prius 2025 dilengkapi beberapa lagi ciri seperti kunci digital berasaskan aplikasi untuk digunakan sehingga lima pemandu dan boleh memasuki dan menghidupkan kereta melalui telefon pintar.

Turut dilengkapi pengecas tanpa wayar pada bahagian depan.

Toyota Toyota Prius Toyota Prius Plug-in Hybrid (PHEV)
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Frauscher x Porsche 790 Spectre, Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

25/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.