Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Prius C Tampil Versi Ranggi Ala Crossover
Roda4

Toyota Prius C Tampil Versi Ranggi Ala Crossover

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA memperkenalkan satu lagi ahli famili baharu bagi model hibrid popular keluaran pengeluar automotif dari Jepun itu, Prius. Model  diberikan nama Prius C itu ditampilkan dalam versi rugged atau lasak dan dibikin khas buat mereka yang lebih gemarkan penampilan crossover berbanding hatchback.

Prius atau Aqua (nama di Jepun), memuatkan aksen perak pada bahagian bawah bampar depan dan belakang, serta gerbang roda untuk menukarkan penampilan Prius C lebih seakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV). Selain pengemaskinian kosmetik, Prius C ialah model sama seperti Prius terdahulu, yakni menggunakan trenkuasa hibrid 4-silinder 1.5L berkuasa 99hp dengan paduan transmisi variabel berterusan (CVT) dan dibina atas sistem pacuan roda depan (FWD).

Menurut Car and Driver, model baharu itu dijual pada harga sama seperti spesifikasi asas dan ada beberapa kemasan dihilangkan, tetapi masih mencatatkan tahap ekonomi bahan api yang sama.

TREND GLOBAL

Prius C bukan hatchback pertama Jepun yang diranggikan dengan rupa crossover. Infiniti Q30, misalnya, ditawarkan dalam versi rugged dengan profil sedikit tinggi yang sama seperti QX30, tetapi dipasarkan sebagai QX30 untuk pasaran Amerika. Subaru Crosstrek pula apabila diperhatikan ialah versi Impreza yang ditinggikan.

Memang tidak dinafikan crossover kini sedang menjadi trend global, di mana di Amerika Syarikat sendiri, permintaan untuk model crossover mencanak naik, sebaliknya hatchback mengecut. Trend sama turut berlaku di Malaysia menerusi penjualan Honda HR-V yang mencatatkan jualan cukup memberangsangkan.

GALERI

kereta hibrid Roda4 Toyota Toyota Prius C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Sukan Permotoran

TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

17/03/2026
Auto Terkini

iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan

17/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

15/03/2026
Honda henti pengeluaran tiga model EV
Auto Terkini

Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

14/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.