Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota MR2 Generasi Baharu, Mungkin Dijual Bawah Jenama GR
Roda4

Toyota MR2 Generasi Baharu, Mungkin Dijual Bawah Jenama GR

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam14/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota FT-Se

TOYOTA nampaknya semakin hampir menghidupkan kembali nama legenda MR2, tetapi kali ini bernaung di bawah jenama prestasi GAZOO Racing (GR) sepenuhnya. Selepas pengesahan model Toyota Supra bakal menamatkan pengeluaran dengan edisi terakhir 2026, pengeluar Jepun itu masih komited dalam dunia kereta sport.

Selain barisan sedia ada GR Corolla dan GR86, Toyota sedang bersedia melancarkan GR GT pada 2027, iaitu coupe dramatik dengan trenkuasa hibrid V8. Terkini, perkembangan baharu menunjukkan MR2 generasi baharu berpotensi menjadi model seterusnya dalam famili GR.

MR2 Bakal Kembali Bawah Jenama GR

Toyota FT-Se
Toyota FT-Se

Walaupun Toyota belum mengesahkan secara rasmi, beberapa tanda semakin jelas. Toyota sudah memfailkan tanda dagang (trademark) nama ‘MR2‘ di Amerika Syarikat pada Ogos lalu, memohon trademark ‘GR MR2‘ di Jepun, serta nama ‘GR MR-S‘ di Australia.

Model konsep Toyota FT-Se yang ditayangkan di Pameran Motor Antarabangsa Tokyo (TIMS) 2023 juga tampil dengan penuh logo GR tanpa sebarang lencana Toyota. Semua itu memberi gambaran MR2 baharu akan muncul sebagai model GR sepenuhnya, bukan sekadar model Toyota biasa dengan talaan prestasi.

Rekabentuk Ilham FT-Se

Walaupun butiran masih terhad, MR2 baharu dijangka mengambil ilham daripada konsep FT-Se dengan mengekalkan kedudukan enjin tengah (mid-engine) dan rekabentuk agresif yang penuh garisan tajam mencerminkan DNA kereta sport.

FT-Se turut menampilkan aerodinamik tinggi yang digabungkan dengan bahasa rekabentuk moden, sekali gus memberi gambaran awal mengenai hala tuju visual MR2 generasi baharu.

Selain itu, walaupun FT-Se asalnya ditampilkan sebagai kenderaan elektrik (EV), MR2 baharu dijangka tidak akan muncul sebagai model elektrik penuh. Toyota dilihat lebih cenderung mengekalkan karekteristik MR2 asal sebagai kereta sport ringan bernadikan enjin petrol dengan menumpukan kepada keseimbangan, responsif dan pengalaman pemanduan lebih natural.

Trenkuasa Mid-Engine 2.0L Turbo

Toyota GR Yaris M debut di Super TAIKYU 2025
Toyota GR Yaris M debut di Super TAIKYU 2025

Toyota sebelum ini memperkenalkan GR Yaris M pada Januari 2025, sebagai eksperimen yang menempatkan enjin 2.0L turbo di belakang tempat duduk untuk konfigurasi mid-engine. Kereta itu kini (foto atas kanan) berlumba dalam siri perlumbaan Super TAIKYU di Jepun yang membuktikan keseriusan Toyota menguji platform mid-engine.

MR2 baharu dijangka menggunakan:

  • Enjin 4-silinder 2.0L turbo, dipasang secara mid-engine
  • Anggaran output kuasa lebih 300hp
  • Varian hibrid mungkin diperkenal

Konfigurasi itu bakal mengembalikan jiwa asal MR2 sebagai kereta sport ringan, lincah dan seimbang.

Kotak Gear Manual?

Toyota FT-Se
Toyota FT-Se

Peminat kereta sport pasti berharap Toyota menawarkan transmisi manual seperti GR Corolla dan GR86. Namun tiada kepastian lagi, dan Toyota sedar keinginan peminat setianya itu.

Tarikh Pelancaran

Setakat ini tiada tarikh rasmi. Namun berdasarkan pendaftaran trademark baharu, projek GR GT yang bakal dilancar hujung tahun depan, dan pembangunan trenkuasa mid-engine GR Yaris M, MR2 baharu dijangka diperkenal dalam beberapa tahun terdekat, dengan potensi menjelang akhir dekad ini.

SUMBER: CarandDriver

Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota FT-Se
Toyota GR Yaris M
Toyota GR Yaris M debut di Super TAIKYU 2025
Toyota GR Yaris M debut di Super TAIKYU 2025
Toyota GR Yaris M debut di Super TAIKYU 2025
Auto Terkini Gazoo Racing Roda4 Sport car Toyota FT-Se Toyota Gazoo Racing Toyota Gazoo Racing (TGR) Toyota GR Yaris M Toyota MR2
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.