Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Innova (2021) Facelift yang Lebih Moden Lancar di Malaysia, Harga Mula RM111k
Roda4

Toyota Innova (2021) Facelift yang Lebih Moden Lancar di Malaysia, Harga Mula RM111k

Han OthmanBy Han Othman02/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN Fortuner (2021) versi dipertingkat (facelift), UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) turut melancarkan Toyota Innova (2021) facelift dengan mengemas kini aspek penampilan dan keselamatan sebagai ciri standard baharu kenderaan pelbagai guna (MPV) popular itu.

Sama seperti model terdahulu, Innova (2021) facelift baharu ini didatangkan dalam tiga varian pada harga seperti berikut:

  • 2.0X – bermula RM129,677
  • 2.0G – bermula RM121,483
  • 2.0E – bermula RM111,622

Ada enam pilihan warna ditawarkan, iaitu Medium Silver Metallic (perak), Attitude Black Mica (hitam), Phantom Brown (coklat), Silver Metallic (perak), Super White II (putih) dan Bronze Mica Metallic (gangsa, warna baharu). Bagi varian premium 2.0X, ditawarkan satu lagi warna eksklusif, iaitu Crimson Spark Red Metallic (merah).

Berikut perincian mengenai Innova (2021) facelift baharu:

Trenkuasa
  • Trenkuasa dijana enjin sama, iaitu petrol 4-silinder 16-injap 2.0L DOHC VVT-i berkuasa 137hp @ 5,600rpm dan tork 183Nm @ 4,000rpm dalam pacuan roda belakang, manakala transmisi jenis automatik Super ECT 6-kelajuan.
Luaran
  • Tampil lebih segar dengan kombinasi gril krom dan hitam, manakala perumah cermin sisi diberikan kemasan krom. Lampu kabus dan rekaan dalaman direka semula untuk rupa depan lebih menonjol.
  • Pakej Enhancement pada Innova 2.0X menampilkan rekaan baharu pada pelapik gerbang roda dan sisi badan, serta skirt sisi untuk gaya lebih sporty.
  • Kemasan pintu belakang diberikan gaya baharu untuk efek visual lebih lebar, manakala spoiler (hanya pada 2.0X) direka semula untuk menambah baik aspek aerodinamik.
  • Perincian rim dikekalkan. Innova 2.0X dipasangkan rim aloi 17 inci warna Dark Grey Metallic dan dibalut tayar 215/55R17.
  • Innova 2.0G dan 2.0E pula menggunakan rim aloi 16 inci dwi-tona dan tayar 205/65R16.
Dalaman

  • Dua varian Innova 2.0X dan 2.0G dilengkapi kluster instrumen Optitron berkualiti tinggi untuk Paparan Multi-info (MID) 4.2 inci yang terang dan mudah dibaca dengan maklumat pemanduan seperti baki petrol dan sebagainya.

  • Lebih banyak palam pengecas USB disediakan. Di depan, ada dua palam pengecas yang ditempatkan semula pada papan pemuka (dahulu di konsol tengah) dengan satu palam tambahan di tempat duduk baris ketiga.
  • Setiap palam didatangkan dengan ciri cas pantas. Sebagai tambahan, pengecas wayarles turut disediakan di konsol tengah, sebagai opsyen semua varian.
Ciri Keselamatan
  • Bagi model 2021, ada beberapa ciri tambahan diperkenalkan yang bertujuan meningkatkan perhatian pemandu terhadap persekitaran pemanduan selain menambah baik aspek keselamatan.
  • Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) kini menjadi ciri standard Innova 2.0X dan 2.0G, serta ditawarkan sebagai opsyen untuk varian 2.0E.
  • Sistem BSM dan RCTA menggunakan sensor pada badan dan bampar kenderaan untuk mengesan kenderaan lain yang berada dalam atau berhampiran kawasan titik buta.

  • Innova 2.0X dan 2.0G dibekalkan Pemantau Pandangan Panoramik (PVM) yang menggunakan kamera pada badan kenderaan untuk mendapatkan pandangan sekeliling 360º.
  • Pemandu boleh memanfaatkan ciri tersebut untuk meninjau persekitaran kenderaan dan mengelak berlaku kemalangan. PVM sangat berguna untuk memerhati ruang letak kenderaan yang sempit.
  • Semua varian Innova (2021) facelift dilengkapi ciri keselamatan standard seperti:
    • 7 beg udara SRS.
    • Tali keledar 3-poin dengan fungsi prategang automatik pada kerusi barisan ketiga.
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).
    • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).
    • Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC).
  • Innova (2021) facelift mendapat rating maksimum 5 bintang dalam ujian perlanggaran Asean  NCAP.
  • Turut menyumbang kepada rating ttinggi itu adalah struktur badan kukuh yang tahan terhadap hentaman dan mampu menyerap tenaga utnuk meminimumkan kecederaan penumpang.
  • Innova 2.0X dan 2.0G dibekalkan Sistem Telematik Kenderaan (VTS) Toyota ciri standard, dan opsyen untuk 2.0E.
  • VTS membolehkan pemilik mengesan lokasi kenderaan mereka dengan bantuan teknologi GPS dan GSM jika berlaku kecurian. Selepas lokasi kenderaan dikenal pasti, Pusat Kawalan VTS akan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Sama seperti semua model lain keluaran UMWT, Innova diberikan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, tertakluk terma dan syarat.

 

Pelanggan boleh melihat dan memandu uji Innova (2021) facelift di semua bilik pameran rasmi Toyota seluruh negara. Lokasi bilik pameran terdelat boleh diketahui di laman web www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota 1800-8-TOYOTA (869682).

BACA >>> Misteri Pemandu Innova Cekap Parkir Tahap Super Akhirnya Terjawab
BACA >>> MPV Super Mewah, Lexus LM350 Buka Tempahan di Malaysia, Harga RM1.1 Juta

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4 Toyota UMW Toyota Motor (UMWT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

24/03/2026
Auto Terkini

Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

24/03/2026
Auto Terkini

Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

By Abang Hirata20/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

By Han Othman06/02/20192
Auto Terkini

KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

By Shazwan Hisam15/10/2025
Auto Terkini

Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

By Syafie24/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.