BERCADANG mahu beli Toyota Harrier Serba Baharu tetapi hanya ada versi recond dan risau tiada waranti? Jangan risau, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) kini secara rasmi memperkenalkan Toyota Harrier Serba Baharu (2018) untuk pasaran Malaysia.
Paling penting, Toyota Harrier Serba Baharu (2018) hadir bersama jaminan kilang selama lima tahun tanpa perbatuan. Dalam erti lain, anda tidak lagi perlu risau perkhidmatan selepas jualan.
HARGA
- Toyota Harrier Serba Baharu (2018) Premium - RM238,000
- Toyota Harrier Serba Baharu (2018) Luxury - RM259,900
* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans.
Bagaimanapun, model ini hanya akan dijual pada awal tahun hadapan dan tempahan juga sudah dibuka kepada orang ramai.
Bagi mereka yang mahu melihat Toyota Harrier Serba Baharu (2018) dengan lebih dekat, anda boleh datang ke Malaysia Autoshow 2017 bermula sekarang hingga 12 November 2017 di MAEPS, Serdang.
ENJIN TURBO – 2 VARIAN
Model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu didatangkan dalam dua varian iaitu Harrier 2.0T Luxury dan 2.0T Premium bersama pilihan enjin 2.0L teknologi VVT-iW dengan D-4ST. Enjin ini juga digunapakai pada Lexus NX.
Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, Toyota Harrier Serba Baharu (2018) mampu menghasilkan kuasa sebanyak 229hp pada 5,200 hingga 5,600rpm dan tork 350Nm (1,650 - 4,000rpm).
Toyota Harrier Serba Baharu (2018) generasi ketiga juga akan dilengkapi dengan Pakej Safety Sense (TSS) bagi perlindungan penumpang yang dipertingkatkan dan keselamatan pemanduan.
Bagi anda yang tertanya-tanya kepada kami mengenai Toyota Harrier Serba Baharu (2018), ini adalah berita baik untuk anda.
Ahmaz Zakwan bin Zainal Abidin says
Bila toyota harrier akan masok ke malaysia??
ABG GYL says
Sudah ada di Malaysia dan sudah boleh ditempah.