Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited (2024) Edisi JDM Ada 200 Unit Sahaja, Harga Mula RM120k
Roda4

Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited (2024) Edisi JDM Ada 200 Unit Sahaja, Harga Mula RM120k

Abang HirataBy Abang Hirata18/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA pada Jun lalu memperkenalkan GR86 TRUENO Edition untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) yang dihasilkan sempena meraikan model ikonik Trueno era 80-an.

Bagi pasaran Jepun pula ada model istimewa yang baru saja dilancarkan, iaitu Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited, termasuk memperkenalkan Toyota GR86 (2024) dengan beberapa penambahbaikan.

Walaupun istimewa dan meraikan model sama, kedua-dua mempunyai pakej luaran dan dalaman berbeza. Jumlah penawaran juga berbeza dengan model edisi pasaran domestik Jepun aka JDM itu dibuat 200 unit sahaja berbanding 860 unit untuk pelanggan AS.

Model berkenaan dibuat sempena meraikan ulang tahun Toyota AE86 ke-40 dan meluahkan penghargaan kepada peminat kereta sport.

Menggunakan GR86 RZ sebagai asas, model edisi khas itu ditawarkan dalam skema badan putih atau merah saja dengan rekaan grafik dwi-tona merah-hitam dan putih-hitam AE86.

Ruang kabin mendapat aksen hitam dan merah dengan lencana istimewa terpampang pada panel pintu yang tiada pada model TRUENO Edition. Juga dilengkapi brek Brembo dan absorber ZF SACHS, seperti kembar jauh di AS. Selain unit terhad, tempoh tempahan juga dihadkan 25 September hingga 9 Oktober sahaja.

Ciri Toyota GR86 (2024)

  • Dijana enjin 2.4L dengan output kuasa 235ps (233hp) @ 7,000rpm, tork 250Nm @ 3,700rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan (6 Super ECT) dan manual 6-kelajuan.
  • Dibekalkan sistem bantuan pemanduan EyeSight sebagai ciri asas GR86 manual.
  • Suis bebas tangan pada stereng sebagai untuk akses panggilan telefon ketika memandu.
  • Pemantau Titik Buta (BSM) sebagai pilihan untuk GR86 SZ (standard buntuk GR86 RZ).
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dioptimum bagi menambah baik kestabilan pemanduan dan prestasi keselamatan di selekoh.
  • Pilihan brek Brembo untuk GR86 SZ, dan ke atas.
  • Pilihan absorber ZF SACHS untuk GR86 SZ dan ke atas.
  • Aspek pengendalian dipertingkat dengan aspek karakteristik output terotel elektronik.

Varian dan Harga

  • Toyota GR86 RZ 6MT – 3,476,000 yen (RM109,365)
  • Toyota GR86 RZ 6AT – 3,574,000 yen (RM112,450)
  • Toyota GR86 SZ 6MT – 3,153,000 yen (RM99,190)
  • Toyota GR86 SZ 6AT – 3,251,000 yen (RM102,280)
  • Toyota GR86 R.C 6MT – 2,916,000 yen (RM91,725)
  • Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited 6AT – 3,920,000 yen (RM123,300)
  • Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited 6MT – 3,822,000 yen (RM120,220)

BACA >>> Toyota GR86 TRUENO Edition (2024), Cuma 860 Unit Sempena Tribut Model Ikonik Trueno
BACA >>> Toyota Sequoia TRD PRO (2024), SUV 3 Baris Mewah, Lasak untuk AS, Harga Mula RM282k
BACA >>> Toyota GR Corolla (2024) Cuma 550 Unit Dihasilkan di Jepun dengan Bolt Dipertingkat, Harga RM168k!

Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited
Toyota GR86 TRUENO Edition
GAZOO Racing (GR) GR Roda4 Toyota Toyota GR86 Toyota GR86 RZ Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited (2024)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Sakura 2026 Diperkenal, EV Terlaris di Jepun!

    09/04/2026
    Nissan GT-R R36 Concept
    Roda4

    Nissan GT-R R36 Sah Guna Hibrid dengan Enjin VR38 V6, Tiba Sebelum 2030?

    09/04/2026
    Chery perkenal aplikasi Carlinko
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Lancar Aplikasi Mobil ‘CarLinko’ untuk Pemilik PHEV Chery

    09/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.