Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota GR HV SPORTS Concept – Bayangan Kereta Masa Hadapan yang Menyeronokkan
Roda4

Toyota GR HV SPORTS Concept – Bayangan Kereta Masa Hadapan yang Menyeronokkan

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERSAMA visi baharu Presiden Akio Toyoda, Toyota Motor Corporation mahu menghasilkan kereta menyeronokkan selepas menyedari pemilik kenderaan masa kini bukan saja mahukan kereta yang reliabel, tetapi juga ada elemen menyeronokkan. Sejak itu, Toyota sudah mula bermain dengan sentuhan rekabentuk lebih berani walaupun trenkuasa dikatakan tidak sepadan dengan rekaan agresif dihasilkan.

Pameran Motor Tokyo ke-45 pada 25 Oktober nanti bakal menjadi pentas utama bagi banyak pengeluar automotif di Jepun untuk memperagakan produk masing-masing dan pada masa sama turut memberikan bayangan tentang apa yang bakal dihasilkan pada masa hadapan.

Toyota misalnya, menghebahkan beberapa model yang bakal ditayangkan, seperti GR HV Sports Concept. Menurut pengeluar automotif dari Negara Matahari Terbit itu, model konsep berkenaan ialah cara baharu dalam menikmati kereta dengan menggabungkan aspek keseronokan memandu kereta sport dan ciri mesra alam sekitar.

CIRI UTAMA

  • Rekabentuk diilhamkan daripada Toyota Gazoo Racing TS050 Hybrid yang bersaing dalam perlumbaan Kejuaraan Enduran Dunia (WEC).
  • Menampilkan bumbung targa seperti model ikonik Toyota, Sports 800 (Yotahachi) dan Supra.
  • Dikuasakan Toyota Hybrid System-Racing (THS-R) dengan teknologi hibrid yang diperhalusi daripada TS050 Hybrid.
  • Bateri hibrid berat diletakkan dekat bahagian tengah kereta, iaitu lokasi ideal untuk keseimbangan fizikal kereta dan mendapatkan prestasi lebih baik.
  • Enjin dengan dengan pacuan roda belakang (FR)

REKABENTUK

  • GR HV SPORTS Concept menggunakan lampu utama LED, roda aluminium dan difuser belakang, sama seperti TS050 Hybrid. Rekaan menyerlahkan hubungan Toyota dengan sukan permotoran.
  • Warna hitam kusam ialah simbolik kepada kuasa dan agresif.

INTERIOR DAN PATEN GEAR UNIK

  • GR HV SPORTS Concept menggunakan transmisi automatik dengan gerakan gear mengikut paten H untuk mod manual.
  • Lebih unik, opsyen transmisi automatik P-R-D-N-M diperkenalkan dalam bentuk barisan punat pada panel papan pemuka.
  • Lebih mengujakan, butang penghidup kereta terlindung cantik di sebalik tombol gear. Jika mahu menghidupkan kereta, tekan saja butang seperti mahu menembak peluru berpandu daripada jet pejuang.

GALERI

GR HV SPORTS Concept kereta konsep Pameran Motor Tokyo 2017 Toyota Toyota GR HV Sports Concept Toyota Motor Corporation
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

22/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.