Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota GAZOO Racing (TGR) Pusingan Ke-2 Penuh Debar – Nabil Ahmad Juara Promotional
Auto Terkini

Toyota GAZOO Racing (TGR) Pusingan Ke-2 Penuh Debar – Nabil Ahmad Juara Promotional

Abang GYLBy Abang GYL22/10/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Gazoo Racing (TGR) Vios Challenge pusingan kedua yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) menyaksikan pelbagai aksi dramatik di kalangan pelumba dalam usaha mengejar kejuaraan.

Litar sepanjang 1.99km dengan 17 selekoh itu melibatkan perlumbaan tiga kategori berbeza:

  • Sporting (semi-profesional)
  • Super Sporting (profesional)
  • Promotional (selebriti)

KATEGORI PROMOTIONAL

Bagi kategori Promotional, Nabil Ahmad muncul juara dengan menamatkan 18 pusingan dengan catatan masa 27:13:785. Tempat kedua pula menjadi milik Diana Danielle yang berada 1.934 saat di belakang Nabil dan diikuti Aiman Tino yang jauh ketinggalan dengan catatan masa 27:29:933.

“Pada awal perlumbaan lagi saya cuba halang Diana memotong walaupun pelbagai cubaan dan usaha dilakukan. Apa-apapun, saya rasa nasib baik kerana rim pecah tetapi tidak melibatkan tayar sehingga akhir perlumbaan,” kata Nabil.

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

KATEGORI SPORTING

Pelumba Panglima City Racing Team, Kenneth Koh Keik Lun menamatkan perlumbaan pada kedudukan pertama dengan catatan masa 26:29:666. Walaupun bermula di petak ke-8, namun dia berjaya memintas pelumba lain dengan mudah. Tempat kedua pula menjadi miliki Brendon Lim Boon Yew dengan catatan masa 26:32:520, manakala kedudukan ketiga dimiliki Ken Foo yang ketinggalan 4.013 saat di belakang Brendon.

BACA >>> Toyota Vios (2018) Versi Kemas Kini dengan Ekstra Aksesori, Harga Serendah RM74k!

KATEGORI SUPER SPORTING

Perlumbaan yang menjadi tumpuan ramai, Super Sporting pula menyaksikan pelbagai aksi menarik dengan beberapa insiden.

Pelumba ST Wangan Racing Team, Boy Wong menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 26:14:296 dengan meninggalkan William Ho dengan hanya perbezaan 0.64 saat. Tempat ketiga menjadi milik Brendan Paul Anthony dengan catatan masa 26:20:791.

“Dengan keadaan jentera yang sangat baik selain hasil kerja keras daripada rakan pasukan, saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama,” kata Boy.

TGR pusingan ketiga bakal berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bermula 22 hingga 24 Februari 2018. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan perlumbaan jalanan yang hebat ini.

GALERI
lumba kereta vios nabil ahmad toyota gazoo racing Toyota Gazoo Racing Toyota Gazoo Racing 2018 Toyota Gazoo Racing MAEPS vios
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.