• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Vios (2018) Versi Kemas Kini dengan Ekstra Aksesori, Harga Serendah RM74k!

Toyota Vios (2018) Versi Kemas Kini dengan Ekstra Aksesori, Harga Serendah RM74k!

January 31, 2018 By AI 4 Comments

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Vios (2018) menerima kemas kini baharu dengan menampilkan beberapa tambahan aksesori supaya kekal kompetitif dan segar di pasaran pada harga serenda RM74,980 yang pastinya memberikan lebih nilai wang kepada pembeli.

BACA >>> Toyota Vios Tampil Ciri Baharu - Kini Ada Kamera 360°

Berikut pembaharuan yang diperkenalkan Vios (2018):

Sil pintu bercahaya
Sil pintu bercahaya
Rim Vios TRD
Rim Vios TRD
Rim Vios GX
Rim Vios GX
Kit badan baharu
Kit badan baharu
Kit badan Vios TRD
Kit badan Vios TRD
  • Vios TRD (varian paling premium) dipasangkan kit badan lebih sporty berupa pelekat strip berwarna, dan perumah cermin sisi hitam. Kit eksklusif rekaan TRD Asia itu bukan hanya gaya, tetapi juga meningkatkan aerodinamik.
  • Varian Vios lain pula diberikan kit badan serba baharu dengan gril 'sarang lebah' atau honeycomb.
  • Semua varian Vios (2018) dipasangkan antena 'sirip jerung' atau shark fin mengikut warna badan. Cuma varian TRD tampil berbeza dengan semburan cat hitam.
  • Sensor parkir di depan dan belakang untuk varian Vios 1.5 TRD, GX dan G memudahkan tugas memarkir dan mengurangkan risiko bergesal.
  • Semua varian dilengkapkan plat sil pintu untuk melindungi kemasan cat selain menyuntik kesegaran penampilan. Kecuali Vios 1.5 J, plat keluli tahan karat itu juga bercahaya putih (amber untuk varian TRD) apabila pintu dibuka.

CIRI KABIN

  • Kemasan kerusi baharu (varian GX, E dan J).
  • Kemasan kulit pada kerusi (varian GX) adalah daripada jenis berliang udara untuk pengudaraan dan keselesaan.
  • Aksesori termaju seperti Monitor Pandangan Panoramik, Perakam Video Digital (DVR) dan sistem infotainment DVD-AVN  dengan skrin sentuh 7-inci serta sambungan kepada telefon pintar dan Internet masih lagi ditawarkan.
  • Pemilik Vios 1.5 J yang ingin menaik taraf sistem infotainment boleh memilih sistem DVD-AVX dengan skrin sentuh 6.2-inci dan disertakan sambungan Bluetooth, HDMI, Dail Suara serta kamera undur.
  • Kos aksesori tersebut boleh dimasukkan dalam pinjaman sewa beli yang perlu dinyatakan ketika membuat pembelian kenderaan. Proses pemasangan pula dilakukan pekerja Toyotan terlatih.

JIMAT HINGGA AKHIR FEBRUARI 2018

Ada 6 varian ditawarkan daripada serendah RM74,980 (tanpa insurans) yang bermula sekarang hingga hujung Februari 2018. Pembeli Vios (2018) berpeluang mendapatkan penjimatan hingga RM2,512, termasuk menerima angpau sebanyak RM988, dan aksesori percuma.

BACA >>> 'Excite Your Drive': Beli Kereta Toyota Baharu, Dapat Angpau + Aksesori, Servis!

*Tawaran sah untuk varian terpilih sahaja dan tertakluk terma dan syarat, sementara stok masih ada.

WARANTI 5 TAHUN

Semua model Toyota diberikan waranti produk selama 5 tahun tanpa had perbatuan yang juga turut sah untuk pemilik seterusnya, asalkan berada dalam tempoh 5 tahun pertama perlindungan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Vios terbaru ini serta tawaran istimewa sempena Tahun
Baru Cina, pelanggan boleh berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota yang turut menyediakan sesi pandu uji, atau layari toyota.com.my.

GALERI
Kit badan baharu
Kit badan Vios TRD
Rim Vios GX
Rim Vios TRD
Sil pintu bercahaya

Artikel Berkaitan

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4, Toyota Tagged With: Kempen, Promosi, Toyota, Toyota Vios 2018, Vios 1.5J, Vios 2018, Vios E, Vios GX, Vios J, Vios TRD

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my