Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla GR Sport, Corolla IMP (2023) Versi Dipertingkat Lancar! Harga Mula RM139k
Roda4

Toyota Corolla GR Sport, Corolla IMP (2023) Versi Dipertingkat Lancar! Harga Mula RM139k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota (UMWT) sebentar tadi memperkenal dua varian sedan segmen-C baharu, Toyota Corolla GR Sport (2023) dan Toyota Corolla IMP (2023) versi dipertingkat di Shah Alam, Selangor.

Toyota Corolla GR Sport (2023) mensasarkan peminat sedan sporty untuk kegunaan harian, manakala Toyota Corolla IMP (varian 1.8 E dan G) ditujukan kepada mereka yang mahukan sedan lengkap dengan ciri keselamatan dan bergaya sporty. Berikut perincian dua model itu:

TRENKUASA

  • Kedua-dua varian menggunakan enjin petrol 4-silinder sebaris 16-injap 1.8L 2ZR-FE DOHC dengan teknologi pemasa variabel  Dual VVT-i yang menawarkan output kuasa 137hp @ 6,400rpm dan tork 172Nm @ 4,000rpm.
  • Sistem transmisi automatik CVT 7-kelajuan Sequential Shiftmatic.
  • Ada dua mod pemanduan: ECO dan SPORT.

1. Toyota Corolla GR Sport (GR-S)

  • Dijual pada harga RM152,800
  • Ini ialah model GR-S (GR Sport) ketiga selepas Vios GR-S dan Hilux GR-S.
  • Memiliki rekabentuk sama seperti Toyota Corolla 1.8G dan 1.8E, tetapi diberikan beberapa penambahbaikan luaran dan dalaman.
  • Menampilkan kemasan gril hitam yang ditinggikan sedikit, dan gril bawah dilebarkan ke sisi bampar, juga dalam tona hitam.
  • Ada plat pelindung bawah depan yang menampakkan profil depan lebih rendah.
  • Cermin sisi hitam boleh lipat elektrik.
  • Rim aloi 18 inci rekaan baharu, warna Machine/Dark Gray Metallic (kelabu gelap), dan dibalut profil tayar 225/40R.
  • Ada tiga warna pilihan: merah, hitam dan putih.
  • Suspensi ditala baharu melibatkan absorber, spring belakang dan stabiliser untuk mengurangkan kesan olengan dan lantunan.
  • Ruang kabin tema hitam dengan kerusi untuk pemanduan sport.
  • Sulaman benang merah pada kerusi, trim pintu dan beberapa bahagian lain.
  • Ada lencana GR Sport pada perehat kepala.

2. Toyota Corolla IMP

  • Dijual pada harga RM139,800 untuk varian E, dan RM147,800 (G).
  • Pembaharuan pada gril, rekaan rim dan entri pintar (smart entry) untuk pemandu dan penumpang depan.
  • Kluster instrumen digital dengan skrin sentuh 12.3 inci untuk varian G, dan meter paparan multi-info (MID) 4.2 inci untuk varian E.
  • Ada lima warna pilihan: Calestite Gray Metallic (kelabu), Red Mica Metallic (merah), Platinum White Pearl MC (putih), Attitude Black (hitam) dan Metal Stream ME (perak).
  • Sistem lampu LED penuh pada lampu utama, lampu signal belok, lampu siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang.
  • Rim aloi ringan 17 inci untuk varian G, dan rim 16 inci (E).
  • Unit infotainmen skrin sentuh 9 inci dengan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto menggunakan kabel.
  • Port USB dalam kotak konsol dinaik taraf kepada USB Type C. Ada juga soket 12V 120W.
  • Varian G dilengkapi pad pengecas wayarles yang menepati standard Qi.
  • Varian G dilengkapi dua perakam video digital (DVR) dengan monitor pandangan panoramik (PVM) tiga dimensi (3D), dan Sistem Telematik Kenderaan (VTS).
  • Pembeli varian E ada tambahan bayaran jika mahu memasang DVR, PVM dan VTS.

PAKEJ KESELAMATAN

Toyota Corolla GR Sport dan Toyota Corolla IMP (ikut varian) dilengkapi teknologi keselamatan dan pakej bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) seperti:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Traksi (TC)
  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Bantuan Stereng
  • Bantuan Jejak Lorong dengan Amaran Keluar Lorong (LDA)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Sistem Brek Automatik (AEB)
  • Monitor Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPAS)
  • 7 beg udara SRS
Toyota Corolla GR Sport (2023)

Toyota Corolla IMP (2023)

Roda4 Sedan C Toyota Corolla GR SPORT UMW Toyota (UMWT) UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.