Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota CH-R Masuk Malaysia Sabtu Ini?
Auto Terkini

Toyota CH-R Masuk Malaysia Sabtu Ini?

Abang GYLBy Abang GYL10/05/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

toyota ch-r malaysiaBERITA gembira bagi yang sedang ternanti-nanti kehadiran Toyota CH-R! Buat pertama kalinya model SUV berkenaan bakal membuat penampilan di Malaysia, Sabtu ini.

Berdasarkan sumber kami terima, model yang bakal dipertontonkan kepada rakyat Malaysia ialah Toyota CH-R versi 1.2L Turbo.

Bagaimanapun pasaran Malaysia mungkin tidak akan melancarkan versi berkenaan sebaliknya memperkenalkan enjin bersesaran 1.8L Hybrid.

BILA NAK DILANCARKAN

Buat permulaan, UMW Toyota Motor dikhabarkan bakal membawa masuk Toyota CH-R versi diimport sepenuhnya (CBU) sebelum memperkenalkan model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Toyota di Bukit Raja, Shah Alam.

Begitu juga dari aspek spesifikasi, kami dikhabarkan pihak UMW Toyota masih belum mempunyai kata putus varian apa yang bakal dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Toyota C-HR Spesifikasi UK, Enjin Turbo dan Hibrid Jadi Sandaran

ANGGARAN HARGA

Tambah sumber itu lagi, Toyota CH-R versi CBU dijangka akan lebih mahal berbanding CKD. Anggaran harga bagi versi CBU adalah sekitar RM160,000. Manakala versi CKD pula akan dijual pada harga lebih kompetitif. Kemungkinan sekitar RM125,000.

ENJIN TURBO

Sedia maklum, Toyota CH-R yang sudah dilancarkan diperkenal dalam dua pilihan enjin iaitu 1.2L Turbo dan 1.8L Hybrid.

Berikut ialah spesifikasi enjin Toyota CH-R bagi pasaran UK;

  • 1.2 Petrol Turbo (115 HP) Multidrive S – kod enjin 8NR-FTS, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api D-4, 185Nm@1,500-4,000rpm, transmisi CVT, 179kmj, 0-100kmj 11.4 saat.
  • 1.8 Petrol Hibrid (122 HP) Automatik – kod enjin 2ZR-FXE, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api EFI, 142Nm@3600rpm, motor depan elektrik jenis sinkroni magnet tetap, jenis bateri logam nikel hidrida, transmisi Automatik Hibrid, 169kmj, 0-100kmj 11 saat.

Jika anda mahu menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang terawal melihat kehadiran Toyota CH-R, jom ramai-ramai ke Pusat Konvensyen Setia Alam, Sabtu ini.

GALERI

EXCEL
Rim Aloi 18-inci 5-jejari berganda
Hibrid
Rim Aloi 18-inci 10-jejari berganda
CVT
DYNAMIC
Manual
ICON
CH-R harga Toyota CH-R suv Toyota CH-R Toyota CH-R 2017 Toyota CH-R Malaysia Toyota CH-R masuk malaysia UMW Toyota Motor
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026

    4 Comments

    1. Mohd Yani on 10/05/2017 20:15

      How to book?

      Reply
    2. Sengal on 11/05/2017 17:22

      Mcm bangang.. Kata masuk sabtu… Bawah baca umw xtau nk bawak masuk varian ape lg… Tajuk betulkan la.. Pui.. Kahkah

      Reply
      • ABG GYL on 11/05/2017 21:57

        Hang yang patut baca betul-betul. Sabtu ni hanya previu saja. Jual hujung tahun. Lain kali bagi baca betul-betul

        Reply
    3. Mat Dang on 11/05/2017 19:25

      Sayang sekali hp dan tork nya agak kecil berbanding yg sekelas dlm segmennya dari jenama honda, mazda dan lain lainnya…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.