• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Camry Baharu Tiba di Malaysia Tidak Lama Lagi? FB, Laman Web Siar Foto Acah!

Toyota Camry Baharu Tiba di Malaysia Tidak Lama Lagi? FB, Laman Web Siar Foto Acah!

October 29, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM ini, netizen Indonesia, Thailand dan Malaysia dihidangkan beberapa foto samaran Toyota Camry serba baharu sedang dipandu uji di Thailand sana. Kini pelancaran sedan segmen D itu semakin hampir apabila Toyota Thailand memuat naik aplikasi detik jam di laman web rasmi wakil pengeluar itu.

Kemudian, tiada angin, tiada ribut atau pokok pula tidak bergoyang, tiba-tiba UMW Toyota Motor (UMWT) pula memaparkan laman khas di laman web wakil pengeluar itu yang mempelawa peminat Camry serba baharu mendaftarkan diri. Bukan pratempahan, mungkin lebih kepada maklumat lengkap apabila model sebenar didedahkan.

Lebih mengujakan, foto samar-sama rupa depan Camry generasi ke-10 itu terpampang sepotong ayat bertulis:

ALL-NEW CAMRY WILL BE UNLEASHED 1.11.18"

Ini bermakna butiran lanjut tentang Camry akan didedahkan sedikit masa lagi. Wow!

REKABENTUK LEBIH TRENDY


Seperkara tentang Camry serba baharu ialah rekabentuk baharu model itu yang kini tampil lebih agresif berbanding generasi terdahulu. Boleh dikatakan, inilah Camry dengan wajah paling agresif pernah dikeluarkan. Pemilihan itu juga dibuat supaya Camry tidak semata-mata membawa imej tradisional yang lebih kepada pemandu berusia.

Imej baharu itu juga sebenarnya mengikut trend sedan segmen D masa kini. Lihat saja pesaing lain seperti Honda Accord, Mazda6 dan Kia Optima.

BACA >>> LEGO Toyota Camry - Saiz Penuh dengan Berat 2 Tan dan 900 Jam Disiapkan

Spesifikasi pula, UMWT dijangka memasarkan Camry dalam 2 varian enjin: 2.0L dan 2.5L. Namun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi spesifikasi, tetapi kami percaya berdasarkan ciri-ciri mengagumkan pada Rush baharu, Camry juga akan muncul cemerlang.

Ini paling menarik kerana seteru terdekat seperti Honda Accord dibekalkan ciri canggih seperti Honda Sensing. Bagi mencabar BR-V, UMWT menyediakan pesaing hebat dan lengkap, iaitu Rush. Tentang harga pula, berdasarkan harga model sebelum ini, dan saingan terdekat seperti Accord, Mazda6 dan pesaing lain dalam segmen D, kami jangka julat harga Camry bermula RM140,000-RM170,000.

Kita sama-sama nantikan detik 1 November nanti untuk menyaksikan hidangan terbaru UMWT.

BACA >>> Toyota Corolla Touring Sports (2019), Versi Wagon dengan Ekstra Ruang, Kualiti Premium

GALERI

* Toyota Camry versi Jepun

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: sedan saiz pertengahan, sedan segmen-D, Segmen D, Toyota, Toyota Camry, Toyota Camry 2018, Toyota Malaysia, UMW Toyota Motor, UMWT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
  • 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
    5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my