Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Bantu Bangunkan Ekosistem Hidrogen untuk Kenderaan di Indonesia
Auto Terkini

Toyota Bantu Bangunkan Ekosistem Hidrogen untuk Kenderaan di Indonesia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INDONESIA dijangka menggunakan hidrogen sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui untuk kenderaan masa depan, iaitu satu lagi bahan bakar alternatif selain elektrik, petrol, diesel dan gas.

Perkara itu bakal direalisasikan selepas anak syarikat Pertamina, Pertamina New & Renewable Energy (Pertamina NRE) dan Toyota menjalin kerjasama membangunkan ekosistem hidrogen sebagai bahan api kenderaan di Indonesia.

Presiden Direktor Pertamina (Persero), Nicke Widyawati berkata, kolaborasi itu satu usaha membantu republik itu mencapai misi emisi sifar. Pada majlis pecah tahan Stesen Isian Semula Hidrogen (HRS) di Daan Mogot, beliau berkata;

Untuk capai ini, kami mendorong pelbagai pilihan. Jadi, kita sudah ada kenderaan elektrik (EV), biotenaga dan kini hidrogen sebagai pelopor.”

Memorandum perjanjian pembangunan bersama antara Pertamina dan Toyota itu dimeterai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertamina NRE, Dannif Danusaputro dan Presiden Direktor Toyota Motor Manufacturing Indonesia, Nandi Julyanto.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Komisioner Pertamina (Persero), Basuki Tjahaja Purnama dan Pengarah Logistik dan Infrastruktur Pertamina (Persero), Alfian Nasution.

Basuki dalam ucapannya menyatakan Pertamina perlu ke depan mencipta inovasi dan bukan jadi pengikut jika mahu meneroka perniagaan tenaga bersih.

KENAPA TOYOTA?

Dannif berkata;

Kami bekerjasama dengan Toyota yang sudah menghasilkan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV), Toyota Mirai yang akan menggunakan isian semula hidrogen di stesen HRS kami.”

Stesen Daan Mogot akan menjadi stesen integrasi pertama yang menawarkan tiga jenis bahan api, iaitu fosil (petrol dan diesel), gas dan hidrogen. Stesen HRS membolehkan isian hidrogen dalam kenderaan komersial dengan masa isian kurang lima minit.

SUMBER: CNBC Indonesia | Pertamina 

Alfian Nasution Auto Terkini Basuki Tjahaja Purnama Dannif Danusaputro Indonesia Hidrogen Nandi Julyanto Nicke Widyawati Pertamina Stesen Isian Semula Hidrogen (HRS)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Atlas 2027, Rekabentuk Tegap 8 Tempat Duduk, 2.0L Turbo, Varian Hibrid Hanya Tiba Kemudian

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Auto Terkini

    Petron Semarak Ramadan, Aidilfitri Melalui Inisiatif CSR ‘Pasti OK, Pasti Bermakna’

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.