Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025 Kembali Gegar MITEC
Auto Terkini

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025 Kembali Gegar MITEC

SyafieBy Syafie07/07/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tokyo Auto Salon KL (TASKL) 2025 kembali di MITEC
PAMERAN automotif Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025 kembali lagi di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang menjanjikan pengalaman luar biasa dengan kehadiran legenda modifikasi Jepun, kereta ikonk, dan debut beberapa model.

Enam Legenda Jepun, Jentera Ikonik Turun Malaysia

TASKL 2025 menyatukan enam ikon dunia permotoran Jepun seperti:

  • Smokey Nagata (Top Secret)
  • Wataru Kato (Liberty Walk)
  • Isami Amemiya (RE Amemiya)
  • Takahiro Kataoka (KUHL Racing)
  • Hisaaki Murakami (J’S Racing)
  • Hiroshi Tamura ‘Father of the modern GT-R’

Antara jentera hebat bakal dipamerkan ialah:

  • Top Secret VR32 Stealth GT-R: Satu-satunya di dunia dengan enjin R35 berkuasa 1,072hp!
  • Ferrari F40 Liberty Walk: Pernah dikeluarkan dari senarai rasmi Ferrari kerana ubah suai ekstrem.
  • Super Silhouette ER34: Replika Skyline KDR30 dengan liveri Tomica.
  • CREWCH R356C: Model konsep masa depan GT-R yang agresif dan dramatik.
  • RE Amemiya 3ROTAR NA-7: Model RX-7 tiga rotor berkuasa 435hp dengan hanya bumbung asal dikekalkan.
  • ALESS Century Complete WL: Sedan mewah berkuasa 518hp dengan kit aero ROZEL dan suspensi udara.

Malaysia’s Finest Tuners: Pamer Bakat, Taring di Pentas Dunia

Tokyo Auto Salon KL (TASKL) 2025 kembali di MITEC

Buat julung kali, TASKL 2025 memperkenalkan zon khas, Malaysia Finest Tuners (MFT) bagi mengetengah hasil kerja tuner tempatan. Ini sejajar usaha menyatukan budaya modifikasi Malaysia dan Jepun untuk peluang kerjasama masa depan.

Aktiviti Menarik: Pertandingan, Cosplay, Diecast dan Banyak Lagi

Acara tahun ini dipenuhi pelbagai tarikan seperti:

  • Pertandingan Auto Styling yang diadili tuner Jepun
  • Pertunjukan koleksi kereta rare Malaysia
  • Pertandingan Car-Meets-Cosplay
  • Mini TAS, zon diecast khas bersama The Model Car Show Malaysia
  • Pelancaran Toyota Supra MK4 Chase dan Super Chase Diecast
  • Persembahan pentas dan seni secara langsung (live art) daripada Zameer Pentbrush

GT-R Festival, FL5 Official Track Day Panaskan Jalan Menuju TASKL 2025

Logo Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)

Antara aktiviti ‘Road to TASKL 2025’ yang berlangsung pada 2 Ogos 2025 ialah:

i. Festival Malaysia GT-R, Gamuda Cove

  • Meet & Greet bersama Tamura
  • Anugerah Best Tuning, Best Design & Tamura’s Choice
  • Tiket RM399 termasuk:
    • Baju eksklusif
    • Decal khas GT-R dan Midnight Club
    • Tiket TASKL 2025
    • Beg cendera hati, sijil, dan makan tengah hari

ii. Track Day Rasmi FL5 Type R dan Perhimpunan Mega, Litar Antarabangsa Sepang

  • Acara time attack
  • Perarakan

Tiket TASKL 2025


Harga tiket seperti berikut:

  • RM48 (dewasa, sehari)
  • RM30 (kanak-kanak 6-12 tahun)
  • RM120 (kombo keluarga – 2 dewasa + 2 kanak-kanak)
  • RM120 (dewasa, pas tiga hari)
  • Percuma: Kanak-kanak bawah 5 tahun
  • Diskaun 50 peratus: Pemegang kad OKU dan penjaga

Tiket boleh dibeli di www.tokyoautosalonkl.com atau menerusi media sosial rasmi TASKL (Facebook, Instagram, TikTok).

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur: Gabungan Gaya Hidup, Kuasa

Tokyo Auto Salon KL (TASKL) 2025 kembali di MITEC

TASKL 2025 turut menjadi penaja utama Kejohanan Ekuestrian Piala Perdana Menteri CSI di Kuala Lumpur Polo Club pada 25-27 Julai ini.

Usaha itu menampilkan gabungan nilai kuasa, keanggunan dan ketepatan yang menghubungkan dunia permotoran dan sukan elit.

Auto Terkini Kenderaan Modifikasi Pameran Auto Pasaran Domestik Japun (JDM) Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) TASKL 2025 Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.