Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tokyo Auto Salon KL 2023 Buka Tirai di MITEC, Ada Kereta Kustom Dibawa Khas Dari Jepun!
Auto Terkini

Tokyo Auto Salon KL 2023 Buka Tirai di MITEC, Ada Kereta Kustom Dibawa Khas Dari Jepun!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOKYO Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2023 hari ini membuka pintu pameran kepada orang ramai, berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini (11 Jun 2023).

Penganjuran kenderaan modifikasi dan kustom itu diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

PERINCIAN TASKL 2023

Harga Tiket

  • Dewasa: RM60 sehari
  • Kanak-kanak: RM28 sehari

Lokasi

  • Dewan 2 hingga 4, MITEC

Setakat ini, kira-kira 40,000 tiket berjaya dijual dan dijangka meningkat pada hujung minggu ini. Sebelum ini, penganjur meletakkan sasaran jumlah pengunjung TASKL 2023 seramai 150,000 orang.

TASKL 2023 menyediakan pelbagai model kenderaan modifikasi tempatan dan juga sejumlah kereta yang dibawa khas dari Jepun. Malah ada sebilangan pempamer dikatakan bersedia menjual kenderaan pameran mereka di TASKL kepada pembeli yang berminat.

Berikut ialah beberapa model istimewa disediakan khas untuk tatapan pelawat.

NISSAN R35 GTR – SMOKEY NAGATA

  • Antara model yang pasti menjadi tumpuan peminat JDM ialah GTR berwarna emas (Candy Gold) daripada Top Secret (Smokey Nagata).
  • Menggunakan enjin VR38 DETT 3.8 liter V6 dengan transmisi GR6-SPL, dikatakan mampu menghasilkan kuasa 803hp @ 6,500rpm.
  • Menggunakan pakej kit aero Top Secret G-Effect (bampar depan, spoiler DRS karbon, but karbon, fender lebar, skirt sisi karbon, spoiler karbon dan bonet karbon.
  • Sistem suspensi Top Secret Dumptronic dengan penyerap hentak Top Secret Time Attack SPL, pegas SWIFT dan set lengan gegantung Top Secret.
  • Rim 20 inci OZ New Futura Top Secret dengan set tayar 285/35 jenama Bridgestone Potenza RE71RS.
  • Sistem ekzos titanium dengan peredam Top Secret (sudah diubah suai) dan pemangkin sport TRUST.

NISSAN SKYLINE R32 GT-R ACTIVE CARBON

  • Hasil binaan Kazushige Sakamoto dari Garage Active yang menerima material gentian karbon secara menyeluruh pada badan kereta.
  • Blok enjin digunakan jenis RB30 (bukannya RB26) dan kepala silinder RB26 dengan aci sesondol 292º beserta injap oversize. Radiator jenis DRL.
  • Kapasiti enjin dikatakan 3,066cc dan trenkuasa menawarkan output kuasa 343hp. Sistem transmisi 6-kelajuan sequential OS Giken.
  • Kit badan lebar gentian karbon Active, suspensi angin dan rim Work Seeker MX 18 inci beserta tayar Toyo 295/30R semi-slick.

TOYOTA GR86

  • Kereta sport talaan HKS ini menggunakan enjin FA24 berkapasiti 2,387cc dengan pengecas turbo GT2.
  • Menggunakan kit badan HKS Type-R dengan suspensi HKS Hipermax R. Sistem ekzos jenis HKS Hi-Power SPEC-LII dengan HKS Super Manifold dengan pemangkin GT-SPEC.
  • Pengunjung yang berminat boleh beli kereta ini di TAS KL 2023.

TOYOTA GR SUPRA

  • Satu lagi model talaan HKS dan pernah memenangi pertandingan Tokyo International Custom Car 2020.
  • Enjin 2.0 liter (B48) dan menggunakan ekzos HKS Super Turbo Muffler dan brek ENDLESS MONO6 Rally.
  • Lengkap dengan kit badan premium HKS (spoiler depan dan belakang serta fender lebar).
  • Suspensi jenis HKS Hipermax Max IV GT dengan pegas HKS. Rim ADVAN Racing R6 20 inci.

CHEVROLET CORVETTE C7

  • Kereta jenama Amerika Syarikat yang mendapat talaan Forte.
  • Menggunakan kit badan lebar Forte membabitkan fender lebar, bampar depan dengan spoiler serta spoiler bawah bampar belakang.
  • Dipasang sistem suspensi angin ACC dan rim Forte berukuran 21 inci dengan tayar Pirelli 255/30 (depan), rim 22 inci beserta tayar 295/25 (belakang).

MITSUOKA OROCHI

  • Ditala Sphere Light dan dan dikenali sebagai Sphere Racing Orochi.
  • Menggunakan enjin Toyota (3MZ-FE) 3.3 liter V6, menawarkan kuasa 230hp.
  • Kit badan lebar Liberty Walk.

GALERI KERETA DI TASKL 2023

HKS Kazushige Sakamoto Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) SMOKEY NAGATA Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2023 Top Secret
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.