Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»TNB Electron DC Mula Operasi, 6 Lagi Stesen Pengecas EV Akan Dibuka Tahun Ini
Auto Terkini

TNB Electron DC Mula Operasi, 6 Lagi Stesen Pengecas EV Akan Dibuka Tahun Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TENAGA Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama PLUS Malaysia hari ini mengumumkan stesen pengecas TNB Electron DC (pengecasan pantas) kini beroperasi sepenuhnya.

Kemudahan pengecasan TNB Electron disediakan di tiga Kawasan Rawat & Rehat (R&R) membabitkan dua lebu raya iaitu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

  • R&R Ayer Keroh (arah Utara) – PLUS
  • R&R Tapah (arah Utara) – PLUS
  • R&R Paka (arah Utara) – LPT2

Stesen pengecasan R&R Ayer Keroh dan Paka sudah beroperasi sebelum sambutan Tahun Baharu Cina manakala kemudahan pengecasan EV di R&R Tapah bermula semalam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din mengumumkan perkembangan tersebut pada majlis perasmian TNB Electron DC (arah Utara) R&R Ayer Keroh. Majlis perasmian disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

BACA >>> Tengku Zafrul Yakin EV, Hibrid Capai 15 Peratus Jualan Kenderaan Tujuh Tahun Lagi

Baharin berkata:

Saya difahamkan sambutan dari pemilik EV amat menggalakkan terutama di Ayer Keroh. Diharapkan dengan adanya pengecas EV di Paka dan juga di kawasan-kawasan lain di bawah kendalian operator pengecas elektrik selain TNB, akan menggalakkan lebih banyak penggunaan EV di seluruh negara.

Melalui sembilan poin pengecas TNB Electron yang dibina di sepanjang Lebuhraya PLUS, ia dianggarkan melibatkan 99,154kWh elektrik yang akan dicaj sepanjang tahun 2023.

Kaedah ini dijangka mengurangkan 7.2 tan metrik karbon dioksida dan gas lain berbanding penggunaan kereta petrol. Ia bersamaan dengan pemerangkapan gas rumah hijau dalam satu tahun oleh 8.5 ekar hutan yang sama luas dengan 8 buah padang bola sepak

BACA >>> #Bajet2023: Gentari Sedia 500 Stesen Cas Menjelang 2024, TNB Labur RM165j untuk Fasiliti EV

TNB ELECTRON R&R AYER KEROH

  • Stesen TNB Electron di Ayer Keroh dilengkapi kemudahan pengecassan 180kW CCS2 dengan dua penyambung, masing-masing menyalurkan kuasa 90kW.
  • Sehingga hujung bulan ini, pengguna boleh mengecas secara percuma dan struktur harga akan diumum pada 1 Mac 2023.

BACA >>>> Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) Versi CKD Masuk Pasaran Mac Ini, Harga RM648k!

6 LAGI STESEN TNB ELECTRON

Ada enam lagi stesen EV akan didirikan dan dijangka mula beroperasi di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) tahun ini iaitu di:

  • R&R Machap
  • R&R Rawang
  • R&R Gunung Semanggol
  • R&R Gurun (arah Utara dan Selatan)
  • R&R Paka (arah Selatan)

Jika semua stesen TNB Electron siap dibina tahun ini, ini bermaksud ada 18 kemudahan pengecasan EV untuk pengguna kenderaan elektrik.

KOMITMEN TNB

  • TNB mahu melibatkan diri dalam pembangunan industri kenderaan elektrik selari dengan matlamat pembangunan kemampanan (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Climate Cities & Communities.
  • Matlamat itu termasuk berusaha untuk mewujudkan penempatan penduduk dan jumlah bandar selamat, berdaya tahan dan mampan.
  • Ia juga meliputi akses kepada sistem pengangkutan mampan selaras dengan perubahan iklim.
  • TNB juga ada rancangan program elektrifikasi pengangkutan (fleet electrification) dengan sasaran awal 30 peratus kenderaan syarikat sedia ada ditukar kepada EV menjelang tahun 2030.
  • Buat masa ini, TNB sudah memiliki 13 kenderaan elektrik iaitu empat unit bas, enam kereta dan masing-masing satu van, trak pikap dan EV tower wagon.

BACA >>> Proton Mahu Malaysia Jadi Hab, Pengeksport EV Pemanduan Kanan

PELABURAN RM90 JUTA TNB

TNB akan labur RM90 juta untuk membantu Agenda Peralihan Tenaga untuk menyokong ekosistem EV untuk tempoh tiga tahun.

Tujuannya adalah untuk menggalakan lebih ramai pengguna beralih daripada kenderaan petrol kepada EV. TNB menggariskan inisiatif yang akan fokus kepada lima aspek utama iaitu

  • Latihan kemahiran semula (reskilling) pekerja
  • Menukar semua kenderaan syarikat kepada EV
  • Membangunkan infrastruktur pengecas
  • Menaja pengajian berkaitan EV serta menjalin kerjasama dengan pemain industri EV

Datuk Baharin Din Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Plus Malaysia Tenaga Nasional Berhad (TNB) TNB Electron DC
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.