Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tip Melawan Penjenayah Jalanan, Sila Genggam Kunci Kereta Anda Sekarang!
Autotainment

Tip Melawan Penjenayah Jalanan, Sila Genggam Kunci Kereta Anda Sekarang!

Han OthmanBy Han Othman03/08/20191 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Tahukah anda tip melawan penjenayah jalanan? Tahukah anda kunci kereta ialah senjata paling efisien melawan penjenayah jalanan yang cuba menyerang anda ketika berjalan bersendirian? Sebenarnya, banyak barangan lain yang boleh dijadikan senjata mempertahankan diri seperti payung, penyembur lada, beg tangan dan  kasut tumit tinggi.

Dan kunci kereta pun boleh jadi senjata paling efisien. Kenapa?

Kunci kereta ialah alat paling kompak, mudah alih dan praktikal. Tambahan lagi jika anda berkereta, sudah tentu ia akan dibawa ke mana-mana. Kunci kereta tiada tarikh luput dan anda tidak juga perlu risau berdepan masalah teknikal pada minit akhir (misalnya, tersembur muka sendiri, atau penyembur rosak).

BACA >>> Awas Taktik Baru Perompak Bermotosikal! Tunjuk, Henti dan Samun

Apa yang perlu anda lakukan ialah membiasakan diri menggenggam kunci kereta (rujuk gambar di bawah) setiap masa, terutama ketika berseorangan. Kemudian, anda perlu mengeset minda tentang apa yang sepatutnya dilakukan sekiranya diserang.

Tidaklah sesukar mana, cuma sasarkan bahagian muka penjenayah dan lakukan serangan pantas. Saiz kunci yang kompak boleh berfungsi seakan pisau. Malah, anda mampu melakukan kombo serangan secara serentak dalam masa beberapa saat sahaja. Cubalah praktis di rumah. Practise makes perfect ok!

BACA >>> Britain Kaji Semula Undang-Undang Lindungi Polis Banteras Penjenayah Moped

Letak kunci seperti gambar di atas.
Genggam dengan membiarkan bilah kunci terkeluar antara jari telunjuk dan jari hantu.
Apabila diserang, terus saja sasarkan bahagian lemah seperti mata. Anda boleh menikam.
Boleh juga menjolok lubang hidung penjenayah.
Atau jadikan telinga sebagai sasaran.
Mungkin penjenayah bertubuh tinggi. Sekarang sasarkan bahagian tekak. Boleh serang secara tikaman.
Anda turut boleh menyerang secara melibas atau hayunan tangan. Pastikan gerigi kunci menyiat kulit leher penjenayah.
Akhir sekali, biasakan diri menggenggam kunci kereta seperti ini, terutama apabila berseorangan.

PERHATIAN!

Ingat, tip di atas adalah untuk tujuan mempertahankan diri sahaja. Penjenayah mungkin nekad dan sukar dijangka. Jadi, kunci kereta boleh berfungsi untuk melengahkan serangan balas atau mengejutkan penjenayah. Nasihat kami, selepas serangan balas dibuat, anda sepatutnya lari secepat mungkin mendapatkan bantuan.

Ingat kata kunci ini, GENGGAM-SERANG-LARI.

autotainment cegah jenayah kunci kereta penjenayah jalanan tip automobil tip melawan penjenayah jalanan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.