Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiga Maut Pesawat Cessna Terjunam, Hempas Deretan Rumah
Auto Terkini

Tiga Maut Pesawat Cessna Terjunam, Hempas Deretan Rumah

SyafieBy Syafie03/09/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIGA maut dalam nahas pesawat ringan enjin kembar Cessna 421C terhempas atas deretan rumah di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS), Sabtu lalu, lapor BBC.

Pihak berkuasa berkata, mangsa terkorban ialah dua penumpang pesawat ringan dan seorang penghuni salah satu rumah yang terlibat dalam insiden tersebut.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/09/vid-pesawat-terhempas-oregon-usa.mp4

Beberapa unit rumah turut terbakar dalam nahas itu. Ini menyebabkan beberapa keluarga kehilangan tempat tinggal dan sebilangan lain cedera.”

Menurut laporan, insiden berlaku sekitar jam 10.30 pagi (waktu tempatan), di bandar Fairview, kira-kira 17km dari timur Portland  dekat Lapangan Terbang Troutdale.

Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) kini masih menyiasat punca kemalangan bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

Semasa kejadian, pesawat tersebut melanggar tiang elektrik atau menara, menyebabkan terjunam dan merempuh sebuah rumah dan terbakar.”

Insiden itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus sementara di kawasan perumahan berkenaan. Identiti mangsa masih tidak didedahkankan, dan beberapa mangsa lain (sembilan orang) turut cedera.

Fakta Pesawat Cessna 421

Cessna 421C ialah pesawat propeler (berkipas) dengan enjin kembar. Pesawat terhempas itu didaftarkan sebagai N421GP dan mula dibina pada 1977.

Pemilik pesawat itu ialah Circle Capital Industries, yang berpangkalan di Dover, Delaware. Cessna menghasilkan pesawat enjin kembar berkuasa dari 1967 hingga 1985. Hampir 2,000 unit dihasilkan syarikat yang berpangkalan di Wichita, Kansas ketika pengeluaran.

  • Kapasiti maksimum: Enam penumpang
  • Dimensi: Panjang 11,099mm| Tinggi 3,505mm | Lebar sayap 12,547mm
  • Berat Berlepas Maksimum (MTOW): 3,379kg
  • Jarak Penerbangan: 2,754km
  • Kelajuan Maksimum: 256 knots (474kmj)

SUMBER: BBC | SimpleFlying

Auto Global Auto Terkini Cessna Nahas Pesawat Pesawat Ringan Enjin Berkembar
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.