Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tidak Perlu Susah Payah, Honda Accord Touring (2023) Siap Ada OS Google!
Auto Terkini

Tidak Perlu Susah Payah, Honda Accord Touring (2023) Siap Ada OS Google!

Abang HirataBy Abang Hirata23/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN teknologi trenkuasa, kelengkapan hiburan dalam kereta juga turut berkembang maju daripada pemain kaset dan cakera padat, hinggalah sistem infotainment yang canggih.

Sistem infotainment masa kini mampu memainkan video daripada platform atas talian, menjadi alat navigasi, dihubungkan dengan telefon pintar dan macam-macam lagi. Skrin sama juga menjadi pusat kawalan kenderaan. Memang canggih sistem kereta moden hari ini.

BACA >>> GKUI19: Sistem Infotainment Pintar Paling Pantas Ini Mungkin Ada untuk Proton X70 CKD?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?

Apple CarPlay

Namun, di sebalik kecanggihan tersebut, pengguna masih dipisahkan dengan sistem operasi (OS) seperti dialami pemilik telefon dan peranti pintar.

Maksudnya, ada pengeluar memilih membangunkan OS sendiri seperti dapat dilihat model Proton baharu, dan ramai juga yang mahukan ciri konektiviti Apple CarPlay and Android Auto. Maklumlah, bukan semua orang guna telefon dengan OS yang sama.

Di sebalik desakan itu, Honda pula memilih menggunakan OS Google terbina dalam untuk varian Honda Accord Touring (2023), juga yang pertama untuk model Honda.

Menerusi OS itu, pengguna dapat terus mengakses Google Assistant, Google Maps dan pelbagai aplikasi lain dalam Google Play. Selain aplikasi Google tersedia, Honda Accord Touring (2023) turut dilengkapi kluster instrumen digital 10.2 inci, dan unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci, juga paling besar untuk model Honda!

Walaupun menggunakan OS Google, pengguna masih lagi perlu menghubungkan unit infotainmen mereka dengan sistem Apple CarPlay atau Android Auto. Sedan itu juga disediakan papar dongak (HUD) 6 inci, pengecas wayarles (Qi, 15W) dan sistem audio premium Bose dengan 12 pembesar suara.

Malah semua varian Honda Accord dilengkapi ciri kemas kini perisian atas talian Over the Air (OTA) yang menambah lagi kemajuan teknologi kereta moden. Berikut ciri OS Google untuk Honda Accord Touring (2023):

  • Aplikasi Google Assistant – Pemandu dapat menguruskan beberapa perkara tanpa mengalihkan mata dan tangan dari stereng.
  • Pengguna boleh membuat panggilan atau menghantar pesanan, menetapkan peringatan dan melaraskan suhu kabin.
  • Pengguna juga boleh memandu ke destinasi seterusnya atau membuat carian di kawasan berhampiran.
  • Sebagai contoh, Google Assistant membolehkan pengguna menetapkan destinasi dalam Google Maps menggunakan suara dan peta laluan akan dipaparkan pada panel meter.
  • Pengguna boleh mengawal media dengan mengarahkan Google melangkau ke lagu seterusnya.
  • Pengguna boleh memuat turut pelbagai aplikasi muzik dan lain-lain daripada Google Play, sama seperti telefon pintar!

Honda Accord generasi ke-11 diperkenalkan pada November lalu yang tampil dengan gaya ringkas, matang dan bersahaja, seiring model baharu Honda lain. Honda Accord pasaran Amerika Syarikat (AS) ditawarkan dalam dua varian enjin:

  • 1.5L VTEC Turbo berkuasa 192hp dan tork 260Nm serta transmisi automatik CVT.
  • 2.0L Hybrid dengan motor elektrik berkuasa 204hp dan tork 315Nm.

Sebagai makluman, ada lima varian Honda Accord (2023) ditawarkan Honda AS, iaitu LX dan EX untuk model 1.5L VTEC Turbo, manakala Sport, EX-L, Sport-L dan Touring dikhaskan untuk Honda Accord Hybrid.

BACA >>> Honda Accord (2018) Versi AS Dedah Harga Bermula AS$23,570 (RM99,783) 
BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Masuk UK, Harga Mula RM251k!
BACA >>> Honda Rebel 1100T DCT (2023) dalam Gaya Bagger Diperkenal di Amerika!

Honda Accord dengan OS Google
Honda Accord (2023)
Google Honda Honda Accord Honda Accord (2023) Honda Accord Touring
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.