Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Thailand Lancar GPX Demon GR200R (2020), Harga RM10k
Roda2

Thailand Lancar GPX Demon GR200R (2020), Harga RM10k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GPX THAILAND baru saja melancarkan sportbike Demon GR200R (2020) yang khabarnya Malaysia juga bakal menerima model itu tidak lama lagi.

GPX bukanlah jenama asing dalam kalangan peminat motosikal Malaysia kerana sebelum ini kita pernah menyaksikan pelancaran Demon 150 GR (RM9,800) untuk pasaran tempatan tahun lalu.

BACA >>> GPX Demon 150GR aka Panigale Mini Kini di Malaysia, Harga RM9,800 Sahaja!

Jika Demon 150 GR dikatakan mirip Ducati Panigale, Demon GR200R (2020) ini pula mirip Yamaha YZF-R1. Model itu dijana enjin silinder tunggal 198cc penyejukan cecair dengan tork 17.2Nm @ 6,500rpm. Bagaimanapun, angka kuasa (hp) tidak pula didedahkan laman web rasmi GPX Thailand.

Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan. Sistem henti digalas brek cakera hidraulik dengan kaliper 2-piston 276mm di depan dan 220mm (belakang).

Bahagian roda dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock YSS boleh laras prabeban 7-tetapan di belakang. Sportbike ini menggunakan rim 17 inci yang dibalut tayar 100/80 (depan) dan 140/70 (belakang).

BACA >>> GPX Raptor 180 (2019) Lancar di Thailand, Harga RM8k

Bahagian pemuka pula terhidang paparan skrin LCD TFT berwarna dengan rekaan moden yang memaparkan maklumat digital LED penuh seperti takometer, odometer, baki minyak, suhu enjin, posisi gear, mod tunggangan, jam dan lain-lain.

BACA >>> Suzuki Taiwan Kemas Kini Warna GSX-R150 (2020), Termasuk Seragam Ecstar MotoGP

Dimensi Demon GR200R (2020) memiliki jarak roda 1,340mm, panjang 2,020mm dan  tinggi pelana 815mm, sesuai dikendalikan majoriti saiz penunggang Asean. Juga dipadankan ekzos sport dan peg kaki aluminium, manakala sistem pencahayaan menggunakan teknologi LED berserta lampu siang (DRL) di depan.

Sportbike aras mula ini memiliki berat 150kg dengan saiz tangki minyak 11 liter. Harga jualan di Thailand ialah 76,500 baht (RM10,600) dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna: merah, hitam dan kelabu.

Atas kertas, model itu  bakal bersaing dengan Pulsar RS200, TVS Apache RTR200 dan KTM 200 Duke.

BACA >>> 28 Foto Ini Pasti Buat Anda Jatuh Cinta kepada GPX Demon 150GR

GALERI
gpx GPX Demon GR200R (2020) GPX Malaysia gpx masuk malaysia roda2 sportbike Sportbike Aras Mula
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.