• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / GPX Raptor 180 (2019) Lancar di Thailand, Harga RM8k

GPX Raptor 180 (2019) Lancar di Thailand, Harga RM8k

August 21, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI khabar dari Thailand! Pasaran motosikal negara jiran itu baru saja menerima GPX Raptor 180 (2019) selepas memperkenalkan Legend 250 Twin dan POPz 125. Model naked bike ini tampil garang dengan rekabentuk mirip siri KTM Duke.

Persamaan itu dapat dilihat menerusi rekabentuk panel sisi tangki @ shroud tajam, bentuk belakang minimalis dan lampu utama sporty.  Malah grafik strip dan warna badan yang disembur kemasan karbon kevlar membuatkan naked bike tampak agresif. Sayangnya, ia menggunakan casis diamond, kalau trellis pasti lebih mengancam.

BACA >>> GPX Demon 150GR aka Panigale Mini Kini di Malaysia, Harga RM9,800 Sahaja!

Selain lampu utama dan signal belok LED, Raptor 180 didatangkan dengan spidometer digital penuh, brek cakera depan dan belakang, pelana dua aras, ekzos mirip Yamaha YZF-R25 dan fork terbalik (USD). Trenkuasa menggunakan enjin silinder tunggal  180.8cc SOHC penyejukan cecair dengan transmisi klac manual 6-kelajuan yang mampu mencapai kelajuan maksimum 110kmj.

Dengan berat 135kg, Raptor 180 memiliki panjang 2,020mm, lebar 800mm, dan tinggi 1,310mm serta jarak roda 1,360mm, manakala ketinggian pelana 820mm. Ada tiga pilihan warna merah ditawarkan: hitam, putih dan ungu. Harga pula 59,500 baht (RM8,070).

BACA >>> 28 Foto Ini Pasti Buat Anda Jatuh Cinta kepada GPX Demon 150GR

GALERI

 

 

Artikel Berkaitan

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: gpx, GPX Malaysia, GPX Raptor 180, GPX Raptor 180 (2019), Naked, naked bike, nakedbike, roda2, sportbike, streetbike, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
  • Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga
    Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my