• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terminal Bas KB Sentral Dijangka Siap 2026

Terminal Bas KB Sentral Dijangka Siap 2026

March 13, 2023 By Azhan O Leave a Comment

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TERMINAL Bas Kota Bharu Sentral (KB Sentral) yang bernilai kira-kira RM64 juta dijangka siap penghujung 2026, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, projek yang dibangunkan sebagai kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit itu akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat di kawasan seluas 2.02 hektar dekat Mukim Pendek, di Kota Bharu.

BACA >>> Laluan Bebas Tol KL-Kelantan yang Lebih Pantas Siap 2026!
BACA >>> #Videotomotif: Boleh Ke Pergi Kelantan Bawa Supra dengan RM400, Siap Makan?

Menurutnya, terminal KB Sentral terletak bersebelahan tapak cadangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan menampilkan konsep berciri Islamik, mesra alam dan teknologi hijau, mesra pejalan kaki dan Orang Kurang Upaya (OKU), selain dilengkapi kemudahan awam seperti pusat konvensyen, parkir kereta awam dan hotel.

Pembangunan projek ini akan dilaksanakan secara penswastaan yang segala kos tanah dan pembangunan projek akan ditanggung sepenuhnya syarikat pemaju.

"Syarikat Widad melalui syarikat bertujuan khas (SPV), iaitu Innovative City Holdings Sdn Bhd akan melaksanakan pembangunan dan pengoperasian KB Sentral," katanya.

Ahmad berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Lantik Pemaju Projek Pembangunan KB Sentral, di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menaruh harapan dengan pembangunan KB Sentral ini untuk dijadikan hab sistem pengangkutan  berkualiti kepada rakyat Kelantan.

Pembangunan KB Sentral adalah seiring pembinaan projek ECRL yang sudah bermula pada 2020 dan dijangka siap pada 2027.

“Kerajaan Negeri juga amat menggalakkan peranan dan keterlibatan sektor swasta dalam rancangan pembangunan bandar baharu Tunjong, terutama sektor perumahan dan perniagaan," katanya.

BACA >>> Wanita Dicabul Drebar ketika Sedang Tidur dalam Bas dari Kelantan ke Melaka
BACA >>> Lagi Penghantar Ketum Kena Cekup, Sanggup Redah Kedah-Kelantan Demi RM500

Artikel Berkaitan

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Ahmad Yakob, ECRL, KB Sentral, MB Kelantan, Terminal Bas KB Sentral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my