• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu

October 12, 2016 By Azhan O 26 Comments

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM Brek Anti-Kunci (ABS) atau Anti-Lock Braking System sudah sedia dijadikan ciri standard kereta penumpang sedekad lalu. Faktanya, ABS sudah diperkenalkan sejak lewat 1940-an dan pertama kali digunakan untuk sistem brek kapal terbang sebelum diadaptasikan model Britain, Jensen FF (1966-71).

Kini, carian Google mengenai ABS akan membawa anda kepada Mercedes-Benz sebagai kereta pertama dilengkapi ABS menerusi unit dibangunkan Bosch (1978). Ada juga fakta menyatakan Chrysler ialah pengeluar pertama membangunkan ABS dengan sistem elektronik seawal 1971 pada model Imperial, dipanggil sistem Brek-Lepas (Sure-Brake) dan dibangunkan syarikat kejuruteraan dan pembuatan Amerika Syarikat, Bendix.

Kedua-dua sistem Bosch dan Bendix ialah elektronik (sesetengahnya berfungsi pada roda belakang sahaja), dan berdasarkan ujian dijalankan pada masa itu, ia dapat memendekkan jarak hentian sebanyak 40 peratus walaupun atas permukaan lapisan ais.

KENAPA SAYA PATUT PEDULI TENTANG ABS?

brek-abs
Mudah, ABS direka untuk menghalang roda kereta anda daripada terkunci ketika membrek mengejut. Jika roda kereta terkunci (berhenti berputar), anda akan hilang kawalan stereng kerana tayar hanya boleh dikawal apabila berputar.

Jika tayar terkunci dan anda kehilangan kawalan, sudah pasti pergerakan kereta hanya akan berakhir atau berhenti apabila menghentam sesuatu objek statik seperti pokok atau pengadang jalan. Jadi, ABS sangat penting. Pemandu moden kerap terlepas pandang mengenai kepentingan ABS, sebaliknya melihat sistem itu sebagai ciri kosmetik yang terlampau diuar-uarkan.

ADAKAH SEMUA KERETA ADA ABS?

Kebanyakan pengeluar sudah menawarkan kereta dengan ciri ABS sejak 10 tahun lalu. Tetapi, tidak semua kereta mempunyai ciri tersebut. Sebagai makluman, jentera Formula Satu (F1) mengharamkan penggunaan ABS  kerana mahu menngiktiraf pelumba tulen terbaik antara terbaik dalam sukan permotoran itu.

Ini bermakna, pemandu F1 bukan saja boleh memandu pada kelajuan yang mampu membuatkan anda pitam, tetapi juga boleh buat apa dilakukan ibu bapa anda (berasaskan pengalaman) pada kereta mereka, iaitu mengetahui berapa jauh mereka patut menekan pedal brek sebelum brek akan terkunci. Inilah antara seni memandu yang semakin dilupakan.

BAGAIMANA ABS BEKERJA?

f1-membrek
Fungsi ABS sebenarnya sama seperti aksi menginjak pedal brek berulang kali (seperti mengepam) untuk kereta tanpa ABS. Ada sesetengah orang mendakwa dia mampu membrek lebih baik daripada ABS. Malah lebih pantas juga. Malangnya, orang itu silap besar kerana keupayaan ABS mengepam tayar ialah 15 kali dalam sesaat. Setakat ini tiada manusia yang mampu melakukannya kecuali Flashman atau Superman.

Prinsip ABS ialah berasaskan pembrekan rentak (cadence braking) yang dilakukan pelumba dahulu untuk menghalang roda mereka terkunci. Caranya, mereka akan mengepam pedal brek seperti apa yang anda faham sebelum ini. Cara itu kemudian dibangunkan pada 1940-an sebagai sistem mekanikal untuk kapal terbang sebelum syarikat seperti Bosch dan Bendix melakukan penambahbaikan sistem elektronik.

BACA >>> Evolusi Sistem Brek: Daripada Blok Kayu Kepada ABS, EBD dan BA

Faktanya, ABS sebenarnya tidak mendenyutkan brek. Sebaliknya, ketika membrek kecemasan atau mengejut, cengkaman pada roda stereng akan melepaskan tekanan pada brek secara meningkat apabila mengesan kondisi brek terkunci.

Sistem itu juga mampu mengenal pasti bilakah patut ia diaktifkan menerusi beberapa siri sensor roda yang memantau kelajuan putaran roda. Sensor-sensor berkenaan melihat kepada situasi roda yang berputar pantas dan tiba-tiba jadi perlahan mendadak yang disertakan input tekanan pedal brek.

Ringkasnya, ABS akan mengawal brek ketika menghampiri kondisi terkunci, kemudian melepaskan tekanan ke atas brek untuk membenarkan ia terus berputar sedikit dan berterusan menaikkan tekanan lagi, lepas, naik dan seterusnya hingga anda berhenti.

BAGAIMANA MAHU TAHU JIKA ABS BERFUNGSI?

cara-membrek-abs
Sebenarnya, lebih mudah mengetahui ABS yang gagal berfungsi berbanding ABS yang berfungsi. Lihat pada indikator ABS yang menyala pada panel meter. Itu tandanya ABS anda mengalami masalah. Cara mengetahui ABS bekerja adalah ketika berdepan sendiri situasi sebenar yang memerlukan anda membrek kecemasan. Apabila ABS aktif, anda akan rasa sedikit gegaran atau getaran pada pedal brek.

Jadi, tidak perlulah mengepam brek berulang kali kalau kereta anda sudah ada ABS. Cukup saja terus menekan pedal sekali mengikut keadaan hingga berhenti.

PERKARA LAIN PERLU DIKETAHUI?

Permukaan jalan kotor boleh menjejaskan ABS dan jarak hentian, di mana tipikal sistem itu dibina untuk kereta penumpang biasa. Bagaimanapun, kebanyakan model kenderaan utiliti sukan (SUV) dan varian pacuan empat roda (AWD) dilengkapi ABS yang ditala untuk mengenal pasti kotoran.

BACA >>> Sistem Pembrekan Automatik Lengkapi Ciri Keselamatan Kereta Moden

Ada juga model mempunyai tetapan tertentu seperti Volkswagen dengan punat Off-Road yang perlu ditekan apabila memandu atas laluan kotor. Fungsi itu membenarkan lebih kuncian roda, cukup untuk membantu memperlahankan kereta lebih cepat.

SUMBER: PracticalMotoring

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: ABS, Anti-Lock Braking System, apakah itu ABS, autotainment, ciri keselamatan kereta, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), sistem pembrekan, tahukah anda

Comments

  1. jackson says

    October 24, 2017 at 11:45 AM

    tapi apakah beza harga ada abs atau tak ada

    Reply
    • AO says

      August 21, 2019 at 7:32 AM

      Model ABS biasanya lebih mahal daripada model non-ABS

      Reply
  2. louis says

    November 20, 2017 at 3:10 PM

    apakah kebaikan ABS ( Anti-Lock Brake System ) ?

    Reply
    • AO says

      August 21, 2019 at 7:31 AM

      Sila baca artikel

      Reply
  3. NASRUL SYAZWAN says

    March 5, 2018 at 10:40 AM

    CARA PENGUJIAN ABS

    Reply
    • AO says

      August 21, 2019 at 7:31 AM

      Sila baca artikel

      Reply
  4. Mawie says

    April 8, 2018 at 10:07 AM

    Apakah brake abs ni boleh di selenggara seperti kereta yang tiada abs, contoh seperti buang angin dan apakah tidak menjejaskan fungsi abs sekiranya buang angin..?

    Reply
    • AO says

      April 8, 2018 at 4:05 PM

      Tak faham, buang angin tu macam mana? Ada ke kereta tak ada ABS buat servis buang angin?

      Reply
  5. Fadhil says

    February 1, 2019 at 7:55 AM

    Kalau brake abs ada masalah, selain dari kita hantar ke kedai blh ke kita baiki sendiri? Dan bagaimana?

    Reply
  6. Farred says

    February 10, 2019 at 7:03 PM

    Tau tak dimana tempat blh baiki ABS?

    Reply
  7. Izan says

    February 20, 2019 at 2:54 PM

    Nak càri abs break utk toyata artis tahun 2004

    Reply
  8. Ilmam says

    March 12, 2019 at 9:39 PM

    Abs sentiasa menyala dipanel dashboard..ada kesan ke pada system abs

    Reply
    • AO says

      August 21, 2019 at 7:28 AM

      ABS ada masalah tu. Bawa ke bengkel

      Reply
  9. Dennis says

    April 17, 2019 at 9:20 AM

    Sudah tukar master pump break abs untuk myvi 1.3 tpi break tidak berfungsi cuma pump angin sahaja bila enjin kereta dihidupkan. Bila enjin off break keras kalau ditekan, boleh tahu tak apa masalah?

    Reply
  10. nuruddin says

    May 9, 2019 at 2:24 PM

    lepas tukar bearing belakang myvi lampu abs menyala..ada masa pandai hilang..dan sekarang kereta saya bila brake ada bunyii dgn begegar..mcm ada benda yg longgar..

    Reply
  11. Muhammad jison says

    June 22, 2019 at 4:38 PM

    Nak tanya pasal abs. Saya tengah drive tiba tiba abs tu keluar. apa masalah? Start enjin kereta pun abs keluar mati kan enjin start balik dan jalan sikit baru abs tu hilang.

    Reply
    • AO says

      August 21, 2019 at 7:33 AM

      Masalah sensor

      Reply
    • huzairy says

      December 10, 2019 at 7:55 PM

      sy guna kereta mitsubishi airtrek ada sistem abs. masalah sy, abs indicator. jika tidak dibaiki ada masalah atau tidak pada sistem break? maksud sy break gagal berfungsi sepenuhnya atau daya cengkamannya berkurang... mohon penjelasa. terima kasih.

      Reply
  12. mawie says

    August 16, 2019 at 1:54 PM

    UNTUK MODEL MYVI 1.5cc LAGI BEST...

    ADAKAH SISTEM ABS TU BOLEH DISERVIS? ATAU...

    KENA TUKAR YANG BARU BILA ADA MASALAH?

    Reply
    • AO says

      August 21, 2019 at 7:29 AM

      Yang boleh servis cuma brek. ABS kalau rosak dah melibatkan sensor yang perlu ditukar atau dibaiki.

      Reply
  13. K. A says

    February 28, 2020 at 1:40 AM

    ABS system saya keluar minyak. . apa patut saya ganti atau mgkn bole d baiki. ? bezza prmium x

    Reply
  14. Azri says

    July 28, 2020 at 11:37 PM

    Mcm mana bro..kena ganti kan?mahal gila😥

    Reply
  15. munisvaran says

    August 16, 2020 at 8:22 PM

    tadi saya tukar master pump kit,selepas tukar saya buang angin 4 buah tayar,then sekarang masalahnya,tayar sebelah kiri depan macam ketat,boleh tau ke abang ape masalahnya

    Reply
  16. Mastura binti mat daud says

    April 18, 2021 at 4:59 PM

    Kenapa simbol ABS menyala di meter wlpn selepas enjin dihidupkan.. ia berlaku selepas sy tinted cermin kereta.. sebelum ne simbol ABS akn hilang bila enjin dihidupkan dan bejalan..

    Reply
  17. Saya says

    December 1, 2021 at 10:20 AM

    Hi nak bertanya. Tiba2 break kereta tak makan. Dan pada masa yang sama break tiba2 stereng ke kanan. Kenapa ya. Saya guna guna kereta vios

    Reply
  18. yusss says

    December 3, 2021 at 8:59 AM

    hi ,boleh replay urgent to kes saya...saya tukar bearing Belakang Kiri kanan untuk myvi 2011,lepas tu saja jkn sikit tanda amaran menyala Dan abs menyala...Aapka punca itu ya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev