Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#TahukahAnda: Tentang Helmet Senyap yang Perlu Anda Tahu
Aksesori

#TahukahAnda: Tentang Helmet Senyap yang Perlu Anda Tahu

AryonBy Aryon30/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH ANDA, bunyi bising angin di dalam helmet motosikal boleh mencapai 115 desibel (dB) atau lebih tinggi pada kelajuan lebuh raya?

Faktanya, anda sudah pun mengalami gangguan pendengaran apabila bunyi bising mencecah 85 dB. Jadi, pemilihan helmet yang senyap sudah tentu menjadi faktor penting untuk tunggangan selesa, terutama mereka yang selalu menunggang jarak jauh pada kelajuan tinggi.

APAKAH YANG MEMBUATKAN HELMET SENYAP?


Aerodinamik. Lebih mudah sesebuah helmet membelah angin, semakin senyap helmet itu. Antara helmet tersenyap di pasaran ialah Schuberth, produk buatan Jerman yang juga satu-satunya syarikat helmet yang melakukan ujian terowong angin (wind tunnel) ke atas produk-produk mereka.

Shoei mungkin berada di tempat kedua sebagai helmet paling senyap yang juga menjalani ujian terowong angin. Malah, Shoei merekabentuk sendiri rig untuk menggerakkan posisi helmet ke kiri-kanan dan atas-bawah sepanjang proses ujian semata-mata mahu mewujudkan kondisi tunggangan seperti dunia sebenar.

BACA >>> Helmet [Siri 1]: Tentang Standard Keselamatan yang Perlu Anda Tahu

Tujuan kajian aerodinamik ini adalah untuk mengenal pasti cara terbaik untuk berdepan dengan situasi turbulens atau gelora angin yang menjadi punca bunyi bising dalam helmet. Gelora angin itu pula boleh jadi berpunca daripada apa saja yang mengganggu aliran angin. Ujian paling mudah, cuba anda hadapkan tubuh anda menentang arus angin kuat, dan pasti anda akan mendengar bunyi desiran angin menembusi cuping telinga.

Tutup ruang kecil di celahan visor? Atau helmet anda ada lohong udara (vent) luar? Itu memang salah satu cara mengurangkan gelora angin, tetapi belum menjamin dalaman helmet anda tidak bising. Ini kerana udara masih boleh menyelinap masuk di sekitar bahagian bawah dagu anda, sekali gus mencetuskan bunyi bising.

Dalam penghasilan helmet yang senyap, semua perkara di atas akan diambil kira, yakni dengan membenarkan aliran udara mengalir lancar ke di belakang helmet, termasuk menyingkirkan punca bising di poin-poin tertentu sekitar helmet.

Jadi, jika anda mahu helmet senyap, carilah helmet yang bersih, licin, berbentuk aerodinamik dan bebas daripada lubang udara (vent) atau sayap (wings) luaran yang terlalu banyak. Sebagai tambahan, helmet itu sepatutnya muat elok sekeliling leher anda dan ada kedap visor (visor seal) boleh laras yang berkualiti.

BAGAIMANA BUATKAN HELMET JADI SENYAP?


Palam telinga (earplug). Anda mungkin boleh cuba menggunakannya. Sebagai makluman, bunyi bising angin mampu menjejaskan pendengaran anda, apatah lagi jika terdedah dalam jangka masa lama. Anda mungkin boleh mula berkira-kira membeli palam telinga khas di kedai-kedai aksesori motosikal dan pakailah jika menunggang jarak jauh. Tidak perlulah kalau sekadar menunggang pergi balik kerja atau dalam bandar dalam kelajuan sederhana.

Tirai dagu (chin curtain) juga membantu, juga berfungsi sama seperti pengedap visor yang bagus. Skru yang melekapkan plat asas visor boleh dilaraskan untuk mendapatkan padanan sempurna. Shoei RF1200 misalnya, menghasilkan pelaras lokasi visor yang membolehkan anda mendapatkan kedapan sempurna dengan mudah dan cepat.

Anda boleh juga mempertimbangkan baju pengadang angin (wind-blocking sleeve) neoprena yang membantu mengedapkan ruang antara helmet dan leher, sekali gus mengurangkan bising dan merapatkan ruang pada muka.

BACA >>> Shoei Perkenal Helmet Replika X-Fourteen Marquez 5 TC-1 (2019)

Apapun ingat, jenis motor yang anda tunggang dan kedudukan kepala ketika menunggang adalah faktor utama bising angin. Contohnya, jika anda memakai helmet khas untuk motosikal jenis trek, tetapi menunggang motosikal cruiser dan pada masa sama menegakkan kepala, sudah tentu anda tidak akan dapat banyak faedah seperti mana sebuah helmet yang direka khas untuk perlindungan pendengaran.

Jadi, ambil tahu jenis motor dan gaya tunggang motosikal anda. Jangan main beli saja!

SUMBER: RideApart

aksesori autotainment helmet Helmet Senyap roda2 tahukah anda topi keledar
Aryon

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.