Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempahan Triumph Speed 400, Scrambler 400 X Cecah 10k Unit di India!
Auto Terkini

Tempahan Triumph Speed 400, Scrambler 400 X Cecah 10k Unit di India!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAJAJ Auto Ltd (Bajaj Auto) akan meningkatkan jumlah pengeluaran model Triumph Speed 400 dan Scrambler 400X untuk menampung ‘respons tempahan luar biasa’ yang diterima selepas kedua-dua model itu diperkenalkan ke pasaran global.

Tempahan di India untuk motosikal silinder tunggal pertama Triumph Motorcycles UK Ltd itu dilaporkan sudah melepasi paras 10,000 unit selepas debut di London pada 27 Jun lalu. Siri motosikal 400cc pula dilancarkan di India pada 5 Julai lalu.

Pengarah Eksekutif Bajaj Auto, Rakesh Sharma menyatakan pihaknya sudah menerima tempahan awal 10,000 unit motosikal membabitkan kedua-dua varian walaupun belum berada di bilik pengedar rasmi.

Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X ialah model yang dihasilkan menerusi kerjasama Bajaj-Triumph dan akan dikeluarkan menerusi kilang baharu Bajaj Auto di Chakan, dalam negeri Maharashtra.

HARGA

Sekadar makluman, Bajaj-Triumph mengumumkan harga jualan promosi 223,000 rupee (RM12,610) seunit untuk 10,000 unit pertama model Speed 400. Harga asal ialah 233,000 rupee (RM13,180) dan boleh didapati di bilik pameran bermula hujung bulan ini.

Bagaimanapun, Bajaj dan Triumph masih belum mengumumkan harga jualan rasmi Triumph Scrambler 400 X yang dijangka berada di pasaran India menjelang Oktober ini.

EKSPORT HUJUNG TAHUN INI

  • Kilang Chakan memiliki kapasiti pengeluaran sebanyak 25,000 unit sebulan.
  • Sebagai permulaan, hanya 5,000 unit Triumph 400X akan dihasilkan setiap bulan dan boleh dipertingkat jika perlu.
  • Bajaj Auto dan Triumph juga bercadang memulakan eksport siri 400cc ke Britain, Asia Tenggara dan Jepun menjelang akhir 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Triumph, Nick Bloor berkata, India adalah antara pasaran motosikal terbesar yang membolehkan pihaknya menjual 1,000 unit motosikal sebulan.

Triumph memiliki pelanggan berbeza di India. Motosikal ini akan dibina di India. Kami juga ada kilang pengeluaran di Thailand dan Brazil yang akan digunakan untuk pengeluaran motosikal,” katanya.

SUMBER: BQPrime

Bajaj Auto Ltd Rakesh Sharma Road2 Triumph Motorcycles UK Ltd Triumph Scrambler 400X Triumph Speed 400
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.