• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tembak Isteri dan Bunuh Diri Sebab Syak Kena Positif Covid-19

Tembak Isteri dan Bunuh Diri Sebab Syak Kena Positif Covid-19

April 7, 2020 By Azhan O Leave a Comment

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki Amerika Syarikat tergamak menembak mati isteri sendiri sebelum membunuh diri kerana menyangka dia dan pasangannya itu dijangkiti Covid-19.

Insiden berlaku kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) itu di Bruce Road, Lockport Township, IIlinois selepas polis Will County mendapat aduan daripada ibu bapa mangsa lelaki. Pihak berkuasa terpaksa memecah masuk rumah kerana semua pintu dan tingkap dikunci dari dalam.

Patrick Jesernik, 54, dan Cheryl Schriefer, 59, dijumpai mati dalam bilik berasingan dengan kesan tembakan di kepala, kata pejabat syerif dalam satu kenyataan. Kedua-duanya disahkan mati di tempat kejadian.

Polis turut menemui sepucuk revolver mengandungi dua kelongsong peluru dan tiga peluru hidup berdekatan mayat Jesernik, serta tiada kesan pergelutan. Keadaan rumah juga nampak kemas dan teratur.

Polis mendakwa mendapat panggilan daripada seorang individu yang memaklumkan dihubungi ibu bapa Jesernik yang meminta pemeriksaan dibuat ke atas anak mereka itu kerana sudah lama tidak mendengar khabar daripada mangsa. Pemeriksaan mendapati tiada aduan keganasan rumahtangga.

BACA >>> Covid-19: PM Britain Masuk ICU!

Lokasi kediaman Jesernik menembak isterinya, Schriefer.

Berdasarkan maklumat ahli keluarga, Jesernik pernah menjalani ujian Covid-19 dua hari lalu dan sangat bimbang dia dan Schriefer dijangkiti wabak berkenaan.

Isterinya, Schriefer dilaporkan sesak nafas walaupun keputusan ujian belum dikeluarkan. Bagaimanapun, keputusan ujian Covid-19 mendapati kedua-dua mangsa negatif daripada wabak berkenaan. Kematian Schriefer dikategorikan sebagai homisid, manakala Jesernik mati akibat bunuh diri.

BACA >>> 'Prank Tali' Punca Penunggang Parah, Suspek Bakal Dihukum Penjara Atas Cubaan Bunuh

SUMBER: DailyMail

Artikel Berkaitan

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat, Auto Terkini, Cheryl Schriefer, Covid-19, jenayah, Lelaki Tembak Isteri, Patrick Jesernik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
    KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
  • Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
    Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
  • Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
    Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
  • Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik
    Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my