• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Prank Tali' Punca Penunggang Parah, Suspek Bakal Dihukum Penjara Atas Cubaan Bunuh

'Prank Tali' Punca Penunggang Parah, Suspek Bakal Dihukum Penjara Atas Cubaan Bunuh

January 3, 2019 By Aryon Leave a Comment

449
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GARA-gara mahu mahu bergurau atau prank tidak tentu hala, seorang lelaki di Jepun bakal berdepan hukuman penjara atas dakwaan cubaan membunuh apabila dengan sengaja merentangkan tali di tengah jalan hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal parah.

BACA >>> Polis England Tahan Lelaki Memandu dengan Burung Kakak Tua Bertenggek di Stereng

Insiden berkenaan berlaku pada pagi selepas Krismas apabila seorang penunggang berusia 45 tahun terjatuh daripada motosikalnya selepas tali yang direntang itu terkena lehernya hingga mengalami kecederaan peha dan belakang. Mujurlah gurauan jahat itu dirakam satu kamera litar tertututp (CCTV) yang membantu polis mengesan suspek dengan pantas.

Menurut Japan Today, Koichi Deki, 41, ketika ditahan polis mengaku melakukan gurauan itu untuk melepaskan stres dan tiada niat lain. Walaupun asalnya enggan mengaku, tetapi maklumat orang awam dan penduduk setempat membantu polis memberkas suspek.

BACA >>> Berus Gigi Sambil Memandu, Pemandu Sebelah Berang dan Rakam Video Sebagai Pengajaran

Malah, suspek sendiri akhirnya mengaku sengaja merentangkan tali di tengah jalan sambil mendakwa  tidak terfikir tindakan itu mampu menyebabkan mangsa maut. Menurut polis, kes sebegitu sangat jarang berlaku di Jepun berbanding insiden orang awam menyerang penunggang motosikal atas aksi rempit atau kes buli jalanan.

Semoga jadi pengajaran kepada rakyat Malaysia. Janganlah bergurau tidak kena tempat. Nanti dicekup barulah tahu erti penyesalan.

SUMBER: JapanToday

 

 

449
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Gurau, Jepun, Koichi Deki, Penunggang Motosikal, Polis Jepun, prank, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my