• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: PM Britain Masuk ICU!

Covid-19: PM Britain Masuk ICU!

April 7, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson terpaksa dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU), malam tadi apabila tahap kesihatan beliau merosot selepas 11 hari disahkan positif Covid-19.

Portal Daily Mail melaporkan Johnson dipindahkan ke ICU Hospital St Thomas di London pada jam 7 malam (waktu tempatan). Beliau juga sempat meminta Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab menggalas tugas-tugas selaku pemangku apabila diperlukan.

Dua jam sebelum berita mengenai Johnson tersebar, Downing Street menegaskan Johnson masih mengetuai Kerajaan menangani situasi wabak walaupun mesyuarat krisis pagi semalam dipengerusikan Raab.

Hospital St Thomas
Raab

Sky News melaporkan Johnson ada mengalami masalah pernafasan dan terpaksa diberikan bantuan oksigen. Doktor kemudian memindahkan Johnson ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) dan beliau sebenarnya tidak memerlukan mesin bantuan pernafasan setakat ini.

Johnson kemudian meminta Raab menggalas kerja-kerja beliau sebagai pemangku sepanjang beliau dirawat di hospital. Raab ialah Menteri Kabinet kedua paling kanan selepas Johnson.

Angka kematian akibat Covid-19 di Britain mencecah 5,373 orang (naik 439 kes) dengan jumlah jangkitan 51,608 kes (naik 3,802 kes) setakat tengah hari semalam.

https://videos.dailymail.co.uk/preview/mol/2020/04/06/843971658990074267/636x382_MP4_843971658990074267.mp4

Johnson pada 27 Mac lalu mendedahkan beliau dijangkiti Covid-19 dan mula menjalani kuarantin sendiri di pangsapuri Number 11, termasuk menguruskan hal ehwal Kerajaan dari unit kediaman tersebut. Namun, Jumaat lalu, Johnson berkongsi satu mesej video menjelaskan tahap kesihatan terkini beliau masih tidak sembuh dengan suhu badan masih tinggi.

Beberapa pakar kesihatan sebulat suara menyatakan pandangan mereka, kemasukan Johnson ke ICU bermaksud beliau 'benar-benar sakit'.

SUMBER: DailyMail

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Boris Johnson, Boris Johnson Masuk ICU, Covid-19, Downing Street, Perdana Menteri Britain, PM UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my