PEMEGANG lesen memandu motosikal atau motokar DIKECUALIKAN menghadiri kursus dan ujian teori (KPP01) jika mahu mendapatkan lesen kelas kenderaan berbeza.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan mengumumkan peraturan terbaharu itu akan berkuat kuasa 15 September depan.
Menurutnya, individu hanya perlu memperbaharui semula lesen belajar memandu dan mendaftar di mana-mana institut latihan memandu.
Loke berkata;
Berkuat kuasa 15 September 2023, mana-mana individu yang pada masa ini mempunyai sama ada LMM (lesen memandu) kelas motosikal atau motokar dan berhasrat mendapatkan LMM kelas berbeza (sama ada motosikal atau motokar), adalah dikecualikan menghadiri Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01.
"Sebagai contoh, seseorang yang lulus ujian KPP01 (teori) dalam lesen memandu motosikal, tidak perlu menduduki KPP01 kali kedua apabila mengambil lesen memandu motokar.
"Namun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian KPP02 (praktikal di litar), dan KPP03 (praktikal di jalan raya) secara berasingan apabila mengambil LMM motosikal dan LMM motokar."
HAD UMUR KEKAL
Loke juga menjelaskan had umur memohon lesen memandu motosikal kekal 16 tahun, dan 17 tahun untuk lesen memandu motokar.
Selain itu, individu yang memohon lesen memandu mesti bebas daripada sebarang tindakan senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
SUMBER: FMT
Zainuddin b said says
Sy sudah lulus Lkm Dan telah tamat tempoh lesen L motosikal pada Bulan 6/2023 tanpa sy sedari Dan sekarang apa yg perlu sy buat untuk menghidupkan lesen L motosikal? Ini kerana faktor masa Dan duit yg menyebabkan sy tk sempat untuk renew lesen L motosikal. Sy Mohon pihak yg berkuasa dpt membantu atau memberi penjelasan ats masalah sy. Terima kaseh.
Azhan O says
Wajib renew setiap tahun. Dan L tu valid takat 2 tahun saja. Kalau tak upgred ke P selepas tu. l, kena ambik lesen semula
along says
saya dah memang ada lesen kelas D. macam mana cara utk mohon lesen L kelas B ye ? kena pergi ke JPJ atau institut memandu..?
Azhan O says
Sekolah memandu pun boleh
Yan says
Contoh klau saya dah ada lesen memandu kereta dan dlm masa yg sama saya ada lesen motor L. Perlu ka saya ambil ujian litar utk lulus P ?