Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tak Bayar PTPTN, Anda Mungkin Kena Sekat Perbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan
Auto Terkini

Tak Bayar PTPTN, Anda Mungkin Kena Sekat Perbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan

Abang GYLBy Abang GYL16/05/20197 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan mengenakan sekatan pembaharuan lesen memandu, cukai jalan kenderaan, pasport, pendaftaran perniagaan sekiranya peminjam culas membayar hutang.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid, berkata beberapa sekatan baharu itu mungkin akan diperkenalkan sekiranya peminjam tidak mahu menjelaskan hutang selain prestasi bayaran balik yang semakin rendah.

Menurutnya, masalah pinjaman itu diburukkan lagi apabila hanya 49 peratus daripada keseluruhan tiga juta peminjam PTPTN melunaskan pinjaman mereka dan bakinya tidak membayar secara konsisten termasuk 19 peratus atau 356,000 peminjam langsung tidak pernah membayar balik pinjaman yang mencecah RM2.8 bilion.

“Ketika ini PTPTN menanggung hutang RM40 bilion, iaitu lebih besar daripada 1MDB. Dalam tempoh 10 tahun lagi, hutang yang diunjurkan kami ialah RM55 bilion dan dalam tempoh 20 tahun, meningkat sehingga RM76 bilion,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Tambah Mastura lagi, penguatkuasaan lebih tegas perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap peminjam melunaskan pinjaman termasuklah mereka tidak pernah membayar pinjaman walaupun satu sen.

Buat peminjam PTPTN yang masih belum pernah membayar pinjaman, mungkin boleh tindakan dengan segera. Apa pula pandangan anda semua?

BACA >>> #SembangDeras: Bekas Graduan Mengaku Silap Besar Bayar Kereta Mahal Selepas Tamat Belajar

BACA >>> JPJ Akan Kompaun RM300 Sebab Lambat Perbaharui Lesen Memandu?

BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak ‘Eksyen’ Lebih Naa…

cukai jalan lesen memandu Mastura Mohd Khalid peminjam ptptn PTPTN sekatan lesen memandu
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ducati DesertX 2026 V2, Enjin V2 890 cc Baharu Lebih Mudah Selenggara, Kerangka Trelis

26/02/2026
Auto Terkini

Jalan Raya Atas Tanah Kerajaan Tidak Boleh Dijual kepada Swasta

26/02/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi, dan Diesel Naik 5 Sen Minggu Ini!

26/02/2026
Auto Terkini

UPSI, Proton Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Ekosistem BEV Nasional

25/02/2026

7 Comments

  1. N on 19/05/2019 03:31

    Sia2 nak buat lesen,ingat boleh g keje dengan mudah,pergi berniaga guna kete…senang cari duit nak bayao hutang!. Lah ni jadi lagu ni pulak. Bukan permudahkan.. ini menumpang peminjam ke arah kemiskinan namanya.. PM…kelonggaran please. Ada diantara peminjam tu Naik Moto pergi kerja, untuk teruskan kehidupan. Kerisauan ini fokus pada masa hadapan negara juga.

    Reply
    • Mimi Lucy on 21/05/2019 13:49

      Naik la transport awam
      Beli keta ada duit plak

      Reply
      • am on 22/05/2019 05:42

        mungkin kawasan perumah dia jauh dari kemudahan pengangkutan awam… kita kene fikir juga faktor bagi seseorang individu tu.. jgn lah kita mudah sangat berkata begitu pada dia.. rezeki masing².. dan mungkin juga perbelanjaan dia cukup² utk menanggung keluarga sahaja..

        Reply
      • Mimi adriana on 22/05/2019 16:34

        Mmg la naik transport awam.. kau ingat semua org mampu naik transport awam ke senget? Nak pergi mana2 mudah..kalau transport sndiri. senang2 ja cakap bayar kete mudah.. cakap serupa bangkai.kau tak pk org naik motor tu lagi senang daripada naik transport awam..cepat n senang nak selit.

        Reply
    • Citizen on 21/05/2019 16:45

      Ada hasrat nak ambik lesen gi kerja, mesti ada gaji mnpa x nak bayar.. rasa skrng. Mampu beli motor kereta lg.

      Reply
  2. Apasaja on 25/05/2019 05:56

    Dulu kata nk hapus,nah…lani lg teruk

    Reply
  3. Manusiabiasa on 25/05/2019 18:41

    Makin lama Makin menyusahkan kerajaan sekarang nie…nak sekat itu ini tapi dia tahu x Masa Kita nak p study dulu sementara nak dapatkan duit ptptn tue Kita kena pinjam saudara mara until bayar deposit pendaftaran n belanja bulanan sebab x mampu untuk bayar deposit bila dah dapat ptptn lak mcm dapat x dapat jak…elaun lak tidak seperti yang dijanjikan n belajar pulak tidak seperti Kita belajar sekolah menengah Dan rendah dapat pendidik yg btul2 mendidik…lepas tue duit ptptn pown majority masuk ke poket dorang jer balik yg mati membayar Kita…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.