• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

JPJ Akan Kompaun RM300 Sebab Lambat Perbaharui Lesen Memandu?

December 20, 2018 By AO Leave a Comment


SEKALI lagi tular pasal kiriman mesej WhatsApp dan laman sosial yang kononnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan kompaun ke atas pemilik kenderaan yang tidak memperbaharui lesen memandu tamat tempoh. Jadi terpaksalah JPJ menyiarkan semula artikel penjelasan daripada portal Sebenarnya.my mengenai isu tersebut di laman sosial jabatan kerajaan itu.

Menurut JPJ, risalah yang tersebar luas di laman media sosial ialah mengenai KESALAHAN MEMANDU TANPA LESEN MEMANDU YANG SAH DAN TAMAT TEMPOH di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JPJ menyatakan pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh akan dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

Mesej ini sudah tular sejak 2016, kemudian berulang dua kali pada 2017 dan sekarang muncul semula tahun ini. Entahlah apa motif tukang sebar kerana dalam dunia teknologi maklumat sekarang, semua maklumat boleh didapati secara terus sama ada daripada laman web dan media sosial rasmi serta panggilan telefon.

Sekali lagi diulangi, kompaun RM300 itu hanya dikenakan ke atas mereka yang dicekup memandu atau menunggang tanpa lesen memandu sama ada ketika operasi sekatan jalan atau ditahan dan disuruh ke tepi jalan. Bukannya kena caj ketika hendak perbaharui lesen memandu. Ada faham!

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Kompaun JPJ, lesen memandu, tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC90 Inscription Plus Facelift, Berbaloi Labur Tambahan RM10k Untuk Sistem Audio Gempak?

KEHADIRAN Volvo XC90 merupakan momen paling kemuncak dalam sejarah … [Baca Lagi...]

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my