Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kereta Tak Terlibat Kemalangan Pun Boleh Dapat Servis Tunda Percuma
Autotainment

#TahukahAnda: Kereta Tak Terlibat Kemalangan Pun Boleh Dapat Servis Tunda Percuma

Han OthmanBy Han Othman12/12/202019 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI mungkin sudah tahu tentang tuntutan baik pulih yang ditawarkan penyedia insurans kenderaan jika kereta kita terbabit kemalangan.

Tetapi tahukah anda, penyedia insurans turut menyediakan servis tunda jika kereta kita terbabit kemalangan atau rosak di tengah jalan? Jadi tiada sebab pun untuk panik atau stres kerana diserbu geng trak tunda apabila kereta kemalangan.

Kita berhak bercakap tidak!  Cakap saja sudah telefon trak tunda insurans.

Kegagalan bercakap ‘tidak’ mungkin menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan kos caj tunda (yang sepatutnya percuma), dan berdepan pula risiko kereta dihantar ke bengkel ‘cekik darah’!

KERETA ROSAK DI RUMAH

Servis tunda juga boleh digunakan untuk menunda kereta  yang rosak di rumah atau pejabat, tidak semestinya rosak saja.

Misalnya, jika kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, telefon saja pihak insurans dan minta mereka hantar trak tunda untuk bawa kereta kita ke mana-mana bengkel dalam radius penghantaran percuma, kebiasaannya dalam jarak 60km (bergantung penyedia insurans, ada yang tanpa had perbatuan).

Servis tunda kenderaan percuma itu boleh digunakan sekurang-kurangnya 2-3 kali setahun. Ya, diulangi,  kita tidak perlu bayar sesen pun, kecuali duit tol. Itu pun jika perlu melalui lebuh raya bertol.

Jadi, tidak perlulah panik dan gelabah! Nombor telefon penyedia insurans boleh saja di-Google atau lihat pada pelekat lapik cukai jalan pada cermin depan. Selepas memaklumkan butiran peribadi dan maklumat kereta, penyedia insuras biasanya akan menghantar trak tunda terdekat untuk datang menunda kereta kita.

BACA >>> #TahukahAnda: Tip Mudah Tanggalkan Pelekat Cukai Jalan
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?

HANTAR KE MANA?

baik-pulih-kereta
Jika kemalangan, anda boleh minta kereta ditunda ke balai polis terlebih dahulu untuk melaporkan kes sebelum dihantar pula ke mana-mana bengkel yang menjadi panel penyedia insurans, atau ke Pusat Servis sah. Ini untuk memudahkan tuntutan kerosakan atau waranti.

Jika tidak melibatkan tuntutan insurans kemalangan, boleh juga hantar kereta ke mana-mana bengkel pilihan.

Apa nak buat kalau kereta kita rosak ketika sengkek tengah bulan? Pun tidak perlu risau, boleh minta tunda dulu kereta ke rumah. Apabila sudah cukup bajet, telefonlah semula penyedia insurans dan minta kereta ditunda sekali lagi ke bengkel.

Ini bukan masalah sains roket, tak rumit dan susah sangat pun. Setakat ini majoriti penyedia insurans menyediakan khidmat kereta, termasuk jika membeli pakej pihak ketiga (third party).  😚

BACA >>> #TahukahAnda: Coca-Cola dan Kereta Bersahabat Baik?

insurans kereta servis tunda kenderaan servis tunda percuma tahukah anda tip automobil tip kereta rosak trak tunda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026

19 Comments

  1. kabu on 03/12/2016 16:57

    sallamzz Tuan .. setahu ambe hanye insurance komprehensive saje yg menyediakan free towing..
    wallahuallam

    Reply
    • ABG GYL on 03/12/2016 22:28

      kebanyakkan insurans menawarkan percuma towing. namun jumlah KM berbeza ikut pada syarikat insurans. Bagaimana, tuan boleh add-on insurans untuk towing unlimited mileage.

      Reply
  2. vivaputih on 17/05/2017 22:39

    salam. kalau guna khidmat towing insurans, adakah NCD akan jadi 0 blk?

    Reply
    • ABG GYL on 18/05/2017 02:05

      Tidak. NCD masih kekal sama

      Reply
      • افيرا on 15/07/2017 01:57

        السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

        Tuan, Adakah ada had limit kilometer yg ditetapkan? Untuk makluman, saya baru menggunakan perkhidmatn towing 67kilometer. Adakah NCD akan jd 0 untuk jarak ini? Terima kasih

        Reply
        • ABG GYL on 15/07/2017 07:23

          Untuk makluman tuan, towing kereta tidak mengganggu NCD

          Reply
        • qiqi on 07/08/2019 17:41

          kalau kereta rosak yang kritikal, then xda bajet. insurance boleh cover?

          Reply
  3. Azlan on 31/07/2017 20:17

    Kereta saya rosak dan parking depan McDonald Genting Sempah. Telefon sykt insurans, dan seorang wanita menjawab, kenderaan towing akan call dlm 5 minit. Selepas 45 minit menunggu, tak ada sesiapa call.
    Lepas tu called semula sykt insurans, kali ini lelaki yg jawab. Katanya, trak tunda drpd Batang Kali dan kena bayar RM400 utk tow ke Batang Kali. Katanya jarak melebihi 50km bermula drpd Batang Kali ke Genting Sempah dan balik ke Batang Kali.

    Daripada bayar RM400, saya panggil tow truck lain dr Bentong dan bayar RM200 tow kereta ke Bentong.
    Sykt insurans berkenaan ialah AmGeneral Insurance.

    Jarak dr Batang Kali ke Genting Sempah pergi balik 100 km. 100 km tolak percuma 50km, baki 50km. Kalau caj RM3 satu km, baru RM150. Melampau menipu sykt insurans ini caj RM400.

    Reply
  4. Man/punai on 13/10/2017 03:41

    24 hours Towing & Carrier Service
    Call & WhatsApp 0122607139

    Reply
  5. Mushkil on 15/12/2018 14:41

    Mohon pencerahan. Kereta yang rosak di plus highway, macammana kiraan tol untuk kereta tu? Sebab dia cuma touch n go waktu masuk tapi tak touch masa keluar sebab duduk atas towtruck kan? Boleh tolong jelaskan?

    Reply
    • Saya on 10/02/2019 13:53

      Masa keluar toll, driver truck tunda plus tu akan swipe guna t&g kereta yg dia tunda tu

      Reply
  6. Haru on 26/04/2019 23:35

    Mohon pencerahan…baru2 ni kereta saya eksiden..saya ada gunakan khidmat towing dr workshop panel insurans…lepas dh buat all the investigation…kereta tu disahkan total lost..n sekarang pihak workshop panel mntak sy bayar charge towing rm600…apa yg buat sy kurang faham..bukan ke charge towing tu free..tmpt kejadian n panel workshop cuma < 15km…ke storage fee kena byr jgak even kereta dh considered total lost…

    Reply
    • ABG GYL on 27/04/2019 16:43

      Kebiasaanya towing claim under insurans

      Reply
  7. Shah swak on 27/05/2019 08:46

    Sy baru kerosakkan kereta di Niah, Sarawak.. On da way to Miri.. Jadi sy telefon syarikat insuran ‘Etiqa’ utk towing.. Information dari pihak etiqa menyatakan towing akan dikira dari tempat kereta breakdown smpi ke destinasi workshop.. ‘Yg baiknye coverage adalah sejauh 200km’ .. Alhamdulillah.. Kereta sy ditarik dari niah ke miri sejauh 130km tanpa sebarang pembayaran.. Thanks Etiqa atas perlindungan anda.. Harap semua baca n amik kredit ye.. Kire Etiqa ni best jugak lah

    Reply
  8. Rosniyah Yati Rafei on 14/09/2019 09:49

    Bagaimana cara dan ape perlu saya buat jika tayar kereta 04 biji dicuri dan bateri sekali

    Reply
  9. noor on 03/05/2020 13:21

    kalu insuran third party boleh guna perkhidmatan towing ke

    Reply
  10. Faiz on 17/03/2021 02:01

    Assalamualaikum,boleh saya tahu jenis² syarikat insuran yang menyediakan towing free untuk third party? TQ

    Reply
  11. Pklong on 07/09/2023 19:20

    MCM mn cara nk clim insuran towing

    Reply
    • Azhan O on 26/12/2023 13:33

      Towing tak payah claim, call saja insurans tanya

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.