Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Teknologi Klac Assist & Slipper (A&S) yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Teknologi Klac Assist & Slipper (A&S) yang Perlu Anda Tahu

ShawkathBy Shawkath21/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

KLAC ialah komponen yang dipasangkan antara unit enjin dan transmisi (juga dipanggil kotak gear). Ada pelbagai saiz dan tahap keupayaan operasi klac yang berbeza mengikut kapasiti enjin atau model motosikal.

Fungsinya, menghubungkan kuasa daripada unit enjin kepada sistem transmisi dan seterusnya kepada roda belakang. Sistem klac juga boleh memutuskan hantaran kuasa ini.

Perkembangan teknologi membawa kepada penciptaan sistem klac baharu, dipanggil klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) yang berbeza daripada klac konvensional. Sebelum ini, teknologi klac jenis cuma dipasangkan motosikal kapasiti besar (big bike), tetapi kini sudah boleh didapati pada motosikal bawah 250cc seperti supermoped baharu, Y16ZR.

APAKAH ‘ASSIST’?

Tuil klac perlu ditarik sebelum memasukkan gear.
Gear dimasukkan selepas menarik tuil klac.

Istilah ‘Assist’ memberikan gambaran tentang bagaimana teknologi klac baharu itu membantu memudahkan penunggang menarik tuil klac. Teknologi klac A&S menggunakan spring klac ringan yang tidak memerlukan penunggang menggunakan banyak tenaga atau usaha menarik tuil klac untuk menukar gear.

Walaupun ciri ini tidak memberikan impak prestasi, tetapi ia sangat memberikan keselesaan kepada penunggang kerana mereka kini boleh menunggang tanpa rasa lenguh setiap kali menarik dan melepaskan klac, terutama di kawasan bandar atau lalu lintas sesak.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Hos Brek – Kenali Material, Kesan Rosak dan Cara Servis

APAKAH ‘SLIPPER’?

 

Ketika terotel diperah, enjin mula menghantar kuasa ke roda belakang melalui sistem pacuan (contoh, sistem rantai sproket). Apabila terotel ditutup, berlaku situasi sebaliknya. Enjin akan berhenti menghantar kuasa, manakala roda belakang akan mengawal naik-turun piston dalam enjin melalui sistem pacuan.

Apabila penunggang menurunkan gear secara pantas (quick downshifting), tindakan ini menyebabkan roda belakang berpusing lebih pantas daripada pergerakan enjin. Justeru tork yang terhasil menerusi cara ini (downshifting) akan menyebabkan stres atau tekanan tinggi terhadap sistem rantai dan sproket, swingarm serta roda belakang.

BACA >>> #RetroAuto: Idea Doohan, Skil Rossi Popularkan Brek Ibu Jari dalam MotoGP

Penunggang akan menurunkan gear dengan pantas bagi mendapatkan brek enjin supaya dapat berhenti cepat.

Ini paling ketara berlaku apabila penunggang menurunkan satu hingga tiga posisi gear secara quick downshifting, kebiasaannya ketika hendak mengambil selekoh dalam halaju tinggi, atau ketika hendak berhenti daripada memecut.

Situasi tersebut membawa kepada pembrekan enjin (engine braking). Jika tork dihasilkan tinggi, tayar belakang boleh melantun-lantun, menggelupur atau terkunci terus dan boleh hilang traksi. Keadaan ini sangat berbahaya di selekoh dan boleh menyebabkan kecederaan hingga membahayakan nyawa.

Jadi, apabila sistem mengesan perbezaan enjin dan kelajuan, sistem klac A&S akan berpisah seketika daripada enjin untuk menyekat hantaran kuasa ke roda belakang bagi menstabilkan casis motosikal. Di sinilah fungsi ‘Slipper’ bekerja yang membantu menstabilkan casis motosikal dengan menggelincirkan klac dan menyerap lebihan tork daripada roda belakang.

Klac slipper boleh dikatakan berfungsi mengurangkan efek pembrekan enjin yang berisiko menyebabkan tayar menggelincir atau tersentak akibat gear diturunkan mendadak ketika hendak membelok dalam halaju tinggi. Sebab itulah teknologi A&S ini diterjemahkan sebagai klac antigelincir walaupun secara teknikal, ia memang menggunakan klac gelincir (slipper). Jadi jangan silap faham ok.

BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Pad Brek yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

Video di bawah ini akan memberikan gambaran lebih jelas:

  • Kopling – klac/clutch

SUMBER: Yamaha | Foride | CarBikeTech | ShiftingGears

AS Assist & Slipper Kelebihan klac Assist & Slipper klac assist and sliper klac motosikal Klac Yamaha Y16ZR (2021)
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.