Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Proton S70 (2024) yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Proton S70 (2024) yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman30/11/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDAN nasional baharu PROTON S70 (2024) bukan lagi rahsia selepas kelibat sedan segmen-C itu dilancarkan secara rasmi sebentar tadi di Axiata Arena Bukit Jalil, selepas tempahan awal dibuka 1 November lalu.

Berikut apa yang perlu anda tahu mengenai Proton S70 (2024) yang bakal menjadi model pengganti Preve dalam segmen sedan kompak tempatan:

1. PRESTASI ENJIN, PENGENDALIAN MENGUJAKAN

Semua varian Proton S70 (2024) memiliki transmisi sama iaitu:

  • Enjin 12-injap petrol 3-silinder sebaris 1,477cc DOHC Turbo dengan output kuasa 150ps (148hp) @ 5,500rpm, dan tork 226Nm @ 1,750rpm-4,000rpm
  • Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual, dan tiga mod pandu: Eco, Normal dan Sport.
  • Enjin digunakan sama seperti model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton sedia ada, iaitu X50, X70 dan X90 (dipadankan dengan motor elektrik), tetapi ditala mengikut kesesuaian karakter S70 sebagai model sedan.
  • Kapasiti tangki 50 liter.
  • Sistem suspensi jenis strut MacPherson di depan, dan torsion beam (belakang).
  • Sistem brek cakera lelubang (ventilated) di depan dan cakera solid (belakang).
  • Aspek pemanduan ditala untuk pengendalian cemerlang dan keselesaan menyeluruh mengikut kejuruteraan Proton.

2. ADA EMPAT VARIAN

Ada empat varian dan tujuh warna berbeza mengikut varian pada harga seperti berikut:

  • 1.5 Executive: RM73,800; Snow White (putih), Space Grey (kelabu).
  • 1.5 Premium: RM79,800; Snow White (putih), Armour Silver (perak), Space Grey (kelabu), Passion Red (merah).
  • 1.5 Flagship: RM89,800; Snow White (putih), Armour Silver (perak), Space Grey (merah), Passion Red (merah), Marine Blue (biru), Teal Bayou Green (hijau).
  • 1.5 Flagship X (foto atas): RM94,800; Snow White (putih), Space Grey (kelabu), Marine Blue (biru), Teal Bayou Green (hijau), Quartz Black (hitam).

3. LUARAN GAYA EKSEKUTIF MEWAH

  • Kecuali Executive dengan lampu utama halogen, lampu siang (DRL) LED dan cermin sisi boleh lipat manual, semua varian lain mendapat lampu utama LED, termasuk DRL LED dan cermin sisi automatik.
  • Executive dan Premium dapat rim 16 inci dengan tayar 205/55.
  • Flagship dan Flagship X dapat rim 17 inci dan tayar 205/50.
  • Bumbung suria dan perakam kamera digital (DVR)  hanya untuk Flagship X.

4. KABIN MEWAH, PINTAR DAN SELESA

Semua varian mendapat ciri sama seperti berikut:

  • Butang tekan mula (push start).
  • Konektiviti telefon pintar dan Bluetooth.
  • lima port pengecas (tiga Type-A, dan dua Type-C).
  • Penyaman udara auto dengan penapis udara N95 (kecuali Executive).
  • Penyaman udara belakang.
  • Perehat lengan belakang (kecuali Executive).
  • Kerusi kulit leatherette (kecuali Executive – fabrik).
  • Stereng kulit leatherette (kecuali Executive – uretana).

Varian Executive dan Premium mendapat ciri:

  • Unit infotainment skrin sentuh 8 inci.
  • Kluster instrumen standard jenis analog.
  • Semua varian menggunakan brek parkir elektrik (EPB).
  • Ada empat pembesar suara.

Varian Flagship dan Flagship X mendapat ciri:

  • Unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci dengan arahan suara ‘Hi Proton’.
  • Navigasi GPS atas talian, ramalan cuaca dan strim muzik.
  • Kluster instrumen LCD penuh.
  • Pengecas telefon wayarles.
  • Ada enam pembesar suara.
  • Cermin gelap (tinted).
  • Aplikasi Proton Link untuk maklumat status kenderaan dan menghidupkan enjin secara kawalan jauh.

3. CIRI KESELAMATAN ASAS SAMA SEMUA VARIAN!

Semua varian Proton S70 (2024) mendapat spesifikasi asas seperti: 6 beg udara SRS, kawalan jelajah, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan  Bantuan Pegun Bukit (HHA).

4. SISTEM BANTUAN PEMANDU TERMAJU (ADAS) IKUT VARIAN

Perbezaan setiap varian adalah sistem ADAS yang diberikan ciri asas seperti:

  • Varian Executive dan Premium cuma mendapat empat ciri ADAS:
    • Amaran Rempuhan Belakang (RCW)
    • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
    • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
    • Amaran Pintu Buka (DOW)
    • Ada juga tiga sensor parkir belakang, sistem imobiliser dan penggera antikecurian.
  • Varian Premium mendapat tambahan kamera undur, dan dua sensor parkir depan.
  • Varian atasan, Flagship dan Flagship X, mendapat semua ciri di atas dengan tambahan ciri ADAS seperti berikut:
    • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
    • Amaran Rempuhan Depan (FCW)
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Henti & Mula (Stop & Go)
    • Amaran Jelajah Pintar (ICC)
    • Amaran Tukar Lorong (LDW)
    • Elak Tukar Lorong (LDP)
    • Kawalan Pemusatan Lorong (LCC)
    • Maklumat Tanda Jalan (TSI)
    • Kawalan Lampu Suluh Tinggi Pintar (IHBC)
  • Tambahan lain diberikan kepada Flagship dan Flagship X ialah Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), dan kamera 360 dengan paparan tiga dimensi (3D).
  • Varian Flagship X paling mahalpula mendapat ekstra perakam video digital (DVR) atau kamera pemuka (dashcam) dan bumbung suria.
Auto Terkini autotainment Proton S70 (2024) Roda4 Sedan sedan segmen-C tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026

1 Comment

  1. Alson P on 28/02/2024 09:51

    1). Prestasi enjin biasa saja untuk sedang segment C… Tidak mengujakan berbanding segment C automakers lain

    2). Tiada Salah satu pun varian performance…. Kebanyakan automakers perkenalkan satu varian performance

    3). Gaya luaran sememangnya nampak eksekutif Dan mewah

    4). Sistem ADAS s70 tidak sebaik segment C automakers lain

    5). Saiz memang segment C… Honda civic Dan Toyota Corolla saiz besar.,.lebih besar Dari accord Dan Camry 30 tahun lalu..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.