Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/01/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH jenis minyak brek yang ideal untuk kenderaan anda? DOT 3, 4, 5 atau 5.1?

Sebenarnya istilah ‘minyak brek’ kurang tepat kerana ia bukan sejenis ‘minyak’. Inilah sebab kenapa label pada botol ditulis ‘brake fluid’ (bendalir brek), dan bukan ‘brake oil’ (minyak brek). Tetapi untuk istilah tempatan dan urusan jual beli di Malaysia, istilah minyak brek (juga disebut brake oil) adalah merujuk produk yang sama.

Jadi kami kekalkan istilah minyak brek untuk memudahkan pemahaman dan bacaan. Sila jangan bergaduh… 😆

BACA >>> #ApaNakBuat: Brek Depan atau Belakang? Mana Lebih Berkesan?

TITIK DIDIH KERING VS BASAH?

Ada banyak jenis minyak brek di pasaran yang dibezakan mengikut DOT (Department of Transportation), iaitu gred spesifikasi berasaskan piawaian Amerika Syarikat mengikut standard titik didih (boiling point).

Titik didih pula terbahagi kepada dua jenis: kering dan basah.

Titik didih kering ialah titik didih minyak brek ketika bendalir itu dalam kondisi baharu. Titik didih basah pula bermakna minyak brek itu sudah lama digunakan (sekitar 1-2 tahun), atau terdedah dalam bekas terbuka.

Berdasarkan jaduah di atas, kita dapat lihat penurunan titik didih hingga 60-80ºC, yakni julat angka yang besar. Jadi, memang penting untuk kita menukar minyak brek baharu.

Ketika membrek, geseran antara cakera (disc) dan pad akan menghasilkan haba. Haba panas itu akan dipindahkan kepada kaliper dan minyak brek. Membrek secara keras mampu membuatkan minyak brek mendidih, sekali gus menyebabkan gelembung udara terbentuk dan boleh menjejaskan fungsi brek.

Situasi ini sangat bahaya kerana brek boleh hilang kuasa cengkaman. Bab penyenggaraan yang satu ini memang tiada kompromi kerana keselamatan lebih utama dan anda perlu segera menukarkan minyak brek baharu!

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?

APAKAH DOT?

Sekarang lihat pada angka DOT. Semakin besar nombor di belakang, maka titik didih juga tinggi. Jika mahu kenderaan anda digunakan untuk berlumba yang memerlukan operasi pembrekan maksimum, maka disarankan menggunakan DOT 5 dengan titik didih 260ºC.

Namun, anda juga perlu tahu DOT 5 terbahagi kepada dua jenis: DOT 5 dan DOT 5.1. Namun, titik didih kedua-dua jenis DOT 5 itu asasnya adalah sama, cuma jenis bendalir yang berbeza. DOT 5 berasaskan silikon, manakala DOT 5.1, glikol etilena (ethylene glycol).

Bendalir berasaskan silikon bersifat tidak lelas (abrasive) terhadap cat, serta tidak higroskopik, iaitu tidak berterusan menyerap air seperti glikol. Jadi DOT 5 lebih tumpat yang mana pengguna dapat rasa sedikit ‘anjal’ ketika menginjak brek, tetapi tidak disarankan untuk perlumbaan.

Sebaliknya DOT 5.1 mampu menyalut bahagian getah dalam sistem brek. Asasnya, DOT 5 memiliki karakter bendalir yang lebih konsisten pada suhu rendah yang sesuai untuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Masalah DOT 5.1 pula, minyak brek ini lebih higroskopik berbanding DOT 4 dan perlu kerap diganti.

Apapun, pastikan baca buku manual dan maklumat sistem brek hidraulik dengan minyak brek, termasuk jenis yang direkomenkan pengeluar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!

BILA PERLU GANTI MINYAK BREK?

Anda perlu menukar minyak brek dan melihat komponen brek aftermarket pada kenderaan supaya dapat disesuaikan dengan jenis gred. Ini diperlukan supaya kenderaan anda dapat bekerja dengan cekap dan optimum serta tidak membahayakan keselamatan.

Kebanyakan minyak brek yang digunakan adalah berasaskan glikol dan menyerap air hingga lama-kelamaan operasi brek merosot, dan begitu juga titik didih.

Masalahnya, kita sendiri tidak tahu adakah dalam pemanduan biasa akan menyebabkan geseran yang menghasilkan panas lebih 140ºC (paras maksimum untuk DOT 3). Suhu panas, minyak brek mendidih, berlaku gelembung udara, sistem brek ‘masuk angin’ dan brek rasa tiada cengkaman adalah kombinasi masalah brek yang cukup bahaya.

Bagi kegunaan normal, alangkah baiknya anda menukar minyak brek setiap setahun atau dua tahun sekali.

BACA >>> #ApaNakBuat: Proses Bleeding Bantu Pulihkan Semula Prestasi Enjin Diesel

Apakah DOT apanakbuat autotainment Bendalir Brek brek dot DOT 3 DOT 4 DOT 5 DOT 5.1 minyak brek sistem brek tahukah anda Tukar Minyak Brek Tukar Pad Brek
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.