Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Kereta Hibrid yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Kereta Hibrid yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib21/07/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENJIMATAN minyak untuk pemanduan jarak jauh dan ketika sesak di jalan raya bukan saja menjadi keutamaaan pemandu di Malaysia, tetapi juga seluruh dunia.

Kriteria pemilihan kenderaan jimat minyak adalah sebab kenapa pengeluar konsisten menghasilkan model kompak. Di sebalik itu, pengeluaran jumlah kereta yang banyak juga menjadi punca kepada peningkatan pencemaran udara di bandar. Lihat saja laporan alam sekitar musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, memang berlaku penurunan ketara indeks pencemaran di bandar seluruh Malaysia.

BACA >>> Spidi Mission Beta Concept – Jaket Pelindung untuk Penunggang Elak Pencemaran Udara

Dalam usaha menangani masalah pencemaran, pengeluar automotif mengambil inisiatif membangunkan teknologi kenderaan elektrik yang lebih mesra alam. Bagaimanapun, teknologi itu masih ada pelbagai kekurangan dari segi keupayaan bateri kereta.

Jadi sebagai permulaan, pengeluar menggabungkan sistem enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik yang mana kenderaan dengan dua sistem itu dipanggil hibrid.

Berdasarkan sejarah, sistem hibrid banyak digunakan kenderaan seperti basikal elektrik, motosikal elektrik, bas diesel-elektrik dan lain-lain. Semua kenderaan itu menggabungkan sistem pembakaran dalaman dan keupayaan bateri untuk bergerak.

BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?

Toyota Prius (1997)
Honda Civic Hybrid (2002)
Ford Escaoe Hybrid (2004)

Sistem hibrid untuk kereta pula diperkenalkan sejak 90-an, dan model paling dikenali ramai ialah Toyota Prius (1997) dan Honda Civic Hybrid (2002). Sistem ini turut digunakan pada kenderaan segmen lain seperti model kenderaan utiliti sukan (SUV), Ford Escape (2004).

APAKAH KERETA HIBRID?

Seperti dijelaskan, kereta hibrid menggabungkan dua sistem berbeza untuk bergerak. Perkataan ‘hibrid’ merujuk kepada apa saja yang menggabungkan dua idea berbeza.

Secara kelaziman, kenderaan bergerak menggunakan bahan api seperti petrol, diesel atau gas. Masalah penjimatan pada sistem pembakaran membawa kepada idea kereta elektrik. Pada masa sama sistem kereta elektrik pula berdepan masalah perlu kerap mengecas bateri dan sukar dipandu untuk perjalanan jauh.

Di sinilah tercipta idea menggabungkan dua sistem tersebut, dinamakan enjin hibrid yang mampu memberikan penyelesaian lebih baik kepada masalah penjimatan enjin (konvensional) dan jarak pemanduan (elektrik).

Sistem hibrid juga dibangunkan berasaskan beberapa persoalan sering dibangkitkan bakal pemilik kenderaan baharu mengenai kriteria minimum kereta yang mereka mahukan, iaitu seperti berikut:

  1. Boleh atau tidak kereta itu dipandu sekurang-kurangnya 450km dengan tangki minyak penuh sebelum diisi semula.
  2. Pemanduan mesti mudah dan lancar.
  3. Kereta perlu ada kemampuan mengekalkan kelajuan dan keupayaan mengatasi kereta lain atas jalan.
  4. Bahan api mudah diisi.
  5. Menawarkan jarak pemanduan seliter bahan api yang baik.
  6. Kurang pencemaran udara.

Sistem enjin pembakaran dalaman mampu memenuhi poin 1 hingga 4, tetapi tidak untuk poin 5 dan 6. Berbanding enjin konvensional, kereta elektrik menawarkan jarak pemanduan per liter yang lebih baik, dan kurang mencemarkan udara.

Jadi, gabungan tenaga elektrik dan pembakaran dalaman didapati memenuhi keperluan pemanduan pemandu masa kini. Kereta hibrid menggunakan dua sumber tenaga yang memberikan lebih penjimatan kerana penggunaan tenaga (minyak dan elektrik) saling dikongsi ketika dipandu.

Bateri mampu dicas spontan ketika kereta dipandu dan juga boleh dicas apabila diperlukan. Kereta hibrid juga terbukti kurang mencemarkan udara dan memberikan lebih kilometer perjalanan.

BACA >>> Kia Rio (2021) Facelift Kini Ada Enjin 1.0L Turbo dengan Hibrid Ringan (MHEV)

KERETA HIBRID VS KERETA ELEKTRIK

Kereta hibrid kerap disalah erti sebagai kereta elektrik. Ini kerana sesetengah kereta hibrid turut disertakan bersama soket kuasa untuk mengecas bateri. Ini disebut hibrid plug-in (PHEV). Sebagai makluman, jika sesebuah kereta hanya mempunyai sistem pengecasan bateri saja, itu dipanggil kereta elektrik dan bukan hibrid. Kereta hibrid masih boleh diisi minyak.

Kereta hibrid pun boleh dipandu dalam mod elektrik sepenuhnya, sama seperti kereta elektrik penuh. Bezanya, jarak pemanduan mod elektrik untuk kereta hibrid tidak jauh dengan purata kira-kira 60km sahaja. Malah, jarak pemanduan bergantung kepada kelajuan kereta. Bateri boleh cepat hilang kuasa jika dipandu laju.

Ingat, jangan keliru antara kereta hibrid dan elektrik. Baca pautan bawah ini untuk penjelasan lanjut:

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In (PHV) dan Kereta Elektrik (EV)?

SPESIFIKASI UTAMA KERETA HIBRID

Spesifikasi dan Komponen Kereta Hibrid

Dalam arkitektur kereta hibrid perlu ada beberapa komponen dan spesifikasi  seperti berikut:

1. Enjin Kereta Konvensional

Pengeluar boleh memilih menggunakan bahan api yang sesuai untuk enjin kereta hibrid. Kebiasaaannya kereta hibrid menggunakan petrol. Apapun pilihan, enjin konvesional untuk kereta hibrid perlu lebih maju berbanding enjin pembakaran biasa. Ini kerana enjin ini perlu berkerjasama dengan sistem motor elektrik.  Enjin ini juga direka dengan kapasiti lebih kecil, tetapi dengan kecekapan tinggi dan kurang emisi.

2. Tangki Minyak

Tangki minyak semestinya diperlukan bagi menyimpan jumlah bahan api bersesuaian. Jadi kereta hibrid memerlukan sistem rizab bahan api lengkap berserta maklumat status semasa bahan api. Salur simpanan juga diperlukan dan mempunyai kualiti sama seperti kereta enjin pembakaran dalaman konvensional.

3. Bateri 12V dan Bateri Traksi

Kereta hibrid memerlukan dua bateri, iaitu bateri 12V yang digunakan sebagai bateri sokongan untuk menghidupkan kereta. Satu lagi ialah bateri traksi (traction battery) yang menyimpan tenaga dijana motor elektrik. Kedudukan bateri selalunya di bawah kerusi belakang.

Bateri ini akan menyalurkan tenaga kepada penukar arus terus (DC converter) yang kemudian mengubah voltan yang sesuai bagi menjana tenaga elektrik kepada sistem elektrik kereta dan mengecas semula bateri sokongan.

4. Motor Elektrik dan Generator

Fungsi motor elektrik dan generator adalah mengambil tenaga daripada bateri traksi dan menggerakkan kereta. Fungsi kedua adalah menghasilkan tenaga elektrik daripada putaran tayar ketika sistem brek berfungsi (dipanggil sistem pembrekan regeneratif). Kedua-dua komponen ini boleh berfungsi secara berasingan, dan boleh juga berfungsi untuk kedua-dua fungsi. Kalau berasingan, motor elektrik berfungsi sebagai penggerak kereta, dan generator sebagai tenaga kepada bateri traksi.

5. Sistem Transmisi

Boleh juga dikenali sebagai kotak kawalan gear kereta. Sistem ini berfungsi dengan mengubah tenaga daripada sumber tenaga kepada tenaga gerakan menggunakan kawalan pertukaran nisbah pada gear transmisi. Sumber tenaga adalah daripada motor elektrik atau tenaga pembakaran dalam enjin. Fungsi sistem transmisi masih sama seperti kereta biasa cuma ada dua sumber tenaga dan berfungsi secara hibrid.

6. Sistem Ekzos

Emisi hasil pembakaran masih menggunakan paip ekzos. Selain itu, pengeluar selalunya menggunakan pemangkin udara tiga arah bagi mengurangkan kadar pelepasan emisi udara daripada sistem ekzos kereta. Ketika menggunakan tenaga elektrik, sistem ekzos tidak digunakan, maka disitu tiada pembebasan hasil pembakaran berlaku. Ini mengurangkan pencemaran daripada kereta hibrid.

7. Sistem Penyejukan

Sistem penyejukan turut diperlukan dan direka bagi menstabilkan suhu yang sesuai dalam ruang enjin kereta. Struktur dan rekabentuk sistem agak berbeza kerana kereta hibrid menggabungkan sistem motor elektrik dan enjin pembakaran dalam. Bahan binaan sistem motor elektrik juga perlu tahan suhu tinggi dan bersesuaian dengan kadar penyejukan sistem penyejukan kereta.

KESIMPULAN

Inilah serba sedikit pengetahuan asas mengenai kereta hibrid. Kesimpulan yang dapat dibuat, kereta hibrid adalah jenis kenderaan yang mempunyai dua sumber tenaga untuk bergerak.

Kereta hibrid masih perlu diisi minyak, dan tidak perlu dicas di parkir khas. Kereta hibrid mampu memenuhi impian pemandu kereta yang mahukan 6 kriteria dimahukan.

BACA >>> CEO Honda Tidak Minat Tubuh Pakatan Automotif, Yakin Potensi Hibrid Atasi EV

Apakah Kereta Hibrid autotainment kereta hibrid Sistem Hibrid tahukah anda
Talib

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026

    1 Comment

    1. Haffizul on 28/12/2021 21:56

      Ape jadi kalau betri kereta hybrid rosak ? Adakah kereta tak boleh bergerak ?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.