Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Tentang Hos Brek – Kenali Material, Kesan Rosak dan Cara Servis
Auto Terkini

#TahukahAnda: Tentang Hos Brek – Kenali Material, Kesan Rosak dan Cara Servis

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HOS brek ialah salah satu komponen penting dalam sistem brek motosikal yang harus dijaga baik supaya fungsinya tidak terganggu. Ini kerana brek ialah bahagian paling penting sesebuah kenderaan.

Ingat, brek yang tidak berfungsi berisiko menyebabkan kecelakaan.

Sistem brek terbahagi kepada beberapa bahagian penting iaitu brek master, rotor (cakera), minyak brek dan hos. Bahagian penting yang sering diabaikan ialah hos brek.

FUNGSI PENTING HOS BREK

Hos brek tidak bekerja sendirian melainkan bekerjasama dengan komponen lain dalam sistem brek. Peranan penting komponen ini adalah menggabungkan dua bahagian utama brek iaitu silinder slave dan silinder master.

Peranan penting dipegang hos bre memerlukan kita memberikan perhatian tambahan dalam menyelenggara komponen tersebut. Jangan lupa menukar dan memeriksa jika ada perkara ganjil terjadi, seperti gejala  brek kosong.

Ini sering terjadi sekiranya kita tidak menyelenggara komponen itu dengan baik.

BAHAGIAN BINAAN HOS

Sekarang kita perlu tahu lebih terperinci binaan hos tersebut. Hos brek memiliki tiga lapis binaan asas, iaitu tiub dalam (inner tube), lapisan kevlar dan perumah luar (outer casing). Ketiga-tiga bahagian ini memiliki peranan dan fungsi masing-masing.

1. Tiub Dalam: Lapisan pertama ini berfungsi menampung cairan. Bahan pilihan terbaik untuk bahagian ini yang tidak bertindak balas atau dapat menyebabkan kakisan pada minyak brek ialah teflon.

2. Lapisan Kevlar: Fungsi lapisan kevlar adalah memberikan kekuatan dan struktur pada hos. Ia lapisan berbentuk seperti anyaman dengan bentuk fleksibel. Walaupun bentuk fleksibel, lapisan ini mampu menanggung tekanan tinggi daripada sistem hidraulik secara lebih efisien. Bahagian ini memiliki berat sangat ringan dan mudah dibuka-pasang dengan menggunakan alatan yang betul.

3. Penutup Luar: Berfungsi sebagai lapisan pelindung dengan sebutan outer casing. Komponen ini bertugas melindungi lapisan Kevlar dan frem motor supaya meminimumkan lekukan.

PERKARA PENTING PERLU DILAKUKAN

Sebagai komponen yang tugas utamanya menyalurkan minyak brek ke master brek, hos brek perlu diberi perhatian secukupnya. Tanpa hos, piston tidak akan melakukan tolakan dan proses membrek tidak berlaku. Berikut beberapa perkara yang perlu dilakukan:

1. Rutin Pemeriksaan

Pertama, sering buat pemeriksaan dengan melihat hos sudah mengembang atau belum. Jika nampak mengalami pengembangan, sebaiknya segera bawa motosikal ke bengkel dan diganti. Ini kerana hos yang sudah mengembang tidak dapat lagi memberikan tekanan secara optimum kepada brek master.

2. Ganti Material Lebih Kuat

Hos dengan material kuat dan bagus juga menghasilkan tekanan bagus ketika membrek bagi meminimumkan perkara tidak diingini berlaku pada sistem brek. Jadi perlu memilih hos dengan material kuat dan membelanjakan ekstra wang. Namun, penggunaan material yang baik menjadikan membrek lebih efektif.

3. Keadaan Fizikal

Bagaimanakah keadaan fizikal yang tepat untuk hos ini? Keadaan fizikal yang bagus untuk bahagian hos adalah masih memiliki tekanan tanpa kesan retak. Jika mengalami keretakan, perlu segera diganti kerana sudah rapuh. Umumnya, hos brek rapuh dalam tempoh dua atau tiga tahun. Sebaiknya, segera ganti sebelum terjadi kebocoran pada minyak brek.

BACA >>> Berapakah Ansuran Pembeli Indonesia Kena Bayar untuk Kawasaki Ninja ZX-25R?

CARA MUDAH SERVIS

Anda perlu mengetahui cara merawat komponen brek supaya tidak terjadi insiden kurang menyenangkan akibat tidak berfungsi. Berikut cara yang boleh dilakukan untuk meminimumkan kerosakan brek.

1. Lakukan pemeriksaan rutin supaya tidak berlaku gejala kebocoran, retak, rosak mahupun haus. Cara memeriksa cukup mudah, hanya letak motor dalam keadaan hendal tegak lurus. Kemudian periksa ketinggian cairan brek. Jika di bawah garis had, tambah minyak brek mengikut spesifikasi.

2. Tahukah anda, tuas brek juga memiliki jarak tertentu, dan jarak inilah harus dijaga. Anda boleh melaraskan jarak tuas brek dengan cara memusingkan nat pada brek hingga jarak 15-25mm.

3. Hos brek memerlukan cecair untuk beroperasi, tanpa cecair ia tidak boleh berfungsi baik.  Sebaiknya, periksa cairan setiap selang 2,500km. Untuk selang jarak, sebaiknya ganti setiap 4 tahun sekali.

4. Motosikal dilengkapi indikator yang boleh menunjukkan had penggunaan brek cakera. Anda perlu melakukan pemeriksaan lebih lanjut tentang hal ini supaya brek dapat kekal berfungsi optimal.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?

SUMBER: Suzuki.co.id

apanakbuat autotainment brek hos brek tip brek
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

13/03/2026
Auto Terkini

Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

13/03/2026
Auto Terkini

PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

13/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

13/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 401K
  • Instagram 194K
  • YouTube 593K
  • TikTok 1000K
  • Threads 46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

By Syafie11/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.