Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Siapa Smokey Nagata? Legenda Hidup Jepun yang Gegarkan Dunia Modifikasi
Autotainment

#TahukahAnda: Siapa Smokey Nagata? Legenda Hidup Jepun yang Gegarkan Dunia Modifikasi

Han OthmanBy Han Othman17/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM dunia kereta prestasi tinggi, Smokey Nagata ialah legenda hidup atas sumbangan beliau menghasilkan beberapa kereta terpantas dan paling berkuasa di planet Bumi.

Antara pencapaian Nagata adalah menghasil kereta terpantas dunia yang sah dipandu atas jalan. Tapi siapa sebenarnya individu bernama Smokey Nagata ini?

SIAPA SMOKEY NAGATA?

Kuzuhiko ‘Smokey’ Nagata dilahirkan pada 1964 dan dibesarkan di Hokkaido, Jepun. Sejak usia muda Nagata menunjukkan minat mendalam dengan potensi jentera, tambahan lagi bapanya gemar memandu laju.

Nagata mula bekerja dengan enjin kecil seawal usia muda dengan menunjukkan potensi mengubah suai jentera di sekelilingnya. Malah beliau juga seorang yang dahagakan kelajuan, sama seperti bapanya.

Pada usia 15 tahun, Nagata membeli Mitsubishi Galant GT sebagai kereta pertama dan mula mengubah suai sendiri, tetapi gagal dibaik pulih hingga memaksa meminta bantuan pemilik di satu kedai Toyota tempatan. Beliau juga pernah dibuang sekolah kerana memandu di bawah umur.

Beliau kemudian diambil pemilik kedai Toyota tersebut dan mula belajar tentang modifikasi kereta. Menyedari had kereta itu, Nagata cuba mengubah suai keretanya supaya dapat disesuaikan dengan permukaan jalan off-road yang ekstrem. Padahnya, beliau dibuang kerja kerana terlalu obses menala kereta sendiri pada waktu bekerja.

Nagata kemudian berhijrah ke Tokyo untuk mengejar impian sebagai pelumba. Tambahan lagi ibu kota itu memudahkan beliau mencari alat ganti, dan apa saja diperlukan untuk membikin kereta sendiri.

Selain bekerja sebagai mekanik, beliau turut membuat kerja sambilan modifikasi kereta untuk mendapatkan duit tambahan.  Semua pekerjaan dilakukan itu membantu Nagata memahami aspek kejuruteraan dan membantunya menambah baik keupayaan sesebuah kereta dengan berfikir di luar kotak.

Beliau kemudian bekerja pula sebagai mekanik di Trust, iaitu syarikat induk kepada syarikat talaan kereta, GReddy, tetapi tidak pernah berpuas hati dengan kerja-kerja dilakukan. Ini kerana tugasnya hanya melibatkan kerja-kerja turbo, dan menghasilkan mufler, tetapi tidak aspek prestasi yang menjadi impiannya. Kesudahannya, Nagata mencuba minatnya itu pada kereta lain pada masa terluang.

Walaupun tidak disukai majikan, tetapi beliau dibenarkan melakukan apa disukainya asalkan dirahsiakan. Daripada pengalaman itu, maka terlahirlah kedai persendirian Nagata, dinamakan Top Secret pada awal 90-an. Pada masa itu, modifikasi kereta menjadi hobi kebanyakan orang, terutama apabila banyak pengeluar menghasilkan model pasaran domestik Jepun (JDM) hebat seperti Mazda RZ-7, Toyota Supra dan Nissan R32 GT-R yang membenarkan pemilik melakukan modifikasi prestasi.

Toyota Supra (1994) sentuhan Top Scret. Kereta ini menggunakan enjin V12 berkuasa 930hp dan tork 1010Nm!

Ramai pemilik dahagakan kelajuan yang mana trend menghasilkan kereya paling berkuasa dan pantas menjadi budaya popular di Jepun. Di sinilah Nagata mencipta nama sebagai pakat modifikasi kereta, dan perlumbaan dengan menyertai banyak perlumbaan trek dan menjadi mekanik lumba jalanan sebagai hobi.

Walaupun Nagata tidak pernah direkrut rasmi sebagai pelumba profesional, tetapi penyertaan dalam banyak pameran dan perlumbaan membuktikan sentuah talaan luar biasa yang mampu dilakukannya. Ini dibuktikan apabila beberapa modifikasi dilakukan pada model seperti Nissan Skyline GT-R dan Toyota Supra menjadi ikonik kerana gagal ditewaskan lawan masing-masing.

Sentuhan Top Secret

Dalam usaha mengatasi batasan, maka terhasillah tahap baharu kereta prestasi. Dengan menggunakan beberapa komponen daripada pembuat berbeza, Nagata menghasilkan  kereta ‘Frankenstein’ yang memapu memecut dangat laju.

Nissan R32 GT-R adalah kereta pertama diubah suai bengkel Top Secret milik Nagata. Model Nissan R33 Skyline GT-R pula berjaya melakukan pecutan 0–300kmj spantas 17 saat di Yatabe, dan 330kmj dalan terowong.

Top Secret turut menghasilkan beberapa komponen aftermarket yang masih digunakan hingga sekarang seperti kontroler injap, dan kit penyejuk minyak. Semua komponen itu sangat popular di Jepun dan dunia kerana membolehkan pemilik melakukan ubah suai kustom untuk menambah prestasi kereta mereka.

Top Secret juga sangat sinonim dengan dunia talaan prestasi di Jepun.

autotainment Kuzuhiko 'Smokey' Nagata Kuzuhiko Nagata SMOKEY NAGATA tahukah anda Top Secret
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

15/03/2026
Honda henti pengeluaran tiga model EV
Auto Terkini

Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

14/03/2026
Jetour T2 2026
Roda4

SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

14/03/2026
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Roda4

#Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

13/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.