Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Segala Tentang Rim Aloi yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Segala Tentang Rim Aloi yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman19/10/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RIM aloi memang cantik, tetapi tahukah anda, ada beberapa aspek penting yang perlu diketahui sekiranya anda berangan-angan mahu mengubah suai rim kereta anda, sama ada versi aloi standard atau besi.

Perkara pertama perlu anda tahu, sebab kenapa ada sesetengah kereta didatangkan dengan rim besi (steel wheels), atau juga popular dengan istilah ‘rim kompang‘ atau ‘rim pekak‘, adalah kerana ia lebih murah dihasilkan. Ini membantu pengeluar mengekalkan harga minimum sesebuah model, terutama untuk model paling asas. Sekarang, cuba anda ingat semula penampilan Proton Savvy Lite lebih kurang sedekad lalu.

BACA >>> Kenapa ‘Tayar Kangkang’? Sekadar Trend atau Ada Fakta Mekanikal?

Namun, perubahan trend dan kehendak pembeli masa kini menyaksikan banyak pengeluar automotif mula beralih kepada rim aloi sebagai ciri standard kereta masing-masing. Rim besi pula cuma ditawarkan untuk varian paling asas, atau murah. Bagaimanapun, ramai pemilik masih tidak berpuas hati dengan rupa rim aloi versi standard, dan mahu ditukar kepada rim aloi lain yang lebih berkarakter dan berpersonaliti.

MENARIK DIPANDANG, BANYAK KELEBIHAN

Rim Aloi
Rim Besi

Kelebihan paling superior dimiliki rim aloi ialah rekabentuk yang nampak menarik dipandang. Berbanding rim besi, pilihan rim aloi adalah lebih banyak yang didatangkan dalam pelbagai jenama, rekabentuk dan warna hingga boleh rambang mata dibuatnya.

Antara kelebihan lain rim aloi ialah:

  • Kemampuan membebaskan haba lebih baik ketika membrek.
  • Ruang jejari (spoke) besar dan jarang, memudahkan pengaliran udara keluar, sekali gus memanjangkan jangka hayat sistem brek.
  • Rim aloi lebih ringan berbanding rim besi, dan mempengaruhi berat kereta.
  • Berat kereta yang ringan memudahkan pengendalian, dan menjimatkan bahan api, termasuk memanjangkan jangka hayat komponen seperti sistem brek dan suspensi.
  • Rim aloi memberi kesan besar terhadap berat unsprung kereta, yakni apa saja berat yang bersangkutan dengan roda. Bermula roda itu sendiri hingga tayar, brek, spindel, bering dan sebahagian berat syaf, spring dan pautan suspensi.
  • Berat unsprung rendah turut menambah baik cengkaman tayar atas jalan.

Sekarang, segalanya nampak positif bukan?

TIP TUKAR SAIZ RIM DAN TAYAR

Semakin besar rim dan semakin rendah profil tayar, maka semakin kereta anda tampak lebih menarik. Cengkaman brek pula jadi bertambah baik, dan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kualiti pemanduan kereta anda.

Dalam hal pemilihan, adalah lebih baik membiarkan pakar menentukan apakah saiz, dan bagaimanakah memilih rim dan tayar yang sesuai untuk kereta anda. Asasnya, anda dinasihatkan memadankan saiz rim baharu dengan diameter keseluruhan tayar asal yang purata ketebalannya dalam 1-2 inci.

BACA >>> Ketahui 6 Cara Mudah Bilakah Anda Perlu Tukar Tayar Baharu


Anda boleh juga membesarkan saiz rim baharu dalam 1 inci daripada rim asal, dan dipadankan dengan tayar nisbah aspek rendah (lower aspect ratio) yang lebih nipis. Ini membolehkan kereta anda mengekalkan diameter luar tayar dalam ukuran 2 peratus berbanding saiz asal.

Misalnya, rim 13-inci dengan tayar 175/80R13 boleh dinaik taraf kepada rim 14-inci dengan tayar 185/70R14, ataupun rujuk gambarajah diberikan. Dalam maksud lain, diameter rim yang dinaikkan 1-inci itu, digantikan dengan rim lebih lebar dan tayar nisbah aspek rendah yang lebih nipis.

PRO & KONTRA RIM ALOI


Secara logiknya, rim yang besar mampu menaik taraf kualiti pengendalian dan pembrekan kereta. Ini termasuk mewujudkan sentuhan antara tayar dan permukaan jalan yang lebih baik. Malah, turut menyerlahkan penampilan kereta yang lebih menarik dan sporty.

Tanpa perlu belajar seni rekabentuk automotif pun, majoriti pengguna, termasuk kanak-kanak kalau ditanya, pasti mereka akan cenderung memilih kereta dengan rim dan tayar besar sebagai ciri sebuah kereta yang menawan.

Selain itu, anda juga perlu mengambil kira aspek profil tayar, kelebihan, kekurangan, tambahan penyenggaraan, masalah kakisan, dan seumpamanya sebelum memutuskan mahu menukar rim aloi baharu. Berikut beberapa perkata yang perlu dititikberatkan selepas memasang rim aloi:

  • Perlu kerap dibasuh supaya nampak cantik dipandang.
  • Berisiko mengalami masalah kerosakan radial (radial runout), terutama jika tayar dan rim tidak dipasang betul.
  • Berdepan masalah kerosakan kerb, yakni calar atau sagatan pada bibir rim, kecuali anda memilih tayar berdinding tebal.
  • Lebih mudah bengkok jika terlanggar bonggol atau lopak jalan.
  • Masalah kerosakan lateral (lateral runout), seperti rim gelong, cuma dapat dikesan apabila melakukan pengimbangan tayar (balancing). Jika gelongan sangat ketara, anda perlu menukar rim baharu.
  • Sama seperti rim besi, kakisan juga boleh berlaku pada rim aloi. Sudah tentu mencacatkan rupa rim.
  • Selepas memasang rim baharu, anda disarankan memeriksa keketatan nat selepas memandu 60,000km pertama. Sekali bengkok, nat itu tidak boleh dibaiki lagi.

SUMBER: CarWale

autotainment rim rim aloi rim kompang rim sport Roda Roda4 sport rim Tayar tip pilih rim
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
Auto Terkini

Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

02/04/2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Elektrifikasi

#BIMS2026: Deepal Hunter K50 – Trak Pikap REEV Pertama Dunia, Jarak Lebih 900km

02/04/2026
Roda4

Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7-Kerusi yang Canggih dengan AI!

02/04/2026
Isuzu D-Max 2026 lancar di Malaysia
Trak dan Lori

Isuzu D-Max 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM103k!

01/04/2026

4 Comments

  1. akmal on 20/10/2018 22:01

    boleh ker kiranya naiktaraf dari 14 kepada 16@17 . dan ap spec tayar yg sesuai..

    Reply
  2. ayu on 13/12/2018 18:32

    nak tnya kalau viva rim 165/r14 , sye nk tukar rim 15 dan tayar tebal skt.. boleh bagi some advice x.. ngam ke x ngam ye

    Reply
  3. ahmad on 22/11/2019 22:39

    rim asal 16 7.5jj 215/55 nak tukar rim 17 8.5jj tayar apa yg sesuai?

    Reply
  4. IngnitoZoro on 27/09/2020 12:02

    Klau dkat tayar tlis 185/60/R14… Nk tukar Rim jdi 15inch nk amik yg mna?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda4

Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

By Syafie01/04/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

By Syafie30/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.