Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Segala Tentang Pad Brek yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Segala Tentang Pad Brek yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib08/03/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASPEK keselesaan dan keyakinan pemandu amat penting ketika memandu. Dua aspek itu pula bergantung kepada pelbagai faktor yang diperoleh daripada kereta dipandu.

Antara komponen penting kereta yang mampu memberikan keselesaan dan keyakinan ialah sistem brek. Kegagalan sistem brek boleh menyebabkan kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku seperti perlanggaran ketika memandu dalam halaju perlahan, dan gagal berhenti tepat pada masa.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Brek Enjin dengan Betul Jika Memandu Kereta Automatik

Ini tidak sepatutnya berlaku jika pemandu mengambil berat kondisi brek kereta mereka. Kondisi brek kereta yang baik mampu meningkatkan keupayaan pengendalian. Semua sedia maklum, kereta perlu diperiksa sebelum memandu jauh, dan antara pemeriksaan yang boleh dilakukan sendiri ialah melihat paras minyak brek (brake fluid) dalam tabung.

Pemeriksaan ini sangat mudah dibuat kerana cuma perlu lihat tahap paras minyak saja (lihat foto atas). Pemandu juga perlu sentiasa memantau kondisi pad brek (brake pad) dengan mengetahui ketebalan komponen tersebut. Bagaimanakah caranya?

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?

CARA PEMERIKSAAN PAD BREK

1. PUSAT SERVIS

Cara memeriksa cakera brek (juga dipanggil rotor) sebenarnya lebih mudah, iaitu dengan melihat permukaan logam cakera brek tersebut. Sebaliknya, ketebalan pad brek memerlukan pemandu membuka komponen brek. Namun pad brek bagi sesetengah model kereta (seperti Perodua Viva) boleh dilihat dari celahan rim saja.

Apapun jangan risau, anda tidak perlu buat semua itu kerana mekanik yang akan melakukan pemeriksaan tersebut setiap kali anda datang servis. Ini bermaksud setiap tiga atau enam bulan sekali, anda boleh tahu ketebalan brek pad.

Pusat servis wajib mengukur ketebalan pad brek setiap kali kereta diservis. Peratusan ketebalan pad brek biasanya ditulis atas resit bayaran. Jika tiada, anda boleh minta penasihat servis (SA) menuliskannya.

2. SENDIRI
Kaedah pemantauan sendiri.

Anda boleh menggunakan kaedah pemantauan seperti gambar di atas sekiranya tidak ke pusat servis. Pertama, setiap pad brek terdapat penanda logam yang akan menghasilkan bunyi bising ketika menekan brek.

Jika terdengar bunyi berdesir seakan besi berlaga, itu petanda awal pad brek sudah nipis. Anda juga boleh rasa pedal brek tidak memberikan respon segera ketika memijak brek. Jangan abaikan situasi itu kerana kemampuan brek kereta anda sebenarnya sudah merosot.

Lampu indikator sistem brek juga akan menyala jika pad brek menipis. Cara lain, jika kereta sudah dipandu lebih setahun, atau dipandu lebih 20,000km, pad brek mungkin masih dalam kondisi baik tetapi tahap ketebalan perlu dipantau. Jika sudah haus, bawalah ke bengkel untuk ditukar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Pad Brek Skuter Boleh Haus Sebelah, atau Tidak Rata?


KADAR KEUPAYAAN MEMBREK HILANG

Cakera brek memerangkap haba ketika kereta dihentikan lebih laju berbanding tenaga haba yang terbebas ke udara. Proses penukaran tenaga haba dalam sistem brek itu dipanggil pelesapan tenaga haba.

Apabila membrek mengejut, suhu brek boleh mencecah 10°C sesaat, manakala proses pelesapan haba pada suhu sesaat itu pula mengambil masa 20 saat. Sebagai contoh, apabila membrek mengejut selama 5 saat, suhu pada sistem akan meningkat 20°C dan memerlukan 100 saat untuk dilesapkan.

Suhu melampau boleh  berlaku akibat membrek mengejut, membawa beban berlebihan dan kerap memijak brek di laluan berbukit. Suhu melampau itu mampu menurunkan kadar ketahanan geseran sistem brek.

Simptom itu dipanggil ‘brake fade’, atau mudah difahami sebagai kadar keupayaan brek menghilang. Suhu brek melampau juga mampu merosakkan komponen brek lain seperti menyebabkan permukaan pad brek licin, dan mengurangkan geseran, manakala cakera brek boleh meleding hingga tekanan brek jadi tidak rata. Brek parkir pun boleh jadi kurang mencengkam sekiranya sistem brek panas melampau.


KADAR KETAHANAN GESERAN

Suhu melampau menurunkan kadar keupayaan geseran.

Graf gambarajah di atas menunjukkan pengaruh suhu ke atas keupayaan kadar ketahanan geseran pada sistem brek. Contohnya, jika memandu ke Genting, anda perlu berhenti sekejap di puncak sebelum turun. Ini kerana pemanduan turun dan naik, serta perlu menempuh jalan berselekoh tajam memaksa kita membrek lebih kerap.

Proses ini akan menyebabkan berlaku situasi suhu melampau ke atas sistem brek, sekali gus menjejaskan  keupayaan geseran brek ketika menurun. Pastikan berhenti sekejap sebelum turun Genting, dan nikmati dulu pemandangan di lot parkir bawah atau di Petronas Genting.  Jangan pula disimbahkan air pada brek. Ini kerana proses penyejukan mengejut akan merosakkan permukaan cakera brek.


KESAN SENTIASA UKUR KETEBALAN PAD BREK

Ukuran ketebalan brek pad

Pemandu prihatin akan tahu masa yang sesuai untuk menukar pad brek. Kitaran masa penukaran bergantung kepada cara dan kekerapan pemanduan. Jangan samakan kereta kita dengan orang lain, sebab penggunaan masing-masing berbeza.

Pastikan kita tahu kondisi kereta dari semasa ke semasa. Gunakan maklumat sebaiknya ketika hantar kereta ke pusat servis. Jangan menangguh menukar pad brek kerana komponen lain juga berisiko terjejas, dan kos baik pulih pula bertambah.  Lihat gambar di atas, itu ialah tahap kondisi pad brek mengikut ketebalan. Perlu tukar cepat jika sudah masuk kawasan merah.


KENALI KOMPONEN BREK LAIN

Komponen keseluruhan kaliper brek.

Pemahaman dan pengetahuan tentang komponen sistem brek lain turut membantu proses membuat keputusan menukar pad brek. Anda boleh mengukur sendiri ketebalan pad brek sekiranya mengetahui komponen lain seperti kaliper (komponen yang menekan cakera brek), piston brek dan cakera brek.

Cakera brek ialah komponen bergerak bersama tayar. Komponen ini akan terjejas sekiranya pad brek tidak berada dalam kondisi terbaik. Bayangkan, klewatan menukar hanya satu komponen suda boleh menjejaskan komponen lain. Jadi pastikan pad brek sentiasa dalam konisi baik supaya sistem brek kekal optimum dan efisien.

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Brek Kereta Kurang Cengkaman dan Cara Atasinya

autotainment Brake Pad Komponen Kereta Pad Brake pad brek sistem brek Tip Penyenggaraan
Talib

Artikel Berkaitan

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larangan Guna Kapcai Pada Musim Perayaan Boleh Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.