Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Memandu Pakai Selipar Pun Boleh Kena Saman?
Autotainment

#TahukahAnda: Memandu Pakai Selipar Pun Boleh Kena Saman?

Han OthmanBy Han Othman01/10/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, jika anda pemegang lesen memandu vokasional (GDL) dan memandu memakai selipar, anda dikira melakukan kesalahan dan boleh disaman di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika didapati bersalah, anda boleh dikompaun hingga RM150. Namun, larangan ini cuma tertakluk kepada pemegang lesen GDL saja seperti pemandu lori atau bas, dan bukan kenderaan biasa dengan lesen memandu kelas D atau penunggang motosikal.

Pada tahun lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pernah mengeluarkan saman ke atas dua pemandu bas ekspres kerana memakai selipar dalam operasi yang dilancarkan sempena Tahun Baru Cina dengan anggotanya menyamar sebagai penumpang.

Bagaimanapun, di luar negara seperti India misalnya, menunggang memakai selipar (atau sandal) pun dikira melakukan satu kesalahan dan boleh disaman hingga 1,000 rupee (RM56). Menurut undang-udang negara itu, memakai selipar menyukarkan penunggang mengoperasikan pedal gear dan brek.

Namun bagi negara seperti India yang susah melihat penunggangnya memakai helmet, undang-undang kecil itu sebenarnya jarang sekali dilaksanakan.

BAHAYAKAH PAKAI SELIPAR KETIKA MEMANDU ATAU MENUNGGANG?

Biasanya di Malaysia, pihak berkuasa tidak akan menyaman kita memandu atau menunggang dengan memakai selipar, melainkan anda pemandu lori atau bas. Tetapi memang agak berbahaya kerana selipar yang longgar dan terlalu besar boleh tersangkut di celahan pedal klac, brek dan minyak.

Lebih-lebih lagi ada sesetengah tabiat pemandu gemar menanggalkan selipar (atau kasut) mereka ketika memandu. Bayangkan selipar tersangkut, pemandu mungkin panik dan boleh terbabit kemalangan. Penunggang juga berdepan situasi sama seperti selipar tertanggal, terjatuh atau tersangkut pada pedal brek atau gear, sekali gus menyebabkan nahas.

Walaupun angka kemalangan ini kecil, tetapi kes begini memang ada berlaku. Jadi, pakailah kasut jika hendak memandu atau menunggang.

SUMBER: Driving-School

Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Lesen Memandu Vokasional (GDL) Menunggang Pakai Selipar Pakai Selipar Sambil Memandu tahukah anda Undang-Undang
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.