Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

Han OthmanBy Han Othman26/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH lumrah, manusia akan sentiasa menilai sesuatu benda dengan perkara yang mudah ditafsirkan. Misalnya kamera dan megapiksel, komputer dan Ghz, televisyen dan inci pepenjuru, manakala kereta pula diukur pada kuasa kuda (hp) dan tork (Nm). Jadi, tidak hairanlah mana-mana pengeluar seringkali menguar-uarkan nombor kuasa dan tork jentera masing-masing yang didakwa mengatasi lawan lain.

Namun, apa yang mudah diukur tidak semestinya menjadikan sesebuah produk itu lebih baik dalam perbandingan. Ia tidak ubah seperti kita terpesona melihat wajah jelita seorang supermodel tanpa terlebih dahulu menganalisis ukuran dada, pinggang dan pehanya. Ok ke banding macam ni?

APAKAH ITU KUASA KUDA DAN TORK?

Pertama, mari kita fahami dahulu beberapa definisi pantas mengenai tork (Nm) dan kuasa kuda (hp).

Dalam spesifikasi automotif, TORK ialah daya kilasan atau pusingan, manakala KUASA KUDA pula ialah seberapa pantas daya kilasan itu digunakan. Contohnya, memasang dan membuka nat tayar kereta menggunakan pemutar tayar (wheelbrace) dan pistol detar (rattle gun). Faktanya, kedua-dua alatan itu menghasilkan tork yang sama untuk memasang dan membuka nat tayar. Tetapi, pistol detar dikatakan lebih berkuasa kerana kemampuan melakukan tugas memasang dan membuka nat tayar dengan pantas.

Banyak tork pada kelajuan putaran perlahan memberikan anda sejumlah kuasa yang menyamai kurang tork pada kelajuan putaran tinggi.

BACA >>> Sejarah Ringkas CVT yang Perlu Anda Tahu

Agak rumit bukan? Tetapi itu bukanlah isu utama artikel ini. Isunya, pemahaman ukuran kuasa dan tork sebenarnya mudah sahaja, tetapi diberikan perhatian lebih setiap kali kita membuat perbandingan sesama kereta di pasaran. Walhal, itu cuma menyentuh beberapa isu rumit di atas dan ada banyak perkara lain yang perlu diambil kira selain pengajaran fizik.

Contohnya, ramai orang berminat dengan kuasa disebabkan pecutan. Sebenarnya, apa perlu anda tahu ialah berat kenderaan yang memberikan kesan besar kepada seberapa pantas sesuatu kelajuan itu dihimpun. Penggearan juga menjadi faktor besar, di mana keluk kuasa dan tork enjin berbeza daripada output puncak yang menjadi judul utama dan angka yang kerap dipetik pengeluar.

BAGAIMANA MENILAI PRESTASI?

LOTUS EXIGE S... Mampu memecut sepantas 4 saat.
LOTUS EXIGE S… Kelajuan maksimum cuma 273kmj, tetapi mampu memecut 0-100kmj sepantas 4 saat.

Jika anda berminat dengan pecutan, lihatlah pada angka 0-100kmj dan bukan kuasa atau kuasa kuda (hp). Ia seperti membaca nilai nutrisi yang anda dapat ketika makan sekeping sandwic, dan bukan menganalisis sama ada gandum itu baru dituai atau tidak, yang digunakan untuk menghasilkan roti sandwic tersebut. Maknanya, baru atau lama gandum yang dituai sebenarnya tidaklah penting berbanding nilai nutrisi dalam sandwic. Samalah seperti pecutan sesebuah kereta yang tiada kena mengena dengan kuasa kuda semata-mata.

BACA >>> #RetroAuto: Logo Ferrari – Dulu Cuma Lukisan Pesawat Pejuang Askar Itali untuk ‘Good Luck’

Atau anda mungkin berminat dengan kuasa disebabkan kelajuan maksimum? Sudah tentu kuasa menjadi faktor utama, tetapi aerodinamik juga memainkan peranan besar. Apabila anda menggandakan kelajuan, anda sedang meningkatkan empat kali seretan (drag), dan apabila meningkatkan kelajuan sebanyak tiga kali ganda, anda sebenarnya sudah melakukan enam kali seretan! Bukankah kereta berkuasa 402hp sepatutnya mempunyai dua kali ganda kelajuan maksimum kereta 201hp? Tetapi rata-rata kelajuan maksimum ditulis lebih kurang sama sahaja bukan?

Menariknya, berat jarang menjadi isu besar apabila menilai perihal kelajuan maksimum walaupun kereta kita agak perlahan untuk mencapai tahap kelajuan maksimum. Apa yang dipedulikan ialah kelajuan maksimum itu dapat dicapai juga akhirnya. Lambat atau perlahan sudah tidak penting. Sedangkan dalam dunia nyata, kereta berat dengan kelajuan maksimum tertinggi mungkin lebih perlahan berbanding kereta yang mampu memecut pantas dengan kelajuan maksimum rendah. Dalam pemahaman lain, kereta berkelajuan maksimum 200kmj boleh saja lebih perlahan berbanding kereta berkelajuan maksimum 160kmj.

Jadi, kuasa bukanlah jawapan muktamad bagi pecutan atau kelajuan maksimum. Hakikatnya, pecutan adalah tentang tork.

KAITAN KUASA TUNDAAN DAN KUASA/TORK?

LAND ROVER DEFENDER
TOYOTA LAND CRUISER PRADO

Bagaimana pula tundaan yang diuar-uarkan  pada sesebuah kenderaan jenis trak pikap atau 4×4? Apakah ada kaitan antara rating tundaan dan kuasa atau tork?

Faktor yang mempengaruhi rating tunda bukanlah output enjin, tetapi penyejukan enjin, transmisi dan casis. Perhatikan spesifikasi Land Rover Defender dengan rating tundaan 3,500kg walaupun cuma berkuasa 120hp. Sebaliknya rating tundaan Toyota Land Cruiser Prado sekadar 2,500kg walaupun berkuasa 188hp, manakala Nissan Patrol GU mampu menunda beban 3,500-2,500kg bergantung kepada jenis enjin dan transmisi.

Anda tidak boleh menentukan keupayaan tundaan dengan output enjin semata-mata. Jadi, kenapa melihat kepada angka kuasa sahaja sedangkan ada banyak perkara berhubung prestasi yang perlu diambil kira seperti kapasiti tundaan, pecutan atau kelajuan maksimum?

BACA >>> 5 Fakta Perlu Anda Tahu Tentang Tesla Roadster – 0-100kmj Sepantas 1.9 Saat, Tork 10,000Nm!

Malah, angka prestasi mampu memperdayakan anda. Sensasi pecutan sangat berbeza apabila bercerita mengenai Toyota 86 yang bising, rev tinggi dan profil rendah berbanding enjin supercas Range Rover yang ditala halus dan senyap, berprofil tinggi dan rev rendah.

Walaupun angka menunjukkan Toyota 86 lebih perlahan, tetapi fiil laju kereta itu lebih terasa berbanding Range Rover. Ya, ada banyak enjin lain di pasaran menunjukkan keluk hantaran kuasa yang mengagumkan, tetapi realitinya tidaklah sehebat mana jika dibandingkan kereta kurang berkuasa.

Jadi, apa yang kita perlu pelajari dan fahami adalah jangan menilai sesebuah kereta itu berdasarkan spesifikasi tertentu sahaja (terutama kuasa dan tork). Ia tidak ubah seperti menilai sebuah buku dengan melihat kulitnya semata-mata. Kita sepaturnya memandu uji kereta itu terlebih dahulu dan merasai kehebatannya berasaskan fiil dan cita rasa sendiri. 🙂

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan HP, BHP dan PS?

autotainment beza kuasa dan tork kuasa kuasa dan tork bukan penentu kereta bagus kuasa kuda (hp) mitos automotif Roda4 tork tork (Nm)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

24/04/2026
Jualan Geely Auto
Auto Terkini

Geely Holding Catat Jualan Lebih 937,000 Unit Suku Pertama (Q1) 2026

22/04/2026
Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.