Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapakah Tingkap Anti-Sepit (Anti-Pinch) Direka?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapakah Tingkap Anti-Sepit (Anti-Pinch) Direka?

Han OthmanBy Han Othman18/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKNOLOGI anti-sepit (anti-pinch) ialah sistem keselamatan baharu untuk kenderaan moden yang dimuatkan bersama tingkap kuasa. Seperti namanya, teknologi ini bertujuan menghalang tingkap kuasa (yang dioperasikan menggunakan motor elektrik) daripada ditutup apabila mengesan sebarang hadangan yang merentasi frem tingkap.

Hari ini, boleh dikatakan hampir semua kenderaan penumpang menggunakan tingkap kuasa. Sebelum itu, tingkap dinaikkan secara manual menggunakan tuil yang perlu dipusing hingga cermin tertutup. Ingat lagi kereta-kereta era 80-90-an?

Tuil tingkap kereta lama jenis pusing.

Kini, dengan kehadiran teknologi tingkap kuasa, semua aksi manual yang leceh itu digantikan semudah mengetik suis yang terletak pada panel pintu atau konsol gear.

TEKNOLOGI BAWA PADAH?

Namun, tahukah anda teknologi tingkap kuasa sebenarnya mengundang bahaya maut, terutama kepada anak-anak kecil apabila terdapat banyak kes mangsa tercekik akibat tersepit tingkap kereta. Di Amerika Syarikat misalnya, pertubuhan KidsandCars.org melaporkan kira-kira 50 kanak-kanak maut akibat insiden tersepit tingkap kereta sejak 1990, dan ada lebih 2,000 kes rawatan hospital yang ada kaitan tingkap kuasa.

Beberapa kajian mendedahkan kanak-kanak cenderung menjengah kepala atau tangan keluar tingkap. Dalam kes tertentu, mereka secara tidak sengaja tertekan suis hingga tingkap tertutup dan membuatkan mangsa tercekik atau cedera. Ada beberapa kes menyebabkan kematian.

BACA >>> Budak 3 Tahun di AS Maut Tersepit Tingkap Kereta

Risiko cedera dan maut adalah lebih tinggi dengan ciri baharu tingkap kuasa yang cuma memerlukan pengguna menekan suis sekali sahaja untuk menaikkan tingkap. Tetapi sesetengah kenderaan mengehadkan ciri tersebut untuk tingkap kuasa sebelah pemandu sahaja.

Piawaian MVSS1188
Suis jenis rocker
Suis jenis tarik-untuk-tutup

Malah, jenis suis juga didapati berpotensi menyebabkan insiden seumpama itu. Suis jenis rocker (seperti suis lampu) misalnya lebih mudah membuatkan pengguna tertekan secara tidak sengaja berbanding suis jenis tarik untuk tutup (pull-to-close) yang banyak digunakan kenderaan masa kini (rujuk gambar atas).

Jadi di sinilah teknologi anti-sepit dibangunkan dan dimuatkan bersama tingkap kuasa. Motor elektrik akan dipasang sensor untuk mengesan sebarang daya rintangan yang menghalang gerakan cermin. Sebaik saja objek atau hadangan dikesan, tingkap kuasa akan berhenti segera dan terus mengundurkan motor sebelum tingkap dibuka semula secara automatik.


SUMBER: Crankit.in

anti-pinch apakah itu anti-pinch autotainment teknologi teknologi anti-sepit teknologi keselamatan kereta tingkap kuasa tingkap kuasa anti-sepit
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam23/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.