Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/02/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEDAL syif (paddle shift) ialah ciri eksklusif kereta sport berprestasi tinggi, tetapi kini turut dimuatkan pada model-model biasa seperti Proton Preve dan juga Honda Civic.

Ironinya, bukankah sebab utama kita beli kereta automatik adalah supaya tidak perlu lagi menukar gear? Kenapa pula banyak kereta automatik hari ini menawarkan ciri pedal syif walaupun itu bukan kereta sporty? Bilakah dan kenapa kita perlu menggunakan pedal syif pada kereta automatik?

Jurutera Fiat Chrysler Automobiles, Erich Heuschele berkata, ada beberapa kes yang membuatkan seseorang itu mahukan pedal syif.

BACA >>> Benarkah Silap Guna Pedal Syif Punca Kotak Gear Kereta Rosak?

Erich Heuschele dan SRT Viper

Sedikit tentang Heuschele, beliau dan sepasukan jurutera membangunkan jenama FCA berprestasi tinggi, SRT, yakni kumpulan yang bertanggungjawab atas pembangunan model seperti Dodge Challenger SRT Hellcat berkuasa 707hp.

Beliau juga ahli sebuah pasukan jurutera elit FCA yang dibenarkan menguji kenderaan dalam aspek had pengendalian. Dalam erti kata lain, beliau boleh menjahanamkan sesebuah kereta ujian selagi tidak memenuhi standard tinggi ditetapkan.

“Pedal syif adalah tentang keseronokan dan keterlibatan berbanding fungsi kerana logik anjakan transmisi (automatik) sudah sangat bagus.

“Kita letakkan banyak usaha untuk menjadikan transmisi automatik berfungsi baik,” kata Heuschle.

BACA >>> #PanduUji: Puas Hati Balun Toyota GR Supra, Kereta Power yang Jimat Minyak!?

TUKAR GEAR DENGAN PANTAS

Bagi kebanyakan kereta, pedal syif digunakan untuk menukar gear atas atau bawah. Tipikalnya, pedal di sebelah kanan roda stereng ialah untuk menganjak naik gear, manakala pedal sebelah kiri untuk menganjak turun gear. Kereta automatik juga ada cara lain untuk menukar gear secara manual, iaitu seperti menggunakan suis pada pemilih gear atau menggerakkan pemilih gear kepada mod manual dan menganjak atas (+) atau bawah (-).

“Anda boleh gunakan pedal syif bersama mod trek, enjin akan kekal dalam pengehad rev,” jelas Heuschle sambil menambah, prestasi ialah alasan paling popular menggunakan pedal syif.

Sebagai individu yang memiliki pengalaman luas dalam bidang perlumbaan dan biasa dengan fungsi pedal syif, inilah sebab kuat kenapa Heuschle menyatakan penggunaan pedal syif ialah untuk trek lumba.

Menurutnya, apabila berada dalam mod trek, transmisi automatik ZF 8-kelajuan pada Challenger SRT Hellcat mampu melakukan anjakan gear sepantas 160 milisaat yang cukup pantas. Malah, boleh menyaingi pesaing lain dengan transmisi dual-klac (DCT) yang kerap disebut sebagai kereta anjakan gear terpantas. Sebagai rujukan, Bugatti Veyron mampu melakukan anjakan gear sepantas 8 milisaat, manakala Nissan GTR (150 milisaat).

Namun keseronokan dan permainan sebenar bukan hanya pada penggunaan pedal syif kerana menurut Heuschele, statistik prestasi SRT terbaik sebenarnya dicapai dalam mod automatik.

“Saya mahu pedal syif tidak diperlukan,” katanya sambil menjelaskan tentang anjakan manual untuk kereta prestasi yang mungkin tidak lagi jadi gaya pemanduan terpantas.

“Dan di trek yang kami uji, ia tidak diperlukan. Tetapi, tidak semua trek seperti trek ujian kami, dan keputusannya, kami juga ada pedal syif untuk pemandu yang perlukan kawalan tersebut,” kata Heuschele lagi.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak

PRAKTIKAL UNTUK PEMANDUAN PRESTASI

Dodge Challenger SRT Demon (2018) ketika ujia NHRA

Heuschele menjelaskan lagi, atas strip lumba drag yang mana SRT Hellcat ialah raja, model automatik yang dianjakkan dalam mod automatik ialah metod terpantas ke garisan penamat. Hellcat mampu mencapai kelajuan 0-100kmj dalam julat pertengahan 3 saat dengan transmisi automatik itu, dan Persatuan Hot Rod Kebangsaan (NHRA) mengesahkan catatan masa suku batu (402 meter) sepantas 11.2 saat dengan tayar biasa atau 10.8 saat menggunakan tayar drag.

“Hellcat mencapai masa diiktiraf NHRA dengan auto yang beranjak sendiri,” katanya.

Selain Heuschele, Pakar Trak AutoGuide, Stephen Elmer turut menjelaskan tentang banyak penggunaan praktikal pedal syif. Antaranya ketika menunda kenderaan, pedal syif membantu turun jalan curam panjang kerana anda mungkin mahukan enjin/transmisi membantu mengawal berat.

“Dengan menggunakan pedal syif, anda boleh menurunkan gear trak untuk mengawal beban, semua dilakukan tanpa perlu mengalihkan tangan daripada stereng,” katanya.

Apabila menunda dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) atau crossover yang dilengkapi pedal syif, misalnya, Jeep Grand Cherokee atau Subaru Outback, pemandu boleh menggunakan pedal syif untuk menukar gear dengan pantas apabila mendaki bukit bagi mengekalkan pecutan sekata.

Ini termasuk sebaliknya, pemandu dapat menggunakan brek enjin secara manual apabila menuruni curam atau mendekati lalu lintas. Transmisi tidak dapat melihat seperti apa dilihat pemandu, jadi menukar gear dalam situasi mendaki dan turun akan memberikan pemanduan lancar.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren

DIUJI KELASAKAN

Mengulas mengenai teknik pemanduan seperti di atas (jadikan pedal syif sebagai brek enjin), Heuschele menyatakan itu tidak akan merosakkan transmisi.

“Kami sudah bersedia untuk pelanggan menggunakan pedal syif seperti itu. Transmisi itu tidak akan membenarkan anda menganjak turun gear ketika rev enjin tinggi daripada sepatutnya,” katanya.

Tambahnya lagi, SRT dan ZF menjalani banyak ujian untuk memastikan transmisi tersebut mampu menangani rutin penggunaan harian yang lasak.

“Ujian ketahanan dilakukan atas pedal syif dalam memastikan kami mendapat semua senario penggunaan untuk anjakan dan ketahanan. Bukan hanya itu, ZF juga menjalani ujian ketahanan pada sistem dan transmisi,” katanya.

Heuschele turut berkongsi apa yang sangat menyeronokkan mengenai tugasan ujian transmisi kereta prestasi itu.

“Kami buat 50 ujian menggunakan tayar standard dan kemudian 50 ujian lagi dengan tayar drag, kedua-dua set tayar diset dalam mod trek untuk aksi seagresif yang boleh.”

Senario akhir disarankan Heuschele untuk menggunakan pedal syif ialah dalam pemanduan salji. Kebanyakan kereta automatik akan mula bergerak dalam gear kedua berbanding gear satu yang akan mengehadkan hantaran tork kepada roda pacu, dan membantu mengelak tayar berpusing atau hilang traksi dalam salji.

Kereta itu mungkin ada mod salji yang secara automatik melakukan perkara sama, tetapi pedal syif akan membantu meletakkan kawalan gear di hujung jari pemandu.

“Pedal syif berguna apabila pemandu mahu berada dalam kawalan. Kita perlu buat banyak kerja, dan menukar kepada mod auto ialah senario terbaik boleh dilakukan. Tetapi, ada banyak situasi yang kita belum teruji atau tidak dapat menguji,” kata Heuschele.

Situasi tersebut biasanya memerlukan pertimbangan pemandu. Jika anda tidak berpuasa hati dengan transmisi, inilah masanya anda lakukan sendiri dengan pedal syif. Jangan takut menarik pedal dan kawallah kereta anda!

BACA >>> #PanduUji: Proton Persona (2019) Standard Manual yang Riang Dipandu

SUMBER: AutoGuide

autotainment Dodge Dodge Challenger SRT Hellcat Erich Heuschele paddle shifter pedal syif Roda4 tahukah anda tip
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Sakura 2026 Diperkenal, EV Terlaris di Jepun!

    09/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Nissan GT-R R36 Concept
    Roda4

    Nissan GT-R R36 Sah Guna Hibrid dengan Enjin VR38 V6, Tiba Sebelum 2030?

    09/04/2026

    1 Comment

    1. Izzul syawal on 03/05/2019 07:03

      Boleh ke kereta new myvi 2018 auto transmission convert ke paddle shift atau masukkan elemen paddle shift ?

      Ada part yg nk kena tukar ?
      Ada part yg nak kena tambah ?
      Berapa budget untuk sebuah myviG3?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.