Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam01/03/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DALAM dunia dua roda, pilihan motosikal bukan sekadar soal jenama atau kapasiti enjin. Selalunya, jenis motosikal yang kita pilih mencerminkan personaliti, gaya hidup dan cara kita melihat jalan raya.

Kalau anda masih tertanya-tanya kategori mana paling ‘kena’ dengan diri sendiri, ini panduan ringkas untuk mengenali jiwa motosikal anda.

1. Naked Bike

Ciri jiwa penunggang:

  • Suka gaya minimalis tanpa terlalu banyak fairing
  • Mahu keseimbangan antara prestasi dan keselesaan harian
  • Gemar tunggangan santai, tetapi masih mahu kuasa bila perlu

Naked bike biasanya jadi pilihan penunggang yang mahukan motosikal serba boleh untuk ulang-alik kerja, dan pada masa sama melayan selekoh hujung minggu.

Posisi tunggangan lebih tegak dan mesra bandar, terutama jika anda jenis tak suka ‘over’, tapi tetap mahu nampak sporty dan berkarakter, besar kemungkinan jiwa anda ialah naked.

Contoh model popular:

  • Yamaha MT-09
  • Kawasaki Z900
  • Honda CB650R
  • Ducati Streetfighter
  • KTM 390 Duke
  • Modenas Pulsar NS160
  • CF Moto 250NK

2. Sportbike

Ciri jiwa penunggang:

  • Suka kelajuan dan prestasi maksimum
  • Minat teknologi perlumbaan dan aerodinamik
  • Tidak kisah posisi tunduk demi kawalan optimum

Ya, sportbike sesuai kepada mereka yang mengejar sensasi pecutan dan selekoh tajam.

Rekabentuk tajam, enjin berkuasa tinggi dan sistem suspensi serta brek berprestasi adalah identiti. Jika anda kerap bercakap mengenai kuasa kuda (hp), masa lap (lap time) dan Quickshifter, itu petanda jelas jiwa sportbike mengalir dalam diri.

Contoh model popular:

  • BMW S1000RR
  • Ducati Panigale
  • Yamaha YZF-R1
  • Honda CBR1000RR-R Fireblade
  • Kawasaki Ninja ZX-10R
  • QJ Motor SRK250S
  • Modenas Pulsar RS200

3. Cruiser

Ciri jiwa penunggang:

  • Lebih menikmati perjalanan berbanding destinasi
  • Suka bunyi enjin yang dalam dan berkarakter
  • Mengutamakan gaya serta keselesaan

Cruiser membawa imej klasik dengan posisi kaki ke depan dan hendal lebih tinggi. Ia bukan mengenai siapa paling laju, tetapi siapa paling ‘steady’ atas jalan. Jika anda suka tunggangan santai waktu senja, lebih gemar menikmati suasana dan tidak tergesa-gesa, cruiser mungkin mencerminkan jiwa anda.

Contoh model popular:

  • Harley-Davidson Road Glide
  • Indian Scout
  • Honda Rebel 500
  • Kawasaki Vulcan S
  • QJ Motor SRV 250 AMT
  • Royal Enfield Hunter 350

4. Touring

Ciri jiwa penunggang:

  • Suka perjalanan jarak jauh rentas negeri atau negara
  • Pentingkan keselesaan maksimum dan ruang simpanan
  • Mahu teknologi lengkap seperti navigasi dan sistem audio

Motosikal touring biasanya besar, yang lengkap dengan kotak simpanan dan visor angin tinggi.

Ia dibina untuk keselesaan tunggangan berjam-jam lama atas lebuh raya. Jika anda kerap merancang sesi ‘ride’ jarak jauh dan melihat motosikal sebagai teman eksplorasi, jiwa touring memang sesuai dengan anda.

Contoh model popular:

  • BMW R 1250 RT
  • Honda Gold Wing
  • Yamaha FJR1300
  • Kawasaki Ninja 1000SX
  • Zontes ZT310X1
  • Suzuki V-Strom 250 SX

5. Adventure (ADV)

Ciri jiwa penunggang:

  • Tidak mahu terhad kepada jalan tar sahaja
  • Suka cabaran laluan lasak dan jarak jauh
  • Mahu motosikal serba boleh untuk bandar dan off-road

Motosikal jenis  advencer menggabungkan keselesaan touring dengan keupayaan meredah laluan tidak berturap.

Ini sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti luar dan sukakan kebebasan. Jika anda jenis spontan, suka teroka jalan kampung, laluan tanah merah atau trip rentas sempadan , jiwa advencer mungkin milik anda.

Contoh model popular:

  • BMW R 1300 GS
  • Honda Africa Twin
  • Yamaha Tenere 700
  • KTM 890 Adventure
  • Zontes ZT310T1

6. Moped

Modenas Z15GT

Ciri jiwa penunggang:

  • Kenapa bayar lebih? Harga moped biasa lebih murah berbanding segmen motosikal lain
  • Praktikal di bandar. Moped lebih mudah meredah kesesakan bandar, dan juga senang diparkir
  • Jimat minyak. Ya, ada model isi RM10 saja sudah penuh tangki dan boleh ulang alik kerja hingga seminggu Jimat kan?

Moped asalnya ialah motosikal jenis ringan, dan bersesaran enjin kecil. Namun perkembangan dunia dua roda hari ini menyaksikan enjin moped mencapai had setinggi 200cc.

Moped adalah antara mod pengangkutan yang sangat popular di Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Dan model moped boleh jadi motosikal jenis kapcai atau skuter sesaran kecil.

Comtoh model popular:

  • Modenas Z15GT
  • Yamaha Y15ZR
  • Honda RS-X
  • QJMotor AX200
  • Benelli RFS150i
  • SYM VF3i
  • AFAZ Kencana Sport 115

Jadi, Anda yang Mana Satu?

Tiada jawapan betul atau salah dalam memilih motosikal. Ada yang bermula dengan moped atau naked bike sebelum beralih ke touring. Ada juga yang setia dengan cruiser sejak awal.

Apa yang penting, motosikal yang dipilih selari gaya hidup, kemampuan dan keperluan harian. Kenal pasti apa yang membuatkan anda tersenyum setiap kali memulas terotel, di situlah terletaknya jiwa motosikal sebenar anda.

adventure bike Auto Terkini cruiser bike jiwa motosikal karakter motosikal motosikal naked bike sportbike tahukah anda touring bike
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.